Boros Di Aralom: Edisi Gila
Memaparkan catatan dengan label Edisi Gila. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Edisi Gila. Papar semua catatan

Selasa, 5 April 2016

(Video) Kencing di meja tempat berniaga! Hati-hati dengan peniaga apam balik ini

PETALING JAYA: Jijik dan pengotor! Itu yang boleh digambarkan mengenai sikap seorang peniaga yang menjual apam balik dan minuman bungkus apabila mengambil jalan mudah iaitu kencing sambil berdiri di tempatnya berniaga tanpa mempedulikan orang di sekeliling.
Peniaga apam balik kencing dalam plastik. (FMT)
Aksi lelaki terbabit yang berusia lingkungan 50 tahun telah dirakam oleh pengunjung Pasar Kota Jembal di Kota Bharu, Kelantan dan videonya yang dimuat naik di laman sosial menjadi viral.

Rakaman itu diambil pada Jumaat lepas dan pengguna alam maya yang telah menontonnya memberi kritikan terhadap perbuatan lelaki itu yang dianggap sangat menjijikkan.
Pengguna Facebook yang menggunakan nama Ckcm Prada Original yang memuatnaik visual tersebut telah menulis pada ruangan status;
Kuih Apam Balik (sekadar gambar hiasan)
“Berlaku di Pasar Kedai Lalat. Mohon berhai-hati bila membeli apam dan air segera..Perkara yang tak patut berlaku..Amat mendukacita, memalukan dan menjijikkan..Pihak berwajib seperti Jabatan Kesihatan Negeri pantau pasar-pasar di sekitar Kota Bharu,” tulisnya.

Pemerhatian terhadap visual mendapati, lelaki terbabit menadah air kencing di dalam plastik minuman yang digantung di meja tempatnya berniaga. -FMT

Video peniaga apam balik kencing dalam plastik ketika berniaga ada kat bawah ni. Aku cedok dari Youtube. 

Tuu diaa...rileks jer dia kencing kat tempatnya berniaga jual apam balik...macam dah biasa pula buat benda tu..

P/s: Jika benarlah peniaga itu kencing sambil berdiri di depan meja tempatnya berniaga apam balik, maka pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera...entah dah berapa kali peniaga ini buat benda jijik dan kotor itu. Kesian pula dengan para pembeli yang sudah terbeli dan termakan apam balik hasil buatan tangannya. Bukankah sepatutnya pihak berkuasa perlu menyediakan satu garis panduan khas kepada para peniaga makanan ini supaya lebih mengutamakan kebersihan diri dan kawasan tempat berniaga. Tak hairanlah kenapa kes keracunan makanan sering berlaku..sebab kebersihan sering diabaikan.   

Dulu masa pergi kat Korea Selatan..para penjaja makanan di pasar semuanya siap berpakaian kemas. Tangan kaki dan tubuh dilindungi plastik dan meja berniaga makanan pun bersih. Sangat berbeza dengan tempat kita Malaysia..huh!! 

Sabtu, 31 Mei 2014

The Sex Factor: Rancangan realiti tv terbaru untuk mencari bintang porno

Industri pornografi merupakan salah satu industri paling menguntungkan terutamanya di negara barat sama seperti industri hiburan.

Maka tidak hairanlah jika banyak remaja yang berangan nak jadi bintang porno. Baru-baru ini, satu rancangan realiti tv untuk mencari bintang porno telah dilancarkan. 

Rancangan realiti bertajuk The Sex Factor itu mempunyai konsep yang sama dengan The X Factor iaitu satu rancangan realiti hiburan ciptaan Simon Cowell.

The Sex Factor akan memilih 16 peserta yang akan bersaing sesama sendiri dan dimentorkan dan diadili oleh bintang-bintang porno terkenal seperti  Keiran Lee. Hadiah utama ialah wang tunai berjumlah USD1 juta..
The Sex Factor 
Tapi hadiahnya bukan setakat itu saja, pemenang turut mendapat peluang untuk membuat aksi porno bersama pengacara program iaitu bintang porno seksi, Belle Knox. Seperti X Factor, pemenang akan ditentukan melalui undian penonton.

Lagi Info Menarik:

Isnin, 31 Mac 2014

WTF! Gambar kemaluan disertakan dalam permohonan kerja??

Jangan sesekali meniru apa yang dilakukan oleh lelaki ini yang menghantar gambar kemaluannya sendiri ketika memohon kerja. Entah apa yang sedang difikirkannya. It's clearly not a necessary idea untuk bersaing dengan pemohon lain untuk mendapatkan pekerjaan.

Seorang lelaki di Texas telah menghantar permohonan kerja sambil menyertakan gambar kemaluannya. Ekoran dari tindakkannya itu, dia telah disaman selepas dilapor kepada pihak sumber manusia di Texas. Menurut Metro UK lagi, lelaki tersebut sehingga kini masih lagi belum berjaya mendapatkan sebarang pekerjaan.

No wonder why lah kan..

Selasa, 25 Februari 2014

Gagal setubuh mayat, lelaki ini kemudian tertidur dalam kubur

Memang ada sesuatu yang tidak kena dengan lelaki ini. Dia cuba mengadakan hubungan seks dengan mayat dalam kubur.
Seks dengan mayat? (Sekadar Gambar Hiasan)
Phnom Penh: Seorang lelaki yang cuba berasmara dengan mayat selepas menggali kuburnya ditahan apabila tertidur dalam keranda bersama mayat itu. Polis Kemboja semalam mengesahkan penahanan lelaki berusia 47 tahun itu yang dikenali sebagai Chin Chean. 
Dia ditahan apabila penduduk kampung melihat kakinya terjulur keluar dari kubur seorang remaja perempuan. Penduduk kemudian memaklumkan perkara berkenaan kepada keluarga remaja itu. Chin memberitahu polis, dia mula menggali kubur itu pada jam 10 malam, sehari selepas dia menghadiri acara pengebumian remaja perempuan berusia 17 tahun itu. 
Akhbar Cambodia Daily melaporkan Chin mengakui dia cuba berasmara dengan mayat remaja itu, tetapi disebabkan kerandanya terlalu kecil menyebabkan dia tidak dapat berbuat demikian. Dia kemudian tertidur di atas mayat remaja itu. “Penduduk melihat kakinya terjulur keluar dari kubur kira-kira jam 6 pagi sebelum memaklumkan kepada keluarga terbabit,” kata Keo Vutha, ketua polis kampung an Prey Poun, yang terletak 190 kilometer ke tenggara Phnom Penh. “Kami tidak pasti sama ada dia mengenali remaja itu ketika mangsa masih hidup,” katanya. - Agensi (Sumber: myMetro)
Orang yang suka atau mempunyai naluri untuk mengadakan hubungan seks dengan mayat juga dikenali sebagai necrophilia.

Lagi Info Menarik: