Boros Di Aralom: Edisi Buat Duit Online
Memaparkan catatan dengan label Edisi Buat Duit Online. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Edisi Buat Duit Online. Papar semua catatan

Khamis, 29 Januari 2015

Cara mudah buat kedai online

Naca tahu cara mudah buat kedai online? Senang saja sebenarnya. Hanya kena rajin cari ilmu dan praktikkan ilmu yang ada.

Kat televisyen, ada banyak iklan kesedaran bagaimana internet telah memajukan sesuatu perniagaan. Berniaga jual parang, jual kraftangan, jual bantal, dan jual tudung kat kampung pun boleh berjaya. Dengan internet, pasaran sesuatu produk itu sebenarnya meningkat dengan mendadak kerana bukan sahaja penduduk di dalam negara malah di luar negara pun boleh tengok dan beli produk kita.

Pernah nampak kisah lelaki tua jual parang kat tv tak? Itu lah salah satu contoh bagaimana internet mengubah lanskap kehidupannya kini. Mula-mula memang dia tak berapa mahir, tapi bila dah belajar selok belok perniagaan internet, akhirnya dia mampu jana keuntungan berlipat kali ganda berbanding dengan hanya jual di sekitar kampungnya. 

Jika anda adalah seorang usahawan yang mempunyai produk sendiri dan nak jual secara online, salah satu benda mustahak yang perlu ada ialah kedai online. Sekarang tanpa kedai online pun boleh juga jual barang kat Facebook, blogspot, dan Instagram. Tapi kalau nak kelihatan lebih profesional dan lebih memudahkan proses jual beli, perlu kena ada kedai online sendiri. Kedai online ini akan beroperasi tanpa rehat. Pelanggan boleh beli barang anda walaupun anda sedang tidur. Segala urusan jual beli akan berlaku secara automatik. Apa yang perlu anda buat hanya poskan barang kepada pembeli saja.
Contoh kedai online yang baik dan meyakinkan
Kedai online yang paling mudah dan efektif ialah kedai online yang menggunakan shopping cart system. Contoh paling mudah ialah laman web Lelong, Lazada, Photozzoom, vstore.my dan eBay. Saya bagi contoh berikut sebab saya selalu membeli belah kat sana berbanding kat Facebook. Kenapa? sebab laman web yang menggunakan sistem shopping cart lebih meyakinkan, mudah dan selamat. 

Cara mudah buat kedai online boleh saja diperlajari menerusi video Tutorial Kedai Jualan ini. Jika belajar sambil tengok tutorial dalam bentuk video, anda akan lebih mudah faham. Lepas download, anda boleh lah mula menonton dan kemudaian mempraktikkannya. Bila dah ada kedai online, maka bersedialah menerima letupan keuntungan perniagaan anda! All the best!
Dapatkan Video Tutorial Kedai Jualan Online


Selasa, 27 Januari 2015

5 Cara asas bagaimana buat duit dengan Instagram

Selepas Facebook dan Twitter, kini Instagram juga menjadi platform popular untuk bersosial dengan rakan-rakan lama dan baru melalui perkongsian gambar. Instagram ni banyak kebaikannya. Nak buat duit pun senang. So hari ini gua nak kongsi lah beberapa tips dan cara bagaimana nak buat duit dengan Instagram? 
Berniaga di Instagram (Pic by WikiHow)
1. Bina follower yang banyak. Secara asasnya, kalau nak buat duit, korang kena ada produk dulu. Dah ada produk, mestilah kena cari pasaran. Dah dapat pasaran, barulah duit masuk dengan senang. That's why, korang kena cari follower instagram yang berminat dengan produk korang tu. Nak cari follower yang banyak memang senang tapi nak bina follower yang berkualiti (maksudnya, follower yang memang minat dengan produk korang) memang memerlukan usaha. So, jangan terlalu ghairah tambah follower. Biar sikit-sikit lama lama jadi bukit.

2. Guna Hashtag untuk tarik follower. Pastikan setiap gambar yang korang upload tu disertakan #hashtag yang berkaitan dengan produk korang. Macam Twitter jugak. Pastikan juga hashtag tu mesra enjin carian dan relevan dengan tren terkini. Jangan pula guna hastag mengarut yang sengaja nak spam hastag trending. Boleh juga guna hastag trending tapi jangan terlalu over. Lagi satu, jangan ikut sukahati jer tag kengkawan untuk promo produk. Naik muak mereka nanti. Sekali sekala, it's okay kalau sekadar untuk pengenalan produk jer. 

3. Pastikan produk anda berkualiti dan juga gambar berkualiti. Ye lah, siapa nak beli barang yang tak berkualiti kan. Ada juga barang atau produk yang berkualiti, tapi disebabkan cara pengiklanan atau cara promosinya kureng meyakinkan, maka ia menjejaskan reputasi produk tu. So, kalau nak upload gambar kat Instagram, pastikan gambar tu benar-benar jelas, terang, dan kreatif. Barulah follower korang terpikat dan akan tengok berkali-kali.

4. Bina kedai online. Kat Instagram mana ada kedai..betul tak. So, pastikan korang ada sediakan link kedai online korang dalam instagram korang tu. Lagi bagus kalau setiap gambar yang diupload itu dilinkkan terus ke kedai online korang. Senang jer buat kedai online ini. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Contoh, blogspot, ebay, dan lelong. Dapatkan panduan mudah Tutorial Kedai Jualan ini kalau serius nak buat kedai online tanpa gangguan.

5. Masa untuk menjual, turn your follower into customers. Pertama sekali, korang kena pastikan follower korang tu dapat melawat blog atau kedai korang. Kalau ada pertanyaan, soalan dan cadangan dari prospek, sila JANGAN abaikan. Beri respon secepat yang boleh. Anda juga kena jujur, ramah, amanah dan trusworthy. Di sini, skills kendiri memang penting bila masuk adegan costumer services. Dan paling penting, hati kena ikhlas berniaga supaya dimurahkan reZeki. Sertakan dengan doa sekali.

So, itu lah dia 5 cara asas nak buat duit dengan Instagram. Ini asas saja tau. Kalau nak yang lebih details, kena rajin cari ilmu. Paling bagus, baca Rahsia Dominasi Instagram ini. Main Istagram 1 jam sehari, dan jana pendapatan lumayan. Memang terbaek beb!!

Khamis, 3 April 2014

Berita baik dari 8Shares mengenai cashout

Ini satu berita baik dari 8Shares. Cash out sekarang dilakukan 2 kali sebulan, iaitu pada Isnin pertama & ketiga setiap bulan. Sebelum ini, cash out 8shares hanya dilakukan sekali sebulan sahaja iaitu pada 15hb.
Kini boleh cash out dua kali sebulan di 8Shares
Jadi jika anda mahu buat cash out, pastikan anda submit cash out request sebelum hari pemprosesan tersebut. Berita ini memang sangat mengujakan terutama kepada mereka yang memang gemar mengongsikan info-info yang ada di laman web 8share untuk mendapatkan ganjaran RM0.20 per klik.

Dah ramai yang join 8Shares untuk jana duit poket sampingan. Minimum cashout hanya RM50 dan akan terus dibayar ke akaun bank. Kalau anda belum mendaftar dengan 8Shares, daftarlah sekarang. Percuma jer..sambil bertwitter, berfacebook, dan berblog, boleh juga tambah pendapatan sampingan. 

Oh ya, jangan lupa daftar dengan Churp-churp jugak. Paling best kalau dapat Social Seeding yang bernilai RM30 satu post kat Facebook tu..hehe..

Bagaimana main judi guna duit sebenar secara online?

Bagaimana main judi guna duit sebenar secara online? Satu persoalan yang memang agak kontroversi untuk dibincangkan. 

AMARAN: Judi adalah haram di sisi agama Islam. Sila baca informasi ini dengan budi bicara masing-masing.

Terdapat banyak bentuk perjudian yang dijalankan secara online sama ada secara besar-besaran atau secara kecil-kecilan. Permainan yang paling popular adalah Poker, Roulette, dan Mesin Slot. Setakat ini, belum ada laman web yang menawarkan permainan judi online dengan menggunakan Ringgit Malaysia kecuali yang main sembunyi sembunyi punya. Hampir kesemuanya menggunakan mata wang eletronik seperti Perfect Money, Bitcoin, Web Money, Ego Pay, dan sebagainya.

Bagaimana main judi guna duit sebenar secara online? Berikut langkah-langkahnya. Saya andaikan yang anda ni mempunyai akaun bank yang boleh diakses secara online seperti Cimbclicks dan Maybank2U.

1. Register di laman web Favorite Casino (tidak perlu download aplikasi/sofware). Tempat ini paling sesuai untuk mereka yang suka main judi tapi tak mahu ambil risiko tinggi atau sekadar nak berseronok. Mulakan bet anda serendah $0.01 dan boleh cashout apabila pendapatan cecah $0.05
2. Login masuk.
3. Klik pada Casino Games dan pilih mana-mana permainan yang anda suka. (Play for fun untuk main tanpa guna duit sebenar, klik pada Play for Money kalau nak main dengan duit sebenar). Kat bawah ini adalah antara permainan yang ada.
Blackjack
Poker
Roulette
Slot Machine
Kalau nak main duit sebenar, anda perlu depositkan dulu duit ke dalam akaun Favorite Casino anda. Caranya adalah seperti berikut:
1. Buka akaun Perfect Money
2. Beli duit USD untuk Perfect Money anda dengan menggunakan khidmat EvoGates. Khidmat ini yang paling pantas dan dipercayai. Beli USD20 (minimum) dengan menggunakan Ringgit Malaysia. Prosesnya memang mudah kalau anda mempunyai online banking.
3. Kalau duit USD tu dah masuk akaun Perfect Money, sila login semula ke laman web Favorite Casino anda.
4. Klik pada Deposit dan pilih Perfect Money. Masukkan jumlah duit yang anda nak guna untuk main. Kemudian klik 'Make Deposit'. Ikut saja arahan mudah seterusnya dari server.
5. Dah ada duit dalam casino, maka boleh lah anda main judi guna duit sebenar. 

Jika anda nak Cashout duit dari Casino pula, boleh klik pada Cashout dan masukkan jumlah. Proses Deposit dan Cashout ini adalah instant, memang pantas tak sampai seminit pun.

So, nanti bila anda nak Withdraw duit dari Perfect Money tu, boleh gunakan khidmat Evogates juga. Evogates ini berfungsi sebagai pengurup wang atau money exchanger yang beroperasi secara online. Memang terbaik dan pantas. 

Ringkas saja info mengenai bagaimana main judi guna duit sebenar secara online ini. Saya harap anda faham. Kalau tak faham, boleh tanya kat komen atau search kat google.

Sekali lagi saya nak ingatkan kepada anda yang berniat untuk bermain judi tak kira secara online atau offline. Ingatlah bahawa judi adalah haram di sisi agama Islam. Kalau nak main judi, sila bersedia menghadapi risiko. Sekian.

Isnin, 31 Mac 2014

Bukti Cashout iklan PopAds sehingga kini

Bukti cashout iklan PopAds sehingga kini akan saya kongsikan dalam entri ini. Bukan nak menunjuk cuma nak berkongsi peluang dan maklumat mengenai salah satu cara menjana duit melalui iklan di blog. Lagipun income yang saya dapat ni bukannya banyak sangat sebab blog pun bukannya sepopular mana. Trafik pun sekitar 1000PV jer sehari. 

Saya mula letak iklan PopAds sejak September tahun lalu, kiranya dah hampir tujuh bulan. Minimum cashout cuma USD5 jer. Boleh juga setkan kepada automatic withdrawal supaya nanti korang tak perlu susah-susah nak cashout. Kat bawah ni adalah bilangan cashout sehingga kini yang saya buat. Tak lah banyak sangat, tapi oklah sebagai pasif income melalui blog...kan kan kan..



Ok, yang kat bawah ini pulak adalah cashout Popads yang dah masuk ke dalam akaun Paypal. Popads bayar dalam tempoh kurang dari 24jam. Kalau anda tengok gambar kat bawah ni, pembayaran PopAds datang dari Tomksoft SA..selain PopAds, saya juga guna iklan CPM dari CDXNGlobal yang dibayar oleh Milan Pochanic tu. PopAds dan CDXNGlobal kedua-duanya bayar iklan guna kadar CPM.
Pembayaran PopAds ke akaun Paypal ditanda warna kelabu oren
Secara peribadi, saya lebih suka dengan iklan PopAds sebab iklan ni kurang menyerabutkan blog. Lagipun kadar pembayarannya dikira sebagai CPM (Cost per mile) ala-ala CPUV Nuffnang gitu. Cuma pengunjung kena klik mana-mana tempat kat dalam blog jer lah supaya iklan Popads tu nanti boleh muncul. Pengunjung tak semestinya klik iklan. Mungkin pengunjung akan klik 'next story' ker, atau klik gambar ker, atau klik butang 'read more'. Jadi saya sarankan kalau korang nak pasang iklan PopAds, letaklah apa-apa link yang boleh diklik dan menarik minat pembaca.
PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Jadi kalau korang nak optimise kan income blog, boleh lah masukkan kod iklan Popads. Sebelum ini pun saya ada kongsikan entri mengenai popads ini. Korang boleh baca entri Bukti Pembayaran dari PopAds dalam 24Jam dan Jenis-jenis iklan CPM dalam Blog untuk info lanjut.

Sekian untuk perkongsian bukti Cashout iklan PopAds sehingga kini..baii..



Jumaat, 14 Februari 2014

Lazada Malaysia memang awesome! Jom shopping sambil jana pendapatan sampingan dengan Affiliate Lazada

Pernah dengar tentang Lazada? Jika anda ini adalah seorang yang suka bershopping online maka laman web Lazada memang tidak asing lagi bagi anda. 

Lazada Malaysia memang awesome..selain kita dapat beli barang pada harga yang murah dan berkualiti tinggi, kita juga berpeluang menjana duit sampingan dengan menyertai program Affiliate Lazada. 

Ramai yang tahu bahawa sebagai Affiliate, kita akan dibayar dari komisyen setiap jualan yang kita buat. Jangan salah sangka, kita bukan jual barang kita tapi kita mempromosi barang yang ada kat Lazada. Terdapat lebih 30,000 jenis barangan yang ada seperti smartphone, tablet, kamera, jam tangan, aksesori, alatan dapur, produk kesihatan, dan banyak lagi.

Sebagai Affiliate Lazada, kita juga mempunyai banyak kelebihan lain. Bagi yang rajin refer program ini, mereka akan memperoleh percentage dari jualan para affiliate yang direfer oleh mereka. Oh ya, untuk menjadi Affiliate Lazada adalah percuma. Anda boleh register sebagai Affiliate Lazada sekarang kalau berminat.

Dan yang paling awesome lagi ialah Lazada seringkali membuat competition untuk para affiliate. Salah satunya ialah Online Revolution Affiliate Rally yang baru sahaja dilaksanakan pada bulan Disember 2013 lalu. Syukur lah sebab dalam rally tersebut, saya berjaya juga dapat hadiah saguhati yang berupa voucher tunai Lazada bernilai RM150..not bad!! Bagi saya lah kan, jana komisyen dengan Lazada memang sangat mudah sebab mereka menjual barangan fizikal yang mendapat permintaan tinggi di kalangan pengguna. 
Notofikasi voucher tunai dari Lazada

Oh ya, di sini saya nak kongsi tips untuk dapat komisyen mudah sebagai Affiliate Lazada. Kalau korang nak promo sesuatu barang itu melalui blog, pilihlah jenis barangan yang berkaitan dengan niche blog. Contohnya, kalau blog anda jenis blog masakan, promot lah peralatan dapur. Saya ni jarang promote barang Lazada kat blog. Saya lebih banyak guna Facebook. Caranya, saya buat fanpage khas untuk satu barang saja. Kebanyakkan jualan saya datang dari fanpage kat Facebook....senang jer, korang pun boleh buat. Yang penting, kena adaptasikan cara terbaik untuk tingkatkan 'LIKE' fanpage. Setiap 'LIKE' itu adalah prospek anda. Semakin banyak LIKE, semakin tinggi peluang untuk anda membuat jualan. 

Nak tingkatkan 'Like' fanpage Facebook cara mudah? Saya sarankan agar anda miliki ebook Pakar Facebook Likes. Kalau nak diolah satu persatu kat sini, memang payah sikit. Memang tak rugi pun kalau korang ada ebook ini. Ianya sangat membantu. 

Akhir kata dari saya, selamat bershopping dan selamat menjana duit sampingan di Lazada Malaysia. Daftarlah sebagai Affiliate Lazada sekarang.


Isnin, 6 Januari 2014

Satu Nilai klik iklan termahal dari Nuffnang

Selamat pagi..dan selamat menghadapi Monday Blues..hohoho..hari yang paling aku suka ialah hari Isnin dan hari yang paling aku tak gemar ialah Ahad..ekekek...konon-konon untuk menyejukkan hati.

Jom cakap pasal Nuffnang. Benda ni memang dah jadi darah daging bagi kebanyakkan blogger di Malaysia dan dijadikan sebagai side income sambil berblogging. Disebabkan kewujudan platform pengiklanan macam Nuffnang, Innity, Advertlets, dan Adsense, ramai blogger yang jadi full time bloggger sebab income masyuk. Bikin jeles betul.

Oh ya, bercakap pasal Nuffnang, pernah tak korang dapat nilai klik semahal ini? atau lebih mahal dari ini? Rasanya gua baru first time dapat..hehehe...satu klik iklan Nuffnag bernilai RM1.00...alaa, tu jer? hello, sikit-sikit lama-lama jadi bukit tau..



Kalau tiap-hari begini, kan bagus..atau memang Nuffnang sengaja naikkan nilai klik hari tu sebagai hadiah tahun baru..hoho..sekarang semua benda dah naik harga, jadi alangkah moleknya kalau Nuffnang pun naik kan nilai klik. Biar seiring dan sejalan..setuju tak? korang pun tolong lah klik mana-mana iklan si nanang yang cantik-cantik tu yer..nanti "Ada ubi ada batas, lain kali boleh balas"..tadaa..

P/s: Antara blog yang aku suka terjah ialah senarai "Nuffnangers who recently viewed your blog" kat Nuffnang tu...kita tau yang mereka dah datang kat blog kita jadi kena lah kunjung mengunjung semula sambil buat amal..hohoho..


Pelajari Teknik Pantas Matematik Sambil Jana Pendapatan Sampingan

Ahad, 5 Januari 2014

Lpgn Xtreme, Satu Penipuan atau Satu Peluang?

Dunia makin canggih, teknologi maklumat makin pantas, peluang perniagaan makin fleksible, siapa yang bijak dan pantas mengambil peluang maka dia lah yang untung. Cepat atau tidak, itu terpulang kepada usaha seseorang itu...

Hari ini saya nak berkongsi satu benda yang memang sedang hangat berlegar di internet sekarang. Benda ini adalah satu bentuk perniagaan online atau dalam kata FBnya, peluang buat duit online...hohoho..

Benda yang saya nak kongsi ini ialah LPGN Xtreme atau dengan full name nya, Life Pharm Global Network. Adakah ianya satu lagi penipuan alam maya atau satu peluang? Peluang nak tipu orang??..sama-sama kita nilaikan..

Kalau korang buka laman web Lpgn Xtreme, sekali imbas memang ianya seakan-akan satu bentuk skim cepat kaya atau sistem MLM yang banyak kencing orang. First page dah tunjuk wang tunai, hadiah-hadiah gempak yang lain sampai ribuan dollar, serta janji-janji tahap manifesto PRU yang menjanjikan kesenangan rakyat....oh please, jangan termakan janji manis tu..

Eh, biar betik? Jika anda ni memang berfikiran rasional, memang tidak ada satu pun benda di dunia ini datang bergolek dengan percuma tanpa diusahakan. Apa yang tertera di fornt page laman LPGN Xtreme itu hanyalah satu bentuk 'impian' atau angan-angan yang bertujuan untuk menarik minat orang ramai supaya menyertai program ini. Kalau nak dapat pendapatan lumayan seperti yang dijanjikan, kenalah berusaha. Kalau malas, memang tak dapat apa-apa pun. Ibarat tunggu kucing bertanduk jer lah.

Tapi kalau dilihat dari sudut positif serta dinilai dari segi hukum hakam, program ini memang terbukti boleh menjana pendapatan dan tiada unsur penipuan. Ini kerana wang pendapatan ahli itu akan terus masuk ke akaun bank ahli melalui 'member to member payment' tanpa melalui admin.

Anda join dan bayar RM50 kepada orang yang introduce benda ni...lepas tu anda dapat link untuk dipromosikan..kalau usaha anda banyak hari ini, mungkin anda dapat juga dua tiga orang ahli baru yang menyertai anda..kemudian mereka pula akan bayar RM50 kepada anda untuk mendapatkan link promosi mereka. Semakin banyak tempat anda mempromosikan link, maka peluang untuk menjana pendapatan adalah lebih tinggi. Yang penting, jangan buat aktiviti spam. Carilah tempat yang sesuai seperti di group Facebook yang suka buat bisnes.

Mungkin ada lagi yang bertanya, mana produknya? Tadi kata ini bisnes...huhu...nak tau apa produknya? Produk LPGN Xtreme ialah Website dan Produk kesihatan. Tapi dalam bisnes ni, anda tak buat jualan langsung yer. Anda hanya perlu promosikan link referal anda sahaja kepada sebanyak mana tempat yang boleh.

Program ini lebih kepada penjanaan modal untuk anda memulakan bisnes bersama Life Pharm Global. Penjanaan modal dilakukan dengan menjadi Afiliate reseller website LPGN Xtreme dan jana 100% komisyen. Mulakan dengan modal RM50 terlebih dahulu. Apabila ahli sudah mengumpul modal sebanyak RM350 maka barulah mereka diminta untuk UPGRADE keahlian kelak.

Mari lihat apa yang ada dalam laman ahli LPGN Xtreme ini. Ok lah, saya ngaku, saya dah join...ni income first week aku..tak lah banyak, tapi oklah tu sebab dah balik modal dua kali ganda. Ada blog, tempek jer banner. Kot-kot ada juga yang sangkut..hehe..



Laman ini pula menyediakan link url untuk anda promosikan beserta dengan bantuan promosi sekali. Apa yang patut dibuat dan apa yang tak patut dibuat.



Di laman bawah ini pula, anda boleh akses dengan mengklik bahagian "Upgrade to Pro" bagi yang dah aktifkan keahlian. Untuk upgrade, kita perlu membayar RM100 lagi kepada orang yang introduce benda ni kat kita atau juga dikenali sebagai Upline. Tapi kalau upline kita tu belum upgrade keahliannya kepada Pro-member, maka kita akan membayar keahlian tersebut kepada Upline lain yang dah upgrade. So, kalau korang tak nak terlepas pembayaran ni, silakan upgrade cepat-cepat.



Serius, aku tak kenal pun siapa upline aku. Aku join sebab aku yakin dengan sistem ni..Di laman bawah pula, ditunjukkan bagaimana menghantar emel tanpa membuat spam kepada 5000 penerima setiap hari. Kemudahan ini bukan saja sesuai digunakan untuk mempromosikan link Lpgn Xtreme anda malah juga boleh digunakan untuk mempromosi bisnes lain.



Di bahagian ini ialah laman untuk anda mengaktifkan penyertaan ahli yang menyertai Lpgn Xtreme di bawah anda. Sebelum mengaktifkan keahlian, anda perlu mempunyai Pin yang mencukupi terlebih dahulu. 1 Pin diperlukan untuk mengaktifkan keahlian PAID Member dan 2 Pin diperlukan untuk mengaktifkan keahlian PRO Member. Pin ini perlu dibeli terlebih dahulu dari admin website ini. Harganya, RM10 untuk 1 pin. Tapi kalau nak minta pin terus dari Upline pun boleh juga..mana lah tahu, Upline anda tu baik hati bagi pin percuma...hehe..

So, tepuk dada tanya selera. Jika anda merasakan bahawa LPGN Xtreme ini adalah satu penipuan dan tidak menjamin pendapatan, maka jangan bazirkan masa anda menyertainya. TAPI jika anda melihat LPGN Xtreme sebagai satu peluang menambah pendapatan secara online dari rumah, maka rebutlah peluang ini. Peluang untuk anda menjana pendapatan masih terbuka luas. Bila sebut pasal bisnes, pastinya ia melibatkan modal. Jadi faham-faham je lah.

Oh ya, ini satu tips dari anonymous, "kalau buat bisnes, jangan terlalu fikir untuk untung cepat, tapi fikirkan jalan bagaimana untuk mendapat keuntungan"..semoga maju jaya.

SERTAI LPGN XTREME DI SINI

Jumaat, 20 Disember 2013

2 Cara menjana pendapatan RM50 dan RM100 berterusan secara online

Salam Jumaat kepada semua pembaca. Entri ini ditujukan khas kepada mereka yang otak bisnes dan mahu merebut peluang buat bisnes online terbaik ini, LPGN Xtreme yang hanya bermodalkan RM50 jer.

Siapa Yang Harus Sertai Program Ini
> Semua Rakyat Malaysia Yang Mencari Peluang
> Penganggur/ Pencari Kerja
> Pelajar Kolej/ Universiti IPTA & IPTS
> Pekerja Berpendapatan Rendah
> Suami Isteri Dalam Kesempitan
> Mereka Yang Akan Mendirikan Rumahtangga
> Suri Rumah Tangga & Pembantu Rumah
> Diberhentikan Kerja
> Ahli MLM Yang Teraniaya Dan Kecewa

Kalau anda tak minat buat bisnes sampingan online, fikir-fikirlah semasak-masaknya dahulu kerana bisnes yang saya nak kongsikan ini memang sangat sesuai dilakukan 100% online dan modal untuk mula juga tersangatlah rendah. Tahukah anda bahawa lebih 60% rakyat Malaysia kini sedang melakukan alternatif lain untuk menjana pendapatan sampingan secara online? Terdapat banyak bisnes online yang ditawarkan sekarang ini seperti Infinity Downline, Phytoscience, KopiMata, Epic Era, dan sebagainya. Semuanya memang bagus. Kalau anda sudah menyertai mana-mana bisnes ini, tiada salahnya jika anda menambah satu lagi koleksi bisnes online anda dengan LPGN Xtreme pula. Pelan pemasaran dan cara menjana pendapatan dari biz ini memang sangat unik.


1. Perolehi Pendapatan Dalam Gandaan RM50
Anda berpeluang menjana pendapatan berterusan dalam gandaan RM50 serta-merta terus ke akaun bank anda, mulai hari ini juga, iaitu melalui program Pemasaran (Reseller Program) oleh LpgnXtreme Team. Setiap peserta yang menyertai kami dan telah menjadi "Paid Member", maka secara automatik, dilantik sebagai Reseller kami dan diberi hak untuk menerima pendapatan berupa bayaran RM50  dari semua tajaannya (Direct Referral) apabila mereka ini  membuat bayaran bagi menggunakan kemudahan sistem laman web ini. 100% tajaan anda akan membuat bayaran terus ke akaun bank anda tanpa melalui pihak admin atau mana-mana pihak ketiga. Tiada mana-mana tajaan anda yang akan di pass-up kepada upline anda, sebaliknya 100% semua bayaran ini adalah milik anda dan apabila mereka menyertai LifePharm Global Network, maka kesemua mereka itu tetap dibawah tajaan anda.
Tugas mereka yang menerima bayaran ini adalah, mereka dikehendaki mengaktifkan akaun peserta yang telah membuat bayaran berkenaan dengan secepat mungkin.


2. Perolehi Pendapatan Dalam Gandaan RM100


Anda berpeluang menjana pendapatan berterusan dalam gandaan RM100 pula, apabila anda telah upgrade akaun anda sebagai Pro-Member. Setiap peserta yang telah menjadi Paid Member perlulah upgrade akaun mereka ke Pro-Member sebaik sahaja berjaya menjana pendapatan RM150 atau sebelum mereka dapat menyertai program utama iaitu perniagaan LifePharm Global Network

Jika anda telahpun upgrade akaun anda sebagai Pro-Member, maka anda berhak pula menerima bayaran RM100 ini dari peserta-peserta yang telah membuat bayaran RM50 kepada anda sebelum ini serta juga daripada downline-downline kepada tajaan-tajaan anda.

Sebaliknya jika akaun anda masih lagi belum di upgade ke Pro-Member (masih lagi sebagai Paid Member sahaja) maka bayaran RM100 ini akan diberikan kepada upline anda yang berstatus sebagai Pro-Member.  Hanya mereka yang berstatus Pro-Member sahaja yang dapat Activate-kan proses upgrade ini. Maka mereka yang berstatus Pro-Member sahajalah yang layak menerima bayaran RM100 ini.
Bayaran RM100 akan dibuat berdasarkan sistem "Coded".
Coded Direct, Coded Up, Coded Down
Gambarajah Perlaksanaan Sistem Coded RM100


OK...INI ADALAH PENDAPATAN ANDA HANYA SEBAGAI RESELLER WEBSITE SAJA (100% KERJA ONLINE, 100% KOMISYEN ANDA PUNYA)


Bisnes LPGN Xtreme adalah bisnes online DUA DALAM SATU. Ini kerana, di samping anda mendapat income sebagai reseller website, anda juga secara tidak langsung sudah mendapat prospek atau downline untuk bisnes LifePharm Global kelak yang menggunakan sistem pemasaran Binari atau 'dua kaki'. Anda akan dibayar bonus tanpa henti dari syarikat!. Korang tak perlu lagi susah-susah cari orang. Kerja kita hanya promote laman web jer. Kalau ada orang join, automatik dia akan jadi rakan perniagaan kita dalam LifePharm Global nanti. Kalau anda berminat nak buat bisnes online ni, boleh daftar percuma dulu.


Ini dia bukti pendapatn salah seorang usahawan LPGN Extreme dalam masa sehari dengan bisnes ni. Hasil usaha sendiri yang tak jemu-jemu promote bisnes ini depan laptop hari-hari. 


Tiada Mana-Mana Laman Web Lain Yang Menawarkan Teknik Begini, Yang Terbukti Cukup Unik, Pantas Dan Hebat!




Sabtu, 7 Disember 2013

1001 Online Income! Fuyoo..pendapatan Nuffnang cecah 3 angka

Yaii...terima kasih banyak Nuffnang sebab bagi gua income masyuk ni...dah 3 angka wei..tengoklah!!


Hah!! RM0.00...memang betul-betul tiga angka..tiga angka KOSONG..hohoho..anyway, sebenarnya, gua baru cashout semalam...harap-harap awal Febuari nanti boleh lah sampai rumah cek Nuffnang tu..tak lah banyak sangat yang dapat di cashoutkan..yang pasti, tiga angka..memang jauh sekali jika dibandingkan dengan pendapatan otai...hehe...syukur lah kan, siapa juga nak bagi duit free..ni dah kira macam pasif income..kerja kita hanya update blog jer tiap hari..thanks Nuffnang and tenkiu very much kepada para pembaca yang sudi berkunjung dan baca walaupun tak komen...ni serangkap pantun untuk korang..

Susah senang bersama diredah
Bila hujan jangan salahkan cuaca
Iklan Nuffnang letak memang mudah
Komen atau tidak..tetap ku ucapkan Terima kasih kepada para pembaca


ekekek.... sekarang jom tengok Hulk yang sebenar..kecik saja rupanya dia..

Selasa, 3 Disember 2013

8 Cara untuk menjana pendapatan melalui pelan keuntungan Epic Era

Mungkin ramai yang masih belum tahu bahawa pada 15 Disember ini, Epic Era akan dilancarkan di Malaysia serta 16 buah negara lain. Projet joint venture mega antara eCosway yang diterajui oleh Tan Sri Vincent Tan dan Epic Amerika ini kini sedang membuka peluang kepada sesiapa rakyat Malaysia yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan Epicera. Sebelum pelancaran dua minggu lagi, bagi sesiapa yang berminat boleh mendaftar pre-entrolment secara PERCUMA untuk lock posisi. Inilah dia peluang keemasan kepada anda yang biasa dengan pelan pemasaran binari atau pelan pemasaran dua kaki. Jika anda lock posisi anda sekarang, maka mudahlah anda mendapat komisyen nanti. Anda boleh Lock Position secara PERCUMA di preenrollepicera.com sekarang. JANGAN LEPASKAN PELUANG INI untuk menjadi yang terawal.

8 cara untuk menjana pendapatan dengan bisnes epic era melalui Epic Profit Plan ini ialah.

1. Retail Profit
Apabila anda lock position sekarang! maksudnya anda bakal menjadi Marketing Partner kepada produk Epicera. Melalui pelan Retail Profit, anda akan mendapat keistimewaan untuk membeli produk Epic Era pada harga borong dan kemudian menjual semula produk tersebut dengan 30% keuntungan. Boleh jual secara online atau offline. 

2. Preferred Costumer Program
Di sini anda boleh menperoleh keuntungan dari mereka yang set up order bulanan tetap secara Auto Order dari anda. Seperti Retail Profit, anda akan mendapat keuntungan sehingga 30% dari jualan. Selain itu anda juga akan mendapat produk percuma.

3. Enroll 3 & Yours Is Free
Di sini anda perlu maintain minimum 3 Preferred Costumers yang buat Auto Order dan anda juga perlu aktif sebagai Auto Order. Anda berpeluang mendapat free order yang bernilai sehingga RM1000.

4. First Order Bonus
Bila anda berkongsi pasal Epic ini dan menjemput rakan atau keluarga untuk menyertai Epic, anda juga berpeluang mendapat bonus dari First Order mereka.


5. First Order Leadership Bonus
Bonus ini diterima oleh rakan niaga yang sudah mencapai rank Champion dan ke atas. Terdapat 8 tahap keahlian dalam Epic Era ini. Lihat gambar bawah untuk faham.



6. Team Cycle Commision
Komisyen ini akan anda perolehi apabila anda mencapai ranking Connector. Tapi ianya bergantung juga kepada jumlah jualan serta point EV yang berjaya dibuat oleh anda dan team di bawah anda. Sekiranya team di sebelah kanan anda berjaya kumpul 300 point EV dan team di sebelah lagi mencapai 600 EV, maka sebagai Connector, anda akan menerima bonus sebanyak $25.


7. Epic Matching Bonus
Apabila anda mencapai ranking Mentor, anda layak mendapat Epic Matching Bonus.


8. Legend Bonus Pool
Untuk melayakkan diri, anda harus mencapai ranking Legend atau Humanitarian. Di sini anda akan mendapat shares dalam jumlah jualan Epic global. Shares diperolehi dengan 7 cara : 


Bagaimana mendapat komisyen dari Epic Era?
Epic telah merangka pelan komisyen yang mudah untuk anda. Apabila anda mencapai tahap sebagai Marketing Partner (paling bawah), dan mengumpul sebanyak 100 point EV dalam sebulan (point EV ini adalah jumlah jualan anda), maka anda akan mendapat komisyen. Terdapat dua cara untuk anda mengumpul point EV ini iaitu :
1. Membeli produk Epic untuk kegunaan sendiri atau untuk dijual.
2. Pelanggan membeli produk Epic di laman web anda.

Anda boleh mula jana pendapatan 1. Retail Profits, 3. Enroll 3 & Yours Is Free dan 4. First Order Bonus dengan serta merta apabila anda membeli kit introductory mandatory yang terdiri daripada web personal anda dan Epic store. Anda TIDAK PERLU beli apa-apa barangan dari Epic untuk mula mendapat komisyen ini. Namun, jika mahu mengambil peluang Epic Profit Plan sepenuhnya, anda harus aktif dan melayakkan diri untuk mendapat Team Cycle Commision, Epic Matching Bonus, dan shares di Legend Pool.

Jika anda ingin tahu lebih jelas mengenai Epic Era ini, boleh kunjungi laman web www.epicera.com sekarang. Anda juga boleh muat turun Epic Profit Plan serta strategi pemasaran dalam bentuk PDF dari laman web mereka. 


Jadi, adakah anda bersedia menjadi salah seorang dari usahawan Epic Era di Malaysia? Jika YA, rebutlah peluang ini untuk Lock Posisi anda dalam pelan pemasaran binari Epic Era ini. Pre-enrolment sedang dibuka dan anda boleh register secara percuma di preenrollepicera.com


1001 Peluang Keemasan! Bina kerjaya sabagai usahawan Epicera, pre-enroll PERCUMA sekarang!

Salam 1Malaysia kepada semua, hari ini saya nak berkongsi satu lagi peluang keemasan kepada anda yang memang bercita-cita untuk menjadi usahawan online dan offline. Satu lagi platform untuk anda membina kerjaya sebagai usahawan bakal dilancarkan di Malaysia pada 15 Disember 2013 ini iaitu Epicera. Epicera kini sudah dilancarkan di USA dan bakal dilancarkan lagi di 17 buah negara termasuklah Malaysia.


Apakah itu Epicera?
Epicera merupakan satu lagi projek mega joint venture dengan eCosway yang diasaskan oleh Datuk Vincent Tan, billionaire Malaysia dengan Epic Ameria. Jika anda biasa dengan Cosway maka anda juga akan biasa dengan produk Epicera nanti. Memang satu peluang keemasan kepada anda yang mahu bergiat dengan bisnes ini secara part time atau full time jika anda bertindak bijak sekarang dengan mendaftar sebagai pre-enrollment secara PERCUMA di laman web Epicera.

Rahsia kejayaan perniagaan
Dalam sesebuah perniagaan, satu kombinasi yang akan menentukan kejayaan perniagaan itu ialah Produk + Pelan Pemasaran + Rangkaian Perniagaan. Kalau anda menyertai pre-enrollment Epicera ini sekarang dengan percuma, secara tidak langsung pernigaan ini sudah pun membina prospek rankaian perniagaan yang terdiri daripada para usahawan yang komited untuk bekerjasama dengan Epicera. Jadi mudahlah pemasaran produk mereka kelak.

Perlu ditekankan di sini bahawa kebanyakan MLM tradisional yang berkonsep pelan unilevel, hari ini terpaksa beralih ke pelan pemasaran yang lebih kompetetif jika mereka mahu kekal berada di dalam pasaran. Ini kerana pelan pemasaran berkonsep 2 kaki (kiri dan kanan) lebih mudah dijalankan oleh ahli ahli malah lebih bersifat "team work" dan sangat membantu antara satu sama lain. Kerana itu banyak syarikat besar di Malaysia telah beralih ke pelan binari dengan menjalin kerjasama dengan jutawan dan usahawan internet marketer terkemuka di luar sana dan membentuk syarikat syarikat ranting baru.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai Epicera ini, boleh layari laman web mereka di www.epicera.com. Memang tersangatlah rugi kalau melepaskan peluang keemasan ini untuk berada dalam rangkaian perniagaan Epicera. Ramai yang dah mula Lock Position mereka. Anda bila lagi? Cepat Lock Position anda dengan Percuma sekarang!




Kalau anda ni biasa dengan perniagaan lain yang berkonsep bina rangkaian, maka anda memang akan faham dengan konsep perniagaan Epicera ini. Kalau dah lock posisi sekarang, nanti mudahlah memasarkan Epicera bila dilancarkan kelak. Tak perlu lagi main cari-cari orang. Yang penting kena bersedia dengan modal. Ye lah kan, nak buat bisnes kena ada modal. 

Memang satu peluang keemasan buat kita semua yang bijak mengambil keputusan awal dan merebut peluang yang ada. Jom Lock Position denga percuma sekarang di Epicera.

Mari dengar apa kata Datuk Vincet Tan mengenai joint venture eCosway dengan Epic Amerika ini.

Isnin, 2 Disember 2013

2 Cara paling mudah buat duit dengan Paypal

Adakah anda mempunyai akaun Paypal? akaun Paypal sangat mustahak kalau anda nak buat bisnes international atau secara global.  Contohnya, bisnes eBay, bisnes ebooks, bisnes affiliate, dan sebagainya yang memerlukan transaksi dalam mata wang US Dollar. 

Kalau anda ada akaun Paypal tapi masih tak tahu nak buat bisnes apa untuk tambahkan isi dalam akaun Paypal tu, di sini saya nak kongsi 3 cara mudah buat duit dengan Paypal ini.

1. Tempek iklan CPM global dalam blog.
Hanya untuk mereka yang ada blog dan mempunyai trafik yang cantik. Iklan CPM atau cost per mile ni tak macam iklan Nuffnang. Iklan CPM dibayar berdasarkan kadar untuk 1000 impression pada iklan. Contohnya, kalau iklan dalam blog anda tu dilihat sebanyak 2000 impression dan kadar CPM ialah $2 maka pendapatan anda ialah $4. Terdapat banyak syarikat pengiklanan yang menawarkan platform iklan CPM ini seperti PopAds dan CDNX Global. PopAds adalah yang paling masyuk!!.Saya dah beberapa kali cashout dari PopAds ini. Rate CPM kekadang boleh sampai $4. Anda boleh baca entri Jenis-jenis Iklan CPM Dalam Blog untuk penjelasan lebih lanjut.

2. Join system buat duit international yang terjamin. 
Kalau anda ni jenis yang memang suka buat duit online dan mempunyai akaun Paypal, maka bisnes ini memang sesuai untuk anda. Apatah lagi kalau anda ni jenis yang tak suka jumpa orang dan tak suka jual barang. Sertailah komuniti Direct Pay Biz. Dan saya jamin 100% bahawa pendapatan yang anda perolehi itu akan masuk terus ke akaun Paypal anda tanpa melalui sesiapa. Sistem ni aplikasikan pembayaran Member to Member, so memang bukan scam. Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai bisnes ni, boleh baca entri 1001 Mustahil? Gila nak tukar RM27 kepada RM1.5juta

Cuma satu perkara saja saya nak ingatkan di sini. Kalau nak berhasil dalam sesuatu, kita kena ada usaha dan bekerja dengan bijak. Kalau blog anda tak menerima trafik yang mencanak-canak sampai riban, jangan putus asa. Usaha lah lebih keras dan konsisten. Dan kalau Paypal anda selalu mencapai angka USD0.01 jer, cari lah alternatif.

> Eh, tak sangka yang Hulk sebegini kecil...comel pulak tu
> Anda nak menang hadiah Samsung Galaxy Note 3 tak? pergi di Facebook Darlie 


Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!

Sabtu, 30 November 2013

1001 Mustahil? Gila nak tukar RM27 kepada RM1.5juta


Too good to be true..but it's not impossible. Bolehkah RM27 bertukar menjadi RM1.5 juta? Jawapannya bergantung kepada anda. Jika anda rasa boleh, maka memang boleh. Kalau anda rasa tidak boleh, maka tak boleh lah.  Tony Fernandes pun boleh tukar RM1 kepada RM40juta bang oii...

Ini satu perkongsian yang saya jarang tulis kat blog. Sebab kenapa? sebab saya ni jenis yang kurang yakin dengan benda-benda buat duit online dengan segala macam produk ni. Dan bisnes yang main cari-cari orang pun saya malas nak join juga. Tapi saya tak lah negatif mengenai bisnes macam tu.  Saya tau memang boleh buat duit kalau air liur kita ni jenis berlian..hoho..

Tapi ada satu program bisnes online yang sedang hangat berlegar di internet sekarang. Program ni memang menarik, sampai saya pun tertarik. Kat Malaysia, rasanya masih sikit yang tahu. Mula-mula kawan introduce benda ni, saya tak berapa kesah tapi bila dah baca detailed informations maka baru lah jelas bagaimana sistem dalam program ni berjalan.

Apakah program yang saya maksudkan ni? 
Nama program ini adalah Direct Pay Biz yang menggunakan matawang US Dollar dalam urusniaga. Konsepnya agak konpius sikit kalau sekali imbas jer. Saya pun ambik masa juga untuk faham. DPB ini menggunakan sistem 5x4 Forced Matrix. Maksudnya kita bina downline sedalam 4 level dan setiap level mempunyai maksimum 5 ahli. Jadi kalau anda dapat cari 6 orang ahli baru, sorang lagi tu akan automatik turun bawah menjadi downline kepada downline anda pulak. Satu konsep bantu membantu yang sangat mudah diaplikasikan. Kalau ada ahli yang tak 'buat kerja' pun, gerenti dia boleh dapat ahli bawah dia kalau upline dia tu aktif. 

Pernah korang dengar Danamudah.com dulu-dulu tu? nah, konsep ni pun sama. Cuma Dana Mudah tu agak temberang sikit. Kena ada admin fees konon. Tapi Direct Pay Biz ini tak perlu pun ada admin fees. Semua bayaran akan terus masuk ke akaun anda. Anda boleh gunakan Paypal, STP, Payza, EgoPay, atau Perfect Money sebagai payment processor. Maaf ya, anda tak bisa guna akaun bank tempatan kalau nak masuk program ni. Boleh baca entri Panduan Langkah demi Langkah buat akaun Paypal.

Ok, mari masuk part bagaimana tukar RM27 kepada RM1.5 juta pulak. Oh ya, urusniaga adalah dalam US Dollar. Jadi RM27 ialah USD9 jer. Modal untuk  mula sangat rendah. Tu pasal saya join. Cara earning tu memang menarik. Tapi kalau diolah satu persatu, memang payah. Jadi anda tengok saja lah gambar rajah kat bawah ya. Terdapat DUA fasa pendapatan.


Tak faham? saya pun tak faham mula-mula dulu. Kalau nak lebih faham, pergi lah ke laman web Direct Pay Biz.

Lepas join apa yang perlu dibuat?
Ok, kalau nak join, anda boleh register PERCUMA di Direct Pay Biz. Anda ada masa 3 hari untuk pelajari selok belok sistem ini. Kalau anda rasa sistem ni kurang sesuai dengan anda, maka tak perlu lah susah-susah nak libatkan diri. Ahli yang tidak upgrade ke Level 1 dalam masa 3 hari akan dipadam dari sistem. Kemudian anda carilah sistem yang lebih mudah. Itu pun kalau anda jumpa lah.

Kalau anda mengambil keputusan untuk jadi ahli aktif, kena bayar $9 dulu dengan upline untuk diaktifkan. Lepas aktif, barulah anda akan dapat link dan bantuan promosi. Selain tu, anda juga akan dapat produk digital yang sangat bermanfaat untuk majukan apa-apa bisnes yang anda nak jalankan nanti.

Halangan Utama dan Penyelesaiannya
Salah satu halangan utama yang buatkan banyak orang gagal ialah sikap mudah putus asa. Ya, sistem Direct Pay Biz ini memang menjanjikan pulangan yang lumayan. TAPI semuanya bergantung juga kepada usaha ahli itu. Kalau nak income cepat, maka rajin rajinkan lah diri tu untuk promosi kat Facebook ker, kat Twitter ker, atau kalau malas nak promote, boleh saja iklankan terus di akhbar online yang bertrafik tinggi macam Berita Harian dan Sinar Harian.

Kalau tak buat apa-apa dan hanya tunggu downline tumpah dari upline, maka hasilnya pun lambat lah korang dapat. Apa lagi kalau upline korang tu jenis yang tangkap muat jer. Sistem ini memerlukan ahli supaya saling bantu-membantu. Kat Facebook dah ada group support international boleh join. Boleh try tengok group Direct Pay Biz Team Builders.

Direct Pay Biz adalah SCAM?
Direct Pay Biz scam..erm, Macam mana boleh jadi scam pulak? Setiap ahli akan dibayar terus dari member to member. Terus ke akaun Paypal atau Payza, atau Perfect Money atau EgoPay. Pilih saja mana Payment processor yang anda suka. Tanpa melalui admin. Tugas ahli hanya promosi dan confirmkan ahli baru. Segala panduan dan bantuan promosi sudah disediakan.


Fuh, panjangnya entri ni. Harap ianya berbaloi untuk kebaikan bersama.Kalau anda rasa nak cuba jadi ahli dalam sistem ini, boleh register percuma kat laman web Direct Pay Biz. Rasanya $9 tu tak lah mahal sangat untuk dijadikan modal awal. Dan ketahuilah bahawa sistem ni sangat membantu sekiranya anda ni jenis yang baru nak berjinak dengan bisnes online.