Boros Di Aralom: Edisi Facebook
Memaparkan catatan dengan label Edisi Facebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Edisi Facebook. Papar semua catatan

Ahad, 15 November 2015

Cara tukar gambar profile picture Facebook kepada bendera France

Cara tukar gambar profile di Facebook kepada bendera Perancis akan saya kongsikan dalam entri ini. Sejak serangan pengganas di Paris pada Jumaat lalu, ramai pengguna Facebook telah menukar gambar profile mereka kepada bendera negara tersebut sebagai tanda soladiriti kepada para mangsa yang terlibat.

Bagi sesiapa yang mahu menukar gambar profile kepada bendera France, berikut cara-caranya:

1. Cari rakan facebook anda yang telah menukar gambar profile merka kepada bendera France.

2. Click butang 'Try It' kat bawah gambar profile mereka. 

3. Reposition gambar profile korang. Kemudian click 'dropdown button' di sebelah kanan 'Switch back to previous profile in' untuk menentukan jangka masa anda menggunakan gambar profile bendera France tersebut.


4. Akhir sekali, click 'Use as Profile Picture'. Sekarang gambar anda dah bertukar kaler berlatar belakang bendera France.
Profile picture dah bertukar
Saya buat tutorial ini sekadar berkongsi info sahaja dan bukan mewakili mana-mana pihak. Bagi saya, apa yang berlaku di Paris itu adalah satu perbuatan manusia yang memang patut dikutuk. Usah berbalah tentang bangsa dan agama, tentang siapa yang betul dan siapa yang salah, dan usah perbandingankan mana yang lebih kesian dari siapa. Keganasan berlaku di mana-mana.

Apa yang kita perlu buat hanya mendoakan yang terbaik kepada para keluarga mangsa yang terlibat. Bukan sahaja di Paris, malah juga di Syria, Palestin, Iraq, Afghanistan, Nigera, dan di mana-mana pelusuk dunia yang menjadi sasaran pengganas.

#TerrorismHasNoReligion 

Jumaat, 13 Disember 2013

5 gambar selfie paling bangang yang menjadi viral di internet

Tahun ini, perkataan 'selfie' memang menjadi satu trend media sosial terutamanya di laman Instagram dan Facebook. Berikut antara 5 gambar selfie yang paling bangang dan menjadi viral di alam maya.

Posing selfie bersama dengan abu mayat neneknya.



Ahli bomba yang sempat buat posing selfie walaupun ada kebakaran di belakangnya.


Walaupun cedera parah, wanita ini nampaknya tak mahu lepaskan detik tersebut untuk posing selfie.


Sempat lagi si suami tangkap gambar selfie walaupun isterinya sedang kesakitan melahirkan anak.


Dan...yang paling wtf!!..Presiden Obama, PM Denmak, Helle Thorning dan PM UK, David Cameron, sempat lagi buat selfie mereka ketika upacara memperingati mendiang Nelson Mandela.

> Jom p makan KFC Value Treats, harga RM4 jer..lepas tu boleh lah korang posing selfie dengan ayam tu..


Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!

Ahad, 27 Oktober 2013

9 Aplikasi game paling popular di Facebook sepanjang bulan Oktober 2013


Berikut adalah senarai 10 aplikasi game paling popular di Facebook sepanjang bulan Oktober 2013. Data ini diperoleh dari appdata.com

1. Candy Crush Saga
2. Pet Rescue Saga
3. Farm Heroes Saga
4. Dragon City
5. Criminal Case
6. FarmVille 2
7. 21 Questions
8. Give Hearts
9. Texas HoldEm Poker

Jika anda seorang yang suka bermain game di Facebook, pastinya anda adalah salah seorang yang menyumbang kepada kepopularan aplikasi game kat atas ni. Jangan saja main sampai tak ingat dunia yer..especially Candy crush..

>> Mari sokong kempen kesedaran kanser payudara dari Softlan..tak kira anda lelaki atau wanita

Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

Khamis, 17 Oktober 2013

6 Sebab kenapa anda TIDAK perlu beli DVD FB Ads Marketing

Tahukah anda tentang teknik terbaru buat iklan di Facebook yang diterangkan dalam DVD Latest FB Ads Marketing tu? Sebelum anda membelinya, di sini saya nak bagi tahu bahawa DVD ini memang tidak sesuai untuk anda. Kenapa? Jika anda adalah tergolong dalam 6 individu berikut maka anda tak perlu lah buang duit beli DVD ini.

1. Anda memang pakar teknik menggunakan Headline, Body dan Imej iklan di Facebook. Dan dengan kepakaran anda ini, anda mudah dapat pelanggan mencurah-curah.

2. Anda mengenali interest marketing yang tepat. Maksudnya anda memang otak geliga sampai semua lubuk facebook kesukaan ramai pun anda tahu.

3. Anda memang terbaik dalam menggunakan teknik buat iklan yang boleh menghasilkan duit.  

4. Anda tidak bergantung kepada cadangan FB untuk nilai BID iklan dan anda selalu untung besar.

5. Anda hebat memanipulasi Facebook untuk followup ads selepas anda buat iklan.

6. Anda memang banyak ilmu tentang 'ads monitoring' dan tidak perlukan tunjuk ajar lagi.


So, kalau anda seorang usahawan internet yang memang dah pakar dan untung besar sampai puluhan malah ratusan ribu sebulan di Facebook serta tergolong dalam 6 individu kat atas, maka DVD Latest FB Ads Marketing ini bukan untuk anda. DVD ini juga tidak sesuai untuk mereka yang suka goyang kaki tapi kuat berangan.

TAPI kalau anda bukan dalam 6 golongan di atas dan mahu menguasai teknik buat iklan di Facebook yang memang dah terbukti berkesan untuk tingkatkan jualan, tak kira lah produk anda itu baju pengantin ker, kek lapis ker, tudung saji ker, atau apa-apa saja, maka DVD ini sangat sesuai untuk anda.

Oh ya, dan lagi satu, DVD ini hanya untuk mereka yang benar-benar serius mahu belajar cara buat iklan yang berkesan dan mahu tingkatkan jualan produk mereka di Facebook. 



Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

Ahad, 17 Februari 2013

Ketagih dengan Game Facebook Criminal Case


Entri kali ini ditujukan khas kepada mereka-mereka yang memang sudah ketagih dengan permainan dalam talian ini. Pernah main game facebook Criminal Case tak? Bagi yang pernah main game ini memang tahu lah bagaimana 'addictive'nya benda ini. Macam juga dengan kebun sayur maya tu, Farmville, memang menyeronokkan. 
Permainan Facebook, Criminal Case
Tapi....bila dah ketagih sangat sampai 24 jam mesti kena bersengkang mata bermain game facebook ni, sampai anak bini/laki tak sempat nak layan, mandi pun tak lalu...memang akan membawa masalah besar kepada si empunya diri dan orang sekelilingnya.

Ni nak cerita pasal satu permainan facebook, Criminal Case namanya. Memang seronok bermain. Apa lagi kalau ramai kawan yang ikut serta. Game ini lebih kurang macam game CSI dulu tapi ia lebih kepada mencari barang dalam gambar. Game yang budak kolej suka main tuu. Walaupun macam kebudak-budakkan tapi orang dewasa pun ramai juga yang ketagih.

Tapi macam biasalah. Perkara menyakitkan hati bila terpaksa 'bazir' masa kumpul tenaga semula. Kalau korang ni orang kaya dan tak tahu nak buat apa dengan duit korang tu, boleh lah terus beli tu burger, fries, dan minuman untuk tambah tenaga. Kalau miskin tegar macam gua, maka 'just forget it' la..

Lagi satu, kepada yang sudah ketagih game fesbuk ni, kalau line internet kurang baik, memang akan bawa penyakit mental kat mereka..haha..kenapa tak main PES je. Tak perlu online pun..

Bermain game facebook ini memang tak salah. Hanya perlu kawal perasaan dan kena pandai membahagi masa. Bila energy kat Criminal Case tu dah habis, sudah lah. Logout saja..tak perlu minta 'request' lagi dengan kengkawan. Nanti jadi budaya kurang sihat. Pernah ada kes kat China, pasangan ini buat anak dan jual anak semata-mata untuk permainan dalam internet. Kan tak baik macam tu. Main sekali sepuluh minit sehari pun dah cukup untuk hilangkan stress.

So, tepuk dada tanya selera. Oh ya, apa kata kalau dah lepas main game tu, buat lah karangan pula kat blog. Macam gua..hahaha..

P/s: Entri ini juga ditujukan kepada gua sebagai refleksi diri walaupun bermain Criminal Case selama 15minit je sehari..itupun kalau energy bar dah penuh..dan saya tahu, ramai yang memang bukan 'game-minded' akan baca entri ini.. :)