Tips Bagaimana Meningkatkan Earning Churp-churp? | Boros Di Aralom

Khamis, 12 Mei 2011

Tips Bagaimana Meningkatkan Earning Churp-churp?

Salam, hari ni sy nak buat entri khas tentang tips bagaimana untuk meningkatkan earning churp-churp dengan mudah. Entah kenapa sy nak buat entri ni pun sy tak tau. Mungkin kerana tips yang telah dan sedang saya gunakan ini berkesan kot. Sebenarnya memang banyak tips yang korang boleh baca mengenai cara-cara meningkatkan earning churp-churp seperti yang terdapat di blog ar-rifke, blog yang penuh dengan tips dan informasi berguna. Tapi hari ini saya cuma nak kongsi cara yang saya sendiri lakukan.

Wokey, seperti yang kita tahu, Churp2 merupakan website perkongsian sosial yang berasaskan kepada pengiklanan. Memang tak perlu lah untuk saya jelaskan apakah gerangannya Churp2 ini. Tapi kalau ada yang belum tahu, boleh melawat laman web Churp2 sendiri. Dahulu hanya tiga cara untuk membuat earning kat churp2 iaitu Social Sharing, Social Seeding, dan Scheduled Tweet. Tapi kini terdapat satu lagi cara yang diperkenalkan iaitu Grapevine. Benda ini saya pun tak tahu sangat sebab masih baru.

Antara keempat-empat cara tersebut, saya paling banyak membuat earning melalui Scheduled Tweet. Di sini lah rahsia earning saya. Kalau setakat nak mengharap pada klik iklan Social Sharing memang payah sikit nak tunggu. Lebih-lebih lagi kalau kita ini jenis yang malas nak mengiklan. So, hari ini saya hanya akan kongsi rahsia saya mengenai ST sahaja. Satu benda yang masih lagi kekal misteri tapi tak juga terlalu misteri mengenai ST ini ialah tentang jumlah pembayaran untuk satu tweet. Tidak terdapat nilai khusus untuk satu ST itu. Dan satu lagi, korang kena cepat dan pantas kalau nak mendapatkannya sebab kuota untuk ST ini memang cepat habis. 

Okay, banyak melalut dah. Jadi bagaimana nak meningkatkan bayaran ST? Senang sahaja, caranya ialah dengan meningkatkan jumlah follower twitter korang. Saya bagi contoh ST saya sendiri la. Masa 1st time dapat ST dulu, follower twitter saya hanya dalam sekitar 150 saja. Bila saya kira-kira jumlah bayaran bagi satu ST, adalah dalam sekitar RM0.50 je. Sekarang bila follower dah bertambah kepada 2500++, bayaran untuk satu ST adalah dalam sekitar RM7. Banyak dah tu untuk saya yang miskin tegar ni. Huhu. Cuba bayangkan kalau korang ada dalam sekitar 10,000 follower, kan gempak earning.

So sekarang korang pun mesti nak tahu juga kan tips untuk meningkatkan follower twitter. Namun sebelum tu, satu benda saya nak ingatkan korang. Seperti laman web yang lain, Twitter juga mempunyai T&C tersendiri. Misalnya ratio untuk follower:following kena balance. Dorang tak kan benarkan akaun twitter anda follow orang lain melebihi jumlah ratio yang dibenarkan. Ala, perkara biasa je tue. Jangan bimbang. Ada caranya. Untuk meningkatkan jumlah follower anda dengan mudah, anda boleh melawat mana-mana laman web berikut yang sememangnya sangat membantu:

Agaknnya, mungkin dah ramai yang tahu pasal laman web ini kan. Di sini, anda akan mendapat point apabila anda follow orang lain. Kalau orang lain follow korang, point korang pulak yang akan hilang. Adil la tu kan. Cuma masalahnya, bila kita dah follow banyak sangat sampai melebihi jumlah ratio, maka kita tidak lagi dapat follow member lain. Tak dapat follow maka takda point. Takda point maka takda orang nak follow. Maka di sini akan timbul lagi satu masalah iaitu berlakunya massive unfollow. Jaga-jaga, Twitter suka ban orang yang suka unfollow org lain. Tapi, jangan bimbang, ada penyelesaiannya. Selain menambahkan follower twitter, Twiend juga mempunyai fungsi lain iaitu untuk meningkatkan jumlah Like FB dan jumlah view video.  Jadi apa kata kalau anda kumpul point melalui like FB page dan tengok video je. Tak perlu main follow orang lain. Ini teknik yang selalu saya guna.

2. Twittfame
Konsepnya sama dengan Twiend. Cuma ada satu fungsi tambahan pada Twittfame iaitu selain menambahkan follower twitter, jumlah like FB, jumlah view video, korang juga juga boleh meningkatkan jumlah view laman web. Pendek kata, di sini korang juga boleh mendapatkan trafik blog. Tapi saya sarankan agar anda fokus kepada meningkatkan jumlah follower twitter je.

Mungkin itu saja yang dapat saya kongsi setakat ini. Benda ini berkesan dan sememangnya membantu meningkatkan earning Churp2 saya. Syukur kerana sekarang ini saya dah merasai bagaimana rasanya bila tekan butang "Cashout" tue setelah berkecimpung selama empat bulan. Selamat mencuba dan harap tips ini berguna dan memberi manfaat kepada korang. Atau kalau korang nak kongsi rahsia, sila lah kongsi. Saya pun masih baru juga. Saya sekadar berkongsi apa yang saya telah lalui.Tadaa!!

12 ulasan:

Jaw @ MyGamanBorNeo berkata...

wah baru saya tau, makin byk follower makin tinggi byrn ST. Tp susa jg mau cr follower Twitter ni.

Bunga berkata...

hhehe..xla teruja sangat pasal ni..hekeheke

nc berkata...

thank u for sharing :)

nc berkata...

..tpi kn,, mcm mna mau dpt itu social tweet tu a.. hehe..

Annie berkata...

This is very new for me. Thanks for sharing, Nancy P! ^_^

Nancypoh berkata...

MGB* rasanya memang macam tu lah..makin ramai folower makain tinggi bayaran dia..cuba try masuk laman web kat atas tu dulu.

bunga* hehe..sekadar bekongsi..

nc* welcome..oh ya, ST ni jarang ada..dorang akan emel juga kalau ada ST terbaru..cuma kena cepat la.

Annie* hopefully it'll helps..

StellaClaire-Richard berkata...

oh..thanks for sharing this.. mau kena rajin juga ba ni kan..

Hairun Azmi berkata...

Tips yang hebat... Makasih sobat...

Jerebu kembali lagi....

HALIMAH BINTI MUHIDEN berkata...

Bestnya...baru tau...t.you!

MKVParadise berkata...

tips berguna...nak try gak la..

Jaerul berkata...

nak dapat sheduled tweet ni perlu ada follower 25 ,.. 1 follower bersamaan,. Rm0.005 ... Mmg bez,.. Sebab follower aku 2000+ dpat la rm10+ satu tweet,... Klw 10 kali dh bole cash out ... Hehenak dapat sheduled tweet ni perlu ada follower 25 ,.. 1 follower bersamaan,. Rm0.005 ... Mmg bez,.. Sebab follower aku 2000+ dpat la rm10+ satu tweet,... Klw 10 kali dh bole cash out ... Hehe http://www.jaerul.com

Zul Yakub berkata...

terima kasih tips sangat membantu