Kenapa orang suka buat rumah di atas pokok? | Boros Di Aralom

Khamis, 3 Mac 2011

Kenapa orang suka buat rumah di atas pokok?

Bila lihat gambar-gambar rumah yang dibina di atas pokok ni, teringat pulak zaman kanak-kanak dulu. Pernah tu kami buat rumah atas pokok. Macam tak percaya pulak bila diingat kembali. Macam mana bebudak yang masih bersekolah rendah boleh buat benda macam tu. Tapi, bila difikirkan semula, segala sesuatu itu boleh terjadi dengan adanya idea-idea. Macam mereka yang buat rumah seperti kat bawah-bawah ni:-

Rumah ini dikenali sebagai Free Spirit Spheres dan terletak di Vancouver Island, Canada. Sering digunakan sebagai tempat bermeditasi, fotografi, canopy research, permainan, dan rekreasi. 

The Too High Tree House ini pulak dibina oleh seorang professor arkitek yang bernama Terunobu Fujimori. Dengar namanya pun dah tau tempat rumah ini dibina. Nagano, Jepun.

Rumah ini seperti dalam kartun pula tapi sebenarnya ia memang dalam realiti sebenar. Rumah The Monstro II ini telah dibina oleh dua beradik yang bernama Ron dan Jon Daniels di England.

Rumah-rumah atas kayu ini memang unik. Masyarakat dahulu kala pun tinggal atas pokok juga untuk mengelakkan diri daripada ancaman binatang-binatang buas. Tapi masa kami budak-budak dulu, kami buat rumah atas pokok walaupun tak 'secantik di atas', hanya sebagai tempat berseronok, main buaya-buaya, main masak-masak, dan macam-macam lagi lah. Suatu masa, rumah atas pokok tu terbakar sebab terlalu leka main masak-masak. Nasib baik kami semua selamat. 

5 ulasan:

Relevan berkata...

Best kot buat rumah atas pokok ni..unik..

Tanpa Nama berkata...

unique post gan...like this...
ane tgu kedatangan-nye di lapak ane ya gan....?
http://wahonobae.blogspot.com

Jaw @ MyGamanBorNeo berkata...

cute btl rumah yg no.3 masa keci dulu pun pernah berangan2 mau buat rmh atas pokok :)

ZAIDAHTUL AKMAL berkata...

Best ade rumah atas pokok ne...teringat zaman dulu kala....

CathJ berkata...

comel la pulak... ^_^