Boros Di Aralom: Edisi Tutorial
Memaparkan catatan dengan label Edisi Tutorial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Edisi Tutorial. Papar semua catatan

Ahad, 3 Januari 2016

11 Hobi baru di tahun baru 2016! Jom lari dari rutin harian

Belum terlambat untuk admin ucapkan selamat menyambut tahun baru 2016 kepada semua pembaca. Selamat tinggal 2015. Pasti banyak suka duka yang kita lalui sepanjang tahun lepas..mungkin lebih banyak duka kot..GST dan tol bagai..hahaha

Baiklah, dalam entri kali ini, admin nak kongsi beberapa tips atau hobi baru yang mungkin korang berminat nak lakukan bermula di tahun baru ini. Ye lah, nak 'lari' dari kebiasaan dan mencuba benda baru. Mesti seronok kan. Ini dia 11 contoh hobi baru yang boleh korang mulakan di tahun 2016 ini!

1. Menonton Filem. Mungkin zaman kolej-kolej dulu, menonton filem dan drama merupakan salah satu hobi wajib bagi kebanyakkan pelajar kan. Nak download movie free pun senang sebab kolej dilengkapi wifi percuma..hahaha..bajet sikit nonton wayang. Tunggu PTPTN masuk dulu baru dapat merasa wayang on the spot...kan kan kan..eh! korang dah bayar balik PTPTN tak..

2. Menyanyi. Tak kisahlah suara korang tu merdu or ke laut. Cubalah menyanyi di kala bulan mengembang. Mesti seronok kan..Gurau jer..tapi kalau ada masa terluang, cubalah try test power suara tu. Pergi kat karaoke box. Atau guna apps kat smartphone jer pun boleh. Asal jangan melalak tak tentu pasal lah.

3. Berkebun. Tak perlu pun ada tanah luas untuk berkebun. Sekarang ni, mereka yang tinggal kat flat pun boleh berkebun. Tapi kena kreatif lah. Untung lah orang yang pandai berkebun ni kan. Mesti kawasan luar dan dalam rumahnya penuh dengan tumbuhan menghijau. Sejuk jer mata memandang.

4. Mendaki. Kalau macam admin ni yang tinggal berdekatan dengan bukit bukau, tentu saja mudah nak mencari tempat mendaki. Tiap-tiap hujung minggu mesti pergi mendaki bukit. Tapi jangan salah sangka, aku ni badan masih comel...gemoks is awesome..hahaha.

5. Memasak. Especially bagi kaum hawa. Kalau pandai memasak, memang untung lah laki yang kawin dengan kau. Kalau lelaki pula yang pandai masak, fuh..memang akan jadi kegilaan bakal mak mertua.

6. Main alat muzik. Never too late to learn new skills. Memang seronok kalau boleh bermain alat muzik walaupun tak pro. Tak susah pun belajar main alat muzik. Contohnya gitar. Aku dulu masa tingkatan dua, aku belajar sendiri main gitar. Asal engko pandai main tiga kod asas C F G..dah boleh dah main lagu Negaraku!

7. Sukarelawan. Kalau nak feel macam slot Bersamamu TV3, cuba aktifkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan. Bukan saja mampu meningkatkan sifat berperikemanusiaan korang, malah korang juga boleh menambahkan amal jariah di dunia ni.

8. Membaca. Ini hanya untuk mereka yang sangat kurang mebaca. Mungkin baca entri ni pun malas. Eh..korang..tak baik malas membaca tau..nanti kalau korang tetiba terjumpa dengan orang macam Syed Siddiq, si penghujah terbaik Asia tu, siap korang kena kelentong habis..haha. Membaca baik untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Bila korang tahu banyak perkara, senang sikit lah nak survive.

9. Menulis. Ia meningkatkan kreativiti dan mengembangkan imaginasi. Cuba korang ingat masa budak-budak dulu, mesti ada cikgu suruh buat karangan bertajuk 'Aku sekaki Payung'.."Aku sebatang Pen" dan macam-macam 'Aku' lagi lah. Suka bila baca karangan budak-budak..penuh imaginasi dan kreatif walaupun kekadang tak masuk akal sampai ada Aaron Aziz dalam karangan..hahaha..

10. Blogging. Hah! Benda ni pun sama dengan menulis cuma blogging ni menulis di alam maya. Korang berkongsi kisah hidup dan berkongsi ilmu di alam maya. Kalau korang ni jenis yang suka berfesyen, menulislah mengenai fesyen, bagi tips berpakaian dan sebagainya. Kalau minat memasak, boleh juga menulis resepi di blog masing-masing..kalau minat kereta, tulislah mengenai kereta di blog. Dan yang menambahkan kemanisan blogging ni ialah korang boleh menjadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan. Macam mana caranya? Tanya lah Ahmad Maslan...hahahaha..kena lagi DAM..anyway, salah satu cara jana duit dari blog ialah melalui pengiklanan. Selain itu, ramai juga blogger yang jana duit melalui sistem affiliate. Bagi blog Edisi Blogger ni, pendapatan utama ~ walaupun beberapa sen saja~ ialah melalui pengiklanan. Macam PopAds dan Nuffnang ni lah. 

11. Menabung. Ni yang best sebab melibatkan wang beranak pinak..haha. Kat Facebook agak viral juga bila ada yang mengepos kisah mereka menabung dari awal tahun sampai akhir tahun. Ada bermacam cara menabung. Salah satunya ialah dengan kiraan gandaan minggu..like Week 1 to Week 52. Minggu satu simpan RM1, minggu 2 simpan RM2..bila ganda-ganda sampai minggu 52, dah sampai RM1k gitu..fuh! dah boleh shopping sakan hujung tahun ni.

Ada banyak lagi hobi yang boleh korang mula buat di tahun baru ini. Yang penting korang enjoy ketika melakukannya. Daripada asyik buat rutin yang sama setiap hari, tentu bosan kan..like, pagi pergi kerja, petang balik kerja, malam tidur, pagi bangun awal pergi kerja...tak ker bosan gitu?

Anyway, selamat menempuh tahun baru dengan penuh semangat. Semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun-tahun lepas. Sekian! 

Lagi info menarik:

Ahad, 15 November 2015

Cara tukar gambar profile picture Facebook kepada bendera France

Cara tukar gambar profile di Facebook kepada bendera Perancis akan saya kongsikan dalam entri ini. Sejak serangan pengganas di Paris pada Jumaat lalu, ramai pengguna Facebook telah menukar gambar profile mereka kepada bendera negara tersebut sebagai tanda soladiriti kepada para mangsa yang terlibat.

Bagi sesiapa yang mahu menukar gambar profile kepada bendera France, berikut cara-caranya:

1. Cari rakan facebook anda yang telah menukar gambar profile merka kepada bendera France.

2. Click butang 'Try It' kat bawah gambar profile mereka. 

3. Reposition gambar profile korang. Kemudian click 'dropdown button' di sebelah kanan 'Switch back to previous profile in' untuk menentukan jangka masa anda menggunakan gambar profile bendera France tersebut.


4. Akhir sekali, click 'Use as Profile Picture'. Sekarang gambar anda dah bertukar kaler berlatar belakang bendera France.
Profile picture dah bertukar
Saya buat tutorial ini sekadar berkongsi info sahaja dan bukan mewakili mana-mana pihak. Bagi saya, apa yang berlaku di Paris itu adalah satu perbuatan manusia yang memang patut dikutuk. Usah berbalah tentang bangsa dan agama, tentang siapa yang betul dan siapa yang salah, dan usah perbandingankan mana yang lebih kesian dari siapa. Keganasan berlaku di mana-mana.

Apa yang kita perlu buat hanya mendoakan yang terbaik kepada para keluarga mangsa yang terlibat. Bukan sahaja di Paris, malah juga di Syria, Palestin, Iraq, Afghanistan, Nigera, dan di mana-mana pelusuk dunia yang menjadi sasaran pengganas.

#TerrorismHasNoReligion 

Sabtu, 1 Februari 2014

Nak tahu sama ada seseorang itu pandai menipu atau tidak? Gunakan tips ini


Ada orang memang pakar menipu dan ada orang yang memang tak pandai menipu. Memang dah norma manusia, setiap kita ni pernah menipu. Mengaku sajalah yang korang pun pernah menipu..sebenarnya ada cara mudah untuk mengetahui sama ada seseorang itu pandai menipu atau tidak. Tengok saja video ringkas di bawah ini.


Mamat botak kat dalam video tu suruh korang angkat jari telunjuk pada tangan dominan. Then letak kat dahi korang...then tulis huruf Q..then lihat arah mana ekor huruf Q itu ditulis..kiri atau kanan.

Kalau menghala ke kiri..maknanya korang ni pandai menipu. Kalau ke kanan, maknanya korang ni cepat sangat kedapatan menipu..Jadi kalau anda nak tahu kawan anda tu selalu menipu atau tidak...suruh saja dia tulis huruf Q di dahinya.

Menipu memang tidak baik..tapi kekadang kita kena menipu juga bila sesuatu keadaan itu memaksa kita untuk membuat helah..jadi kesimpulannya, kalau nak menipu..agak-agaklah sikit..orang lain mungkin tak tahu kita menipu..tapi Tuhan tahu.. :)

Sabtu, 4 Januari 2014

5 Teknik Rahsia Untuk Mahir Matematik

Laporan dari Program Penilaian Internasional tahun 2012 (Pisa) mengenai pencapaian 65 negara dalam bidang Matematik memang memeranjatkan. Daripada 65 buah negara tersebut, Malaysia berada di tempat ke 52. Untuk pengetahuan korang, Vietnam lebih jauh di depan Malaysia dengan menduduki tangga ke-17. Thailand pula di tangga ke-50. 

Tempat yang pertama ialah Shanghai (China) diikuti Singapura, Hongkong, Taiwan, Korea Selatan, Macau, dan Jepun. Semuanya dari negara-negara berbangsa Cina atau dari negara yang serumpun dengannya.  Cuba bayangkan kalau penduduk Malaysia ini adalah terdiri dari orang Melayu, India, orang Asli, Bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja di manakah kedudukan Malaysia, tentu lebih rendah lagi. Jadi apakah tindakan kita? Sebagai warganegara bumiputera, memang saya rasa tercabar dengan kenyataan dari Sinar Harian ni.

Walaupun saya tidak mempunyai anak tapi saya mempunyai ramai anak buah dan anak saudara serta perlu menjadi tunjang kepada generasi baru. Seperti anda juga. Apa lagi kalau anda ini adalah ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang bersekolah. Tentunya anda mahukan yang terbaik untuk mereka.

Mungkin saya tak perlu pergi dari rumah ke rumah untuk mengajar Matematik. Lagi pun saya bukan lah pakar sangat walaupun dulu dapat A Matematik. Tapi mungkin apa yang saya nak kongsikan ini boleh membantu mereka yang mahu menguasai ilmu hisab Matematik. Berikut antara 5 teknik rahsia untuk mahir Matematik:

1. Kenalpasti apa yang anda tidak tahu dan minta bantuan guru untuk menyelesaikan masalah Matematik tersebut. Pelajar perlu berjumpa dengan guru seberapa segera yang boleh dan jangan bertangguh.

2. Belajar secara berkumpulan (3 atau 4 orang satu kumpulan) - pembelajaran secara berkumpulan dapat membantu diri untuk menyelesaikan masalah matematik.

3. Jangan pegang mesin kira setiap kali hendak mengira.
Sebabnya; menggunakan mesin kira sama seperti seseorang itu memalaskan otak untuk berfikir dan mengharapkan jawapan yang dikira terus tertera.

4. Kurangkan mengguna SMS.
Sebabnya; dengan mengurangkan penggunaan SMS pula ia mengekalkan penggunaan bahasa Melayu yang dilihat semakin terjejas ekoran sikap masyarakat kini yang gemar menggunakan bahasa singkatan setiap kali menaip mesej di telefon bimbit.

5. Kurangkan bermain alat permainan video.
Sebabnya; penggunaan alat permainan atau ‘video game’ juga boleh melalaikan jika dibiarkan menjadi hobi sehingga ada yang terleka tanpa perlu melakukan apa-apa termasuk bersolat.

Teknik nombor 3 hingga 5 kat atas ini pernah dikongsikan oleh anak Melayu paling genius, Adi Putra, yang turut mendapat gelaran Profesor Cilik Matematik Islam dari Universiti Riau, Indonesia.
Adi Putra
Adakah minda genius itu berlaku secara semulajadi atau secara pembelajaran? Jawapannya adalah kedua-dua sekali. Matematik adalah satu kemahiran. Kemahiran adalah suatu yang perlu dipelajari. Untuk mahir, anda perlu mempelajarinya dengan menggunakan teknik yang betul. 
Adakah anda seorang yang genius Matematik? cuba kira dan jawab soalan Matematik di bawah dalam masa 5 saat..

Dapat tak?? Kalau guna kalkulator memang cepat...tapi TANPA kalkulator, memang sangat sukar..mungkin ada yang mengambil masa sampai 5 minit untuk jawab satu soalan. Nah, cuba korang tonton video penerangan kat bawah yang menunjukkan cara pantas jawab sifir.

Belajar Matematik memang seronok. Ia adalah salah satu subjek paling saya suka masa zaman sekolah dulu-dulu. Memang tak bosan langsung kat kelas sampai masa habis subjek pun tak sedar. Kalau korang nak tengok jadi genius dalam Matematik atau pun nak jadikan anak genius dalam Matematik, sangat eloklah kalau anda menyertai program Alfa Genius secara online ni yang diasaskan oleh Dr. Sulaiman Daud. Terdapat banyak video yang disediakan untuk membantu anda menguasai Matematik dengan mudah. Program ini bakal dilancarkan pada 10 Januari 2014 depan. Bukan saja dapat membantu mengajar teknik pantas Matematik malah ibu bapa dan penjaga juga boleh mengabil peluang ini untuk menambah pendapatan dengan menjadi Affiliate. 


Pelajari Teknik Pantas Matematik Sambil Jana Pendapatan Sampingan

Rabu, 6 November 2013

6 Langkah mudah membeli barang di Lazada

Membeli barang secara online di Lazada memang mudah. Berikut adalah penerangan langkah demi langkah bagaimana membeli barang di Lazada.

1. Pergi ke laman web Lazada. Pastikan alamat url yang anda masukkan adalah http://www.lazada.com.my atau search saja kat google.


2. Cari lah barang yang anda nak beli itu. Boleh masukkan keyword pada ruang 'search' untuk mengecilkan carian anda. Contohnya, anda nak beli smartphone samsung, boleh lah masukkan keyword 'samsung'. Dan anda akan dibawa ke laman yang hanya terdapat produk yang berkaitan dengan samsung.

3. Dah dapat cari barang yang anda mahu beli? kelik pada produk itu dan kemudian kelik 'Buy Now'. Satu kotak transparent akan keluar seperti kat bawah. Kalau anda nak beli barang lagi, boleh kelik 'close and continue shopping'. Kalau dah puas hati, boleh kelik 'Proceed to Checkout'.

4. Anda akan dibawa ke laman web seperti kat bawah ini. Sila masukkan email anda untuk menerima newsletter dan updates dari Lazada kelak. Kalau anda dah register sebelum ini, sila login saja. Lebih baik anda register dulu dengan lazada supaya proses pembelian ini pantas dan mudah. Kelik 'continue'

5. Masukkan maklumat tentang alamat anda. Maklumat ini sangat mustahak supaya barang yang anda order itu tidak 'sesat'. Dah isi, tekan 'Continue'.

6. Nah, dah tiba masa untuk membayar. Di Lazada, anda mempunyai 4 pilihan cara pembayaran sama ada melalui kad kredit, Cash On Delivery, Online Banking, atau Paypal. Kemudian anda boleh kelik 'confirm order' lepas dah buat pembayaran. Satu emel khas pengesahan pembelian akan dihantar ke emel anda.

Ok..siap..sila tunggu barang sampai ke rumah anda. Oh ya, kalau anda nak tengok video penerangan langkah demi langkah membeli barang kat Lazada, boleh play video kat bawah ini. Lagi senang nak faham... :)


Anda boleh membeli pelbagai jenis barangan kat laman web Lazada seperti telefon pintar, tablet, kamera, pakaian, barangan elektronik, komputer, laptop, barangan dapur, dan sebagainya. Kelik lah mana-mana banner kat bawah ni kalau nak cuci mata kat Lazada yer.








Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

Selasa, 8 Oktober 2013

Cara buat bun, pau dan pizza dari chef hotel 5 bintang

Pernah suatu ketika dulu, ada isteri YB kat tempat kami tu buat demo macam mana nak buat bun dan pau. Masa tu tengah bulan puasa, jadi memang happening dengan kehadiran ramai wanita-wanita kat kampung. Yang bukan muslim pun datang sama untuk belajar. 

Mula-mula si datin tu tunjuk macam mana buat pau. Mula-mula dia bagi resipi dulu. Katanya, semua sukatan kena tepat. Kalau tidak nanti kuih pau tak menjadi. Lepas semua bahan dah disukat, si datin pun tunjuk cara campur bahan-bahan dan kemudian menguli sampai jadi doh lembut. Fuh! si datin uli pakai tangan beb!! kami pun kena ikut sama sebab mesin uli tak der. Maka kedengaran lah ritma bunyi hentak sana hentak sini semata-mata nak uli tepung tu jadi doh. Memang penat. Kalau pakai mesin, gerenti tak penat langsung. Lepas buat pau, dia tunjuk pula cara buat bun. Prosesnya hampir sama cuma bun ini kena pakai ketuhar. Pau tu pakai belanga jer..heee

Eh, jangan silap. Pau ini bukan saya yang buat. Sekadar gambar hiasan.
Masa belajar tu memang senang nak ikut sebab ada si datin beri tunjuk ajar, bagi demo face to face. Tapi entah kenapa bila buat sendiri, pau yang saya buat tu kurang menjadi pulak.  Masalah pertama ialah doh kurang mengembang. Kedua, saiz pau lepas masak dah tak sama. Rasanya sebab doh tu tak diuli betul-betul kot. Biasalah kalau pakai tangan jer. Ataupun resepi kurang tepat. Sukatan tak sekata.

Jadi, salah satu cara saya belajar semula ialah dengan menonton video chef buat doh macam video tutorial yang diberi oleh Chef Hairul dalam Pakej Lengkap Video Bun, Pau Dan Pizza Style Hotel. Dia ni chef kat hotel 5 bintang tau. Dah banyak VVIP yang makan kuih buatan dia. Kalau nak tonton kat Asian Food Chanel pun boleh, tapi sempat ker ikut on the spot? Kalau terlepas, boleh juga tengok kat laman web AFC. Nah, masalah lagi buat saya yang selalu tersalah sukatan ni. Hoho.. kalau tengok video tutorial, lagi senang. Jom buat pau!!

Wow! Coklat Cadbury Roast Almond memang sedap. Jom tengok coklat baru ni..

Jumaat, 6 September 2013

(EDISI TUTORIAL) Bagaimana buat duit sambil melancong?..ini tips karut tapi berguna...

pergi melancong
Kini dengan adanya syarikat penerbangan serta pakej pelancongan yang murah maka banyak dari kita yang mampu untuk pergi melancong tak kira dalam atau luar negara. Namun, bagi sesetengah orang, melancong ini adalah sesuatu yang sukar dilakukan dek kerana kekurangan sumber kewangan yang kukuh. Ada juga yang kena tunggu sampai bersara baru dapat melancong. Jika anda tergolong dalam golongan yang memang bermimpi nak pergi melancong tapi kurang duit, jangan risau...di sini terdapat beberapa tips yang mungkin boleh membantu anda. Malah boleh buat duit sambil melancong.


Tawarkan Khidmat Sebagai Pemandu Pelancong
Jika anda seorang arif mengenai sesebuah tempat, kenapa tidak anda tawarkan perkhidmatan anda sebagai seorang pemandu pelancong? Mungkin anda tak pernah ke Bali, tetapi anda tahu banyak mengenai Bali dengan membuat banyak kajian terhadap budaya dan sejarahnya, mungkin ramai kawan anda yang akan memerlukan khidmat anda itu.

Mohon Pekerjaan di Kapal Mewah
Ingin menikmati suasana percutian di kapal mewah, tapi kurang bajet? Mohon lah pekerjaan yang ditawarkan di dalam kapal mewah tersebut. Mungkin anda bertuah. Kapal mewah menawarkan banyak jenis pekerjaan seperti bartender, penjaga bayi, tukang bersih, penghibur, atau sebagai anak kapal.

Jadi Jurubahasa
Mungkin anda memiliki ramai kawan yang kurang fasih dalam bahasa tertentu. Contohnya bahasa Sepanyol. Jika anda fasih dan mahir menggunakan bahasa ini, ambil peluang ini bila rakan-rakan anda memerlukan penterjemah di luar negara. Ramai orang sanggup membayar jurubahasa untuk menemani mereka ke luar negara.

Jadi 'travel blogger/writer'
Jika anda pernah melancong ke sesebuah tempat sebelum ini, tulislah pengalaman anda tersebut di dalam sebuah jurnal. Berikan informasi yang tepat dan jujurlah dengan pendapat anda. Kemudian jual lah artikel anda itu di majalah atau surat khabar. Tempat pelancongan yang anda tulis itu mungkin hanya terletak beberapa kilometer sahaja dari rumah anda. Tak kisah lah kan..


Demikian lah beberapa tips yang mungkin bisa membantu anda dan saya untuk melancong sambil buat duit kelak. Mungkin tips ini agak karut atau agak kuno tapi percayalah, ianya berbaloi untuk dicuba. Sekian untuk perkongsian.










Jumaat, 22 Februari 2013

10 Perkara yang perlu dibuat pada hari pertama berblogging

Mula blogging
Satu pengembaraan bermula dengan satu langkah. Pilosopi ini juga relevan untuk seorang yang bergelar blogger. Langkah pertama adalah langkah yang paling penting Tetapi apakah maksudnya kepada seorang blogger?

Katakan anda membeli sebuah domain, membina hosting, dan meng'install' blogspot atau wordpress. Apakah langkah seterusnya? bagaimana anda mula berblogging dengan buah fikiran anda? berikut merupakan 10 perkara yang anda perlu lakukan pada hari pertama berblogging. Walaupun anda sudah lama berblogging, 10 perkara ini boleh dipraktikkan juga.

Saya mengandaikan bahawa anda sudah membuat kajian mengenai jenis blog yang akan anda bina. Sebelum anda membeli domain, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira. Sebelum menulis lanjut, saya mengandaikan bahawa anda sudah buat perkara berikut:
1. Memilih jenis audience kepada blog anda yang mempunyai masalah yang anda tahu bagaimana untuk menyelesaikannya.
2. Menjumpai dan melanggani blog-blog utama yang berkaitan dengan niche blog anda.
3. Membaca artikel, ebook, dan sumber-sumber dari niche anda.

Okey, jika anda sudah melakukan perkara-perkara di atas, berikut merupakan 10 perkara yang perlu anda lakukan pada hari pertama menulis blog:- 

1. Burn Blog anda dengan FeedBurner
Setiap blog utama yang top seperti Problogger, Techcrunch dan Mashable manggunakan kemudahan RSS feed menerusi tools dari Google iaitu FeedBurner. Untuk burn blog anda, ikuti langkah berikut:
i. Pergi ke feedburner.com
ii. Log masuk menggunakan akaun Google anda.
iii. Burn feed anda dengan menggunakan url anda (http:www.bloganda.com) di dalam kotak yang disediakan.
iv. Klik 'next'.
v. Pilih feed anda. Ianya kelihatan seperti domain.com/feed jika anda menggunakan WordPress.

2. Masukkan Ruang Opt-In dalam blog

Maksudnya, sediakan ruangan dalam blog anda untuk email newsletter di mana para pembaca yang berminat akan memasukkan email mereka di dalam ruangan opt-in tersebut untuk mendapatkan entri terkini blog anda. Cara ini sangat mustahak sekiranya anda ingin membina audience yang setia dengan blog anda.

3. Sediakan halaman 'Tentang Saya'
Halaman 'Tentang Saya' yang mempunyai maklumat mengenai siapa anda merupakan antara halaman yang paling banyak dibaca dalam sesebuah laman web. Ini kerana kebanyakkan pembaca akan tertanya-tanya siapa dia di sebalik blog tersebut selepas membaca entri blog anda. Jika anda seorang perniaga, halaman ini adalah halaman paling mustahak. Reputasi anda terletak di sini.

4. Bina 'Contact Page'

Bila anda mempunyai halaman mengenai anda, satu lagi halaman yang perlu ialah 'contact page'. Masukkan dua perkara ini di dalam 'contact page' anda.
i. Contact Information
Senaraikan email, ID Skype, Twitter, LinkedIn, Facebook, dan Google Plus.
ii. Contact form
Kadangkala pengunjung lebih memilih email untuk berhubung dengan anda terus dari blog. Mungkin anda boleh gunakan plugin seperti Contact Form 7 dan Really Simple CAPTCHA untuk ini.

5. Pilih Kategori anda
Di dalam Wordpress, anda boleh memilih kategori-kategori untuk entri anda. Sama juga dengan Blogspot. Kategori ini membantu menyusun entri-entri blog agar memudahkan pembaca dan anda.

6. Pilih Artikel Utama Anda
Selepas anda membina kategori, fikirkan bagaimana anda boleh membina artikel utama yang menjadi teras kepada kategori-kategori entri tadi. Contohnya (101 Cara Menguruskan Badan) yang di'link'kan dengan entri-entri khusus dalam blog anda. Artikel utama inilah yang bakal menyumbangkan trafik besar di dalam blog.

7. Brainstorming idea untuk entri blog
Selepas anda memilih kategori dan artikel teras, mula lah brainstorming entri-entri berbeza yang membantu menyelesaikan masalah pembaca dan sesuai dengan skop kategori entri anda. Bila anda brainstorming, elok sediakan pen dan kertas atau papan putih. Brainstorming ini bakal membantu anda membina kalendar editorial kelak.

8. Bina kalendar editorial
Kalendar editorial merupakan satu terma untuk merancang manakah entri blog yang bakal anda tulis dan bilakah ia akan dipublish dalam blog. Anda boleh menjadualkan entri blog di dalam kalender perancangan. Jika mahu pergi jauh di dalam proses ini, anda boleh menggunakan Editorial Calendar Plugin. Langkah ini tidak lah mustahak tetapi jika tidak mahu fokus anda lari dari niche blog, elok lah dipraktiskan.

9. Tulis entri sebanyak mana yang boleh
Satu daripada kesilapan yang sering dilakukan oleh blogger baru ialah mereka mula menyebarkan kepada orang lain akan kewujudan blog mereka walaupun jumlah entri dalam blog itu sedikit sahaja. Sebaik sahaja anda mula menyebarkan blog anda, secara tidak langsung anda adalah bertanggunjawab untuk sentiasa mengemaskini blog. Stay updated!

10. Bina strategi sistem penyebaran blog
Perkara terakhir yang perlu dibuat sebelum menyebarkan blog anda ialah membina strategi sistem penyebaran blog atau 'funnel system'. Langkah pertama untuk mengembangkan 'funnel system' ini ialah dengan menentukan apa yang anda mahu pengunjung blog anda lakukan. Adakah untuk menjadi pelanggan (subcriber) atau menjadi pembeli. Ini adalah matlamat blog anda.

Untuk meminta agar seseorang itu membeli sesuatu di dalam blog samalah seperti meminta mereka mengahwini anda. Kita tidak boleh terus 'melamar' begitu sahaja. Kita perlu mula dengan meminta nombor telefon dahulu atau email. Mulakan dengan membina hubungan dan kepercayaan dengan berkawan dahulu. Berilah 'hadiah' dalam blog anda seperti ebook percuma. Dengan ini, hubungan anda dan 'si dia' akan lebih terbina kukuh. Suatu hari nanti sudah pasti mereka akan mempercayai dan meyakini kita dan seterusnya membeli sesuatu yang ditawarkan dalam blog.

Kata-kata Terakhir
Saya mempunyai firasat yang kuat bahawa kebanyakkan anda yang membaca entri ini merupakan golongan blogger yang sudah lama berblogging. Anda sudah pun melintasi hari pertama itu. Tapi it's okay. Semua perkara di atas masih berguna untuk anda walaupun mungkin sudah bertahun anda berblogging.

Kadangkala, ianya sangat manis bila kita kembali ke pangkal jalan. Jika anda sangat gembira dengan apa yang anda buat sekarang dalam dunia blogging, teruskanlah menulis blog. Pastinya, hasil dari usaha selama ini akan memberi pulangan yang memuaskan anda. Sekian dan selamat berblogging.

P/s: Tips di atas diadaptasi dari seorang penulis blog berpengalaman Nicholas Tart yang menggunakan WordPress sebagai medium berblogging.