Boros Di Aralom: Sport
Memaparkan catatan dengan label Sport. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sport. Papar semua catatan

Khamis, 4 Ogos 2011

Skuad olimpik bola sepak Malaysia lagi kuat!

Rasanya kalau nak dibandingkan antara skuad piala dunia dan skuad olimpik Malaysia, mana satu yang lebih menyerlah? Bila melihat kepada perlawanan antara skuad piala dunia, mereka kalah teruk 4-1 kepada Arsenal dan 6-3 kepada Liverpool. Lepas tu kalah lagi kepada Singapura dalam perlawanan kelayakan piala dunia. Sebaliknya pula berlaku kepada skuad olimpik yang sedang gigih berlatih di Slovakia, adakah kecemerlangan skuad olimpik negara ini mampu memberikan sinar harapan kepada negara untuk beraksi di sukan olimpik nanti?

Kita baca laporan prestasi cemerlang skuad olimpik negara di Slovakia yang dipetik dari myMetro ini. 
(Sumber gambar: wanfakhrul.blogspot.com)
PERSIAPAN skuad Olimpik negara untuk menghadapi saingan sengit peringkat kumpulan kelayakan Sukan Olimpik 2012 zon Asia berada dalam landasan tepat.

Anak-anak buah jurulatih Ong Kim Swee yang kini berada di Slovakia terus mempamerkan persembahan membanggakan apabila mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut dalam aksi persahabatan menentang kelab tempatan di sana.

Terbaru barisan pemain Olimpik negara menjadikan kelab Liptovsky Mikulas sebagai mangsa dengan mencatatkan kemenangan 2-1 hasil jaringan Ahmad Hazwan Bakri dan Mohd Irfan Fazail pada setiap babak.

“Saya harap rentak kemenangan ini dapat diteruskan oleh pemain dan lebih penting objektif latihan di Slovakia dapat tercapai terutamanya dalam meningkatkan lagi mutu persembahan dan kerjasama sepasukan,” kata pengurus skuad Olimpik negara, Datuk Afandi Hamzah ketika dihubungi semalam. Tambahnya pemain perlu menggunakan peluang dan kesempatan yang ada untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran yang lebih getir dengan gergasi Asia, Jepun menanti pada 21 September ini diikuti Syria dan Bahrain.

“Semua pemain akan diberikan peluang untuk mempamerkan kebolehan termasuk beberapa pemain yang baru diserapkan agar masalah keserasian tidak timbul sekiranya mereka terpilih menggalas cabaran negara nanti,” katanya yang juga naib presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Skuad Olimpik negara sebelum ini menewaskan Bodva Moldava hasil jaringan tunggal Wan Zack Haikal Wan Nor diikuti kemenangan 2-1 ke atas Topvar Topolcany menerusi jaringan Ferris Danial Mat Nasir dan Fandi Othman.

Senarai 23 pemain bertambah 30 apabila tujuh pemain skuad senior menyertai kem latihan itu semalam termasuk ketua pasukan, Khairul Fahmi Che Mat serta tiga tonggak pertahanan diketuai Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas dan Mahali Jasuli.

Kehadiran mereka dijangka menguatkan lagi cabaran skuad Olimpik negara yang dijadualkan menentang kelab Hungary yang berpangkalan di Budapest pada Selasa ini.

Selasa, 21 Jun 2011

Pertandingan larian pengantin perempuan

Ke garisan....sedia....lari!!
(Sumber: The Telegraph)
Sekurang-kurangnya 50 peserta telah mengambil bahagian di dalam pertandingan larian pengantin ini. Acara tersebut merupakan acara tahunan yang dianjurkan di Belgrade, Serbia. Apakah hadiah kepada pemenangnya ya? Agaknya pakej bulan madu kot...ataupun seorang pengantin lelaki..huhu

Ahad, 10 April 2011

Keputusan Penuh EPL Sabtu 9 April 2011

Ini adalah keputusan penuh perlawanan Liga Perdana Inggeris semalam 9 April 2011.

Kedudukan terkini EPL

*Screen captured from premierleague.com

Trend Menarik Sekarang:- Take the Nestle Wellness Profiler Test today

Khamis, 31 Mac 2011

Bekas Mr. Asia, Malek Noor dimasukkan ke ICU

Artikel ini dipetik dari akhbar online NST hari ini.

IPOH: Former Mr Asia Datuk Malek Noor has been admitted to the intensive care unit of Pantai Hospital after collapsing while playing football for the Perak Menteri Besar Cup at the Perak Stadium here yesterday.
Malek, 54, is reportedly in stable condition. The body-building ace was goalkeeping for the national football legends in a friendly match against the Perak Menteri Besar selection when he collapsed five minutes into the game, organising committee chairman Datuk Azhar Ahmad told reporters. 

"Let's all pray for his speedy recovery," he said.

The football legends won the game 1-0 through the goal scored by Sharin Majid. 
Apart from Shahrin, veteran players in the team also included K. Gunalan, Hassan Sani, Karim Pin, Khalid Ali, Ahmad Yusof, Shukor Salleh and Bakri Ibni. The Perak Menteri Besar team, captained by the menteri besar himself Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, comprised former Perak football players such as Azizul Abu Haniffa, Ramli Talib, A. Elanggovan, Roafandi Yusof, Ahmad Shahrul Azhar, Chan Kok Heng, and P. Umaparam. 

Over 1,000 people watched the game where RM10,000 was raised for the National Athletes Welfare Fund. -- BERNAMA



Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone

United akan mengadakan 5 perlawanan pra-musim di Amerika

Julai ini, Manchester United akan mengadakan tour pra-musim mereka di Amerika pula. Mereka akan berhadapan dengan lima pasukan yang terdiri daripada tiga pasukan dalam Major League Soccer (MLS), MLS All-Star, serta satu perlawanan dengan gergasi Sepanyol, Barcaleno. Berikut merupakan jadual perlawanan persahabatan tersebut:-

13 July: Man United VS New England Revolution
Gillette Stadium, Boston

20 July: Man United VS Seattle Sounders
Qwest Field, Seattle

23 July: Man United VS Chicago Fire
Soldier Field, Chicago

27 July: Man United VS MLS All-Stars
Red Bull Arena, New Jersey

30 July: Man United VS Barcelona
FedExField, Washington DC

Boleh baca laporan penuh dalam laman web manutd.com


Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone

Saya masih lagi istimewa untuk Liverpool - Cole

Bekas pemain Chelsea yang kini terpaksa bertarung untuk ditempatkan dalam skuad utama Liverpool kerana masalah kecederaan menegaskan bahawa dia masih lagi mempunyai hak istimewa dalam kelabnya.
"Saya beruntung bermain untuk Liverpool dan punya hak-hak istimewa untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional," kata Cole dalam laman web liverpoolfc.tv. 

"Hal terbaik yang dapat anda lakukan sebagai pemain adalah memastikan bahawa anda tidak mengambil begitu saja setiap hari kerana kehidupan bola sepak adalah sesuatu yang hebat. Tidak ada yang ingin diubah. 

"Sudah agak kurang bagi saya musim ini tetapi bola sepak semuanya tentang pasang surut dan kadang-kadang anda hanya perlu ikut keadaan. Saya suma mencuba untuk berfikir positif dan meneruskan perjuangan semampu yang boleh" 
"Saya menikmati bola sepak saya saat ini dan memastikan saya bekerja keras setiap hari dari saat saya datang ke kelab ini sehingga saat saya pergi kelak." 

Cole juga gembira dengan pelantikan bekas jurulatih Chelsea, Steve Clarke. "Saya tidak berfikir anda akan menemui seorang pelatih yang lebih baik selain Steve Clarke," katanya. "Para pemain benar-benar menikmati latihan dan saya datang ke pejabat dengan senyum lebar di wajah saya setiap hari. Saya fikir semua pemain juga gembira dan anda boleh lihat kepada pencapaian semasa." 

Perpindahan Andy Carroll ke Liverpool juga menggembirakan Cole. "Dia sangat mirip dengan Didier Drogba," kata Cole. 

"Dia pemain yang baik dan saya fikir pasti sukar sekali untuk menemui dua pemain yang hebat di bulan Januari seperti Andy dan Luis Suarez." katanya lagi kepada liverpoolfc.tv.


Selasa, 22 Mac 2011

Kisah kejayaan penuh inspirasi seorang lelaki berkaki satu

Robles selepas memenangi kejuaraan NCAA.
(Sumber: www.azcentral.com)

Kejayaan Anthony Robles dalam merampas takhta kejuaraan gusti NCAA untuk negeri Arizona, US, pada Sabtu lalu sememangnya telah memberi inspirasi luar biasa kepada banyak orang. Ini kerana, walaupun Robles tidak dilahirkan normal namun dia mempunyai semangat dan keazaman yang luar biasa berbanding dengan orang lain. Dengan keadaan tubuh kurang sempurna, lelaki berkaki satu ini telah berjaya menewaskan penggusti ternama di Arizona, Matt McDonough yang juga merupakan juara bertahan dalam sukan kategori 125 pounds tersebut. Kemengan 7-1 Robles itu telah mengharukan para penonton yang kemudiannya berdiri memberi penghormatan setelah perlawanan itu tamat. Saat itu merupakan saat yang paling manis buat Robles yang mensasarkan kejayaan di peringkat All-American pula selepas ini.

Menurut Robles, "saya membesar dengan normal seperti kanak-kanak lain. Dan saya memang tidak mempunyai kaki sebelah tetapi itu tidak akan menghalang saya untuk melakukan perkara-perkara yang saya suka". Robles yang merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik mengatakan bahawa keluarganya telah banyak memberi sokongan dan pengorbanan untuknya. Katanya lagi "keluarga saya sememangnya sangat menyokong saya. Apa sahaja yang saya ingin lakukan, mereka sentiasa berada di belakang untuk menyokong saya untuk terus maju ke hadapan".
(sumber: AOL News)
Sebelum ini, Robles dikategorikan sebagai ahli gusti yang tidah berpotensi untuk maju. Namun kejayaannya merangkul kejuaraan gusti NCAA telah mengubah persepsi banyak pihak.


Isnin, 21 Mac 2011

Jaringan Berbatov sahkan 3 mata untuk Manchester United

Dengan perlawanan yang berbaki 3 minit lagi, Berbatov berjaya menjaringkan gol untuk menentukan 3 mata penuh dimiliki Manchester United ketika menerima kunjungan Bolton Wanderers di Old Trafford. Kemenangan ini sekaligus mencerahkan lagi peluang United untuk merampas kembali trofi Liga Perdana Inggeris pada musim ini. 
Bolton Wanderers' Gretar Steinsson and Manchester United's Nani in action
(pic from www.premierleague.com)
Mulanya, kemenanga tampak samar untuk United yang terpaksa bermain 10 orang apabila Johny Evans diberi kad merah selepas mengasari pemain Bolton, Stuart Holden pada separuh masa kedua. Bolton kemudiannya mendapat satu peluang cantik untuk mendahului perlawanan namun peluang itu disia-siakan oleh Matthew Taylor. Berbatov pula tidak mensia-siakan peluang di depan mata selepas penjaga gol Bolton, Jussi Jaaskelainen gagal untuk menampan kemas sepakan jarak jauh yang dilakukan oleh Nani. Keputusan penuh, Manchester United 1 - 0 Bolton Wanderers. United kini berada 5 mata di hadapan pencabar terdekat, Arsenal yang sekadar seri 2 - 2 dengan West Bromwich dalam saingan EPL pada Sabtu lalu. Keputusan perlawan lain di SINI. 



Ahad, 20 Mac 2011

Giliran Pandelela Rinong untuk mengharumkan nama Malaysia

(google image)
KUALA LUMPUR - Pandelela Rinong memulakan kempen 2011 penuh bergaya apabila merangkul pingat perak acara 10 meter platform pada Siri Terjun Dunia FINA di Moscow, kelmarin.

Pandelela mempamerkan terjunan memberangsangkan untuk mengumpul 369.45 mata, bagaimanapun tidak cukup untuk menyaingi pemenang pingat emas Olimpik 2008 yang juga juara dunia, Chen Ruolin yang mencatatkan 409.95 mata bagi mengutip emas. Pingat gangsa milik penerjun Australia, Croak Alexandra (358.95).

Kejayaan pingat perak yang diraih Pandelela itu merupakan pingat sulung buat dirinya dalam kejohanan penuh berprestij tersebut. Pencapaian terbaiknya tahun lalu adalah tempat keempat pada pusingan pertama di Veracruz, Mexico.

Keupayaan yang ditunjukkan gadis Bidayuh berusia 18 tahun itu sekali gus membuktikan sasaran pingat emas Olimpik 2012 London yang diletakkan ke atasnya bukan omong kosong.

Malah, jika diukur prestasinya dalam acara yang disertainya kelmarin, penerjun Australia dan Kanada pun bukan lagi tandingannya.
(google image)
Di bumi Moscow, Pandelela mengulangi kejayaan menewaskan dua penerjun Australia, Alexandra dan Melissa Wu yang pernah ditewaskan untuk mengutip emas pertama negara dalam acara terjun pada Sukan Komanwel di New Delhi, Oktober lalu. Melissa menamatkan saingan di tempat keenam selepas beraksi hambar dengan sekadar mencatat 286.35, jauh ditinggalkan Pandelela dengan perbezaan hampir 130 mata.

Apa yang pasti, di bawah bimbingan jurulatih China, Yang Zhuliang, Pandalela perlu mencari jalan memecahkan 'Tembok Besar China' sekiranya ingin melakar kejutan di London tahun depan.

Pada hari pertama kejohanan, selain Ruolin, China turut membolot emas acara 3 meter papan anjal lelaki dan 3 meter papan anjal berirama wanita, sekali gus menguasai tiga daripada empat emas yang dipertandingkan. Semalam, Pandelela beraksi bersama penerjun veteran, Leong Mun Yee dalam acara 10 meter terjun berirama. Keputusannya belum diperoleh setakat waktu cetakan akhbar.

(Sumber: Utusan Malaysia)

ps/: diharapkan agar atlit-atlit negara akan terus menerus berusaha untuk meningkatkan prestasi dan sterusnya lebih banyak lagi yang akan mengharumkan nama Malaysia di persada sukan antarabangsa.


Sabtu, 19 Mac 2011

Penggusti Sumo paling berat yang akan menyertai larian marathon

Kelly Gneiting, 40, seorang penggusti sumo akan menjadi orang paling berat (melebihi 265 pound) yang akan menyertai satu larian maraton di Los Angeles, California pada Ahad ini. 
Kelly Gneiting ingin menamatkan perlumbaan itu dengan masa kurang daripada 9 jam.
(Sumber: Telegraph)
Gneiting berkata bahawa dia ingin menjadi inspirasi kepada mereka yang mengalami masalah terlebih berat badan supaya lebih bersemangat dan mempercayai diri untuk mencapai sesuatu. Walaupun mempunyai berat badan yang melampau, Gneiting berkata bahawa dia mempunyia keyakinan diri yang tinggi untuk melakukan sesuatu yang mungkin mustahil bagi orang lain. Sebelum ini, beliau pernah mengikuti maraton di LA pada tahun 2008 tetapi tidak direkodkan oleh pegawai-pegawai Guiness World Record. Dalam larian tersebut, Gneiting mengambil masa selama 11 jam, 45 minit dan bertekad untuk menghabiskan maraton kali ini dengan masa yang lebih pantas. Katanya "I'm going to run as fast as I can," he said. "So I can show all my critics".

(sumber: telegraph)

Manchester United dan Chelsea bertembung lagi Liga Juara-Juara

NYON (Switzerland): Dua seteru Liga Perdana Inggeris, Manchester United dan Chelsea bakal bertembung di suku akhir Liga Juara-Juara selepas majlis undian yang menyaksikan ulangan final 2008 kejohanan kelab elit Eropah itu, semalam.

Pendahulu EPL, United akan bertandang ke gelanggang penyandang juara itu bagi perlawanan suku akhir pertama 5 April ini sebelum melayani Blues di Old Trafford untuk timbal balik kedua pada 12 April.

United menewaskan Chelsea menerusi penentuan penalti pada final di Moscow, tiga tahun lalu. Chelsea tidak pernah memenangi Liga Juara-Juara dan terdesak untuk menampilkan aksi baik di pentas Eropah selepas kini sembilan mata di belakang United dalam saingan liga. 
(google image)

Gergasi Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona pula dijangka bertembung di separuh akhir andai kedua-dua pasukan itu mara, selepas Barca, pilihan utama kejohanan diundi bertemu pendatang baru dari Ukraine, Shakhtar Donetsk manakala Real berdepan kelab Inggeris, Tottenham Hotspur yang menyingkirkan AC Milan di peringkat kalah mati.

Juara bertahan, Inter Milan pula diundi menentang Schalke 04 dan menjadi pilihan untuk menewaskan kelab Jerman itu selepas menyingkirkan Bayern Munich.
Perlawanan suku akhir akan berlangsung pada 5 dan 6 April manakala timbal balik kedua berlangsung 12 dan 13 April. - AFP 

(Sumber: Berita Harian)

Jumaat, 18 Mac 2011

Liverpool dan Manchester City tersingkir daripada saingan Liga Europa

(google image)

LONDON: Gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan Manchester City tersingkir daripada saingan Liga Europa sebentar tadi. Liverpool diikat 0-0 oleh Braga di Anfield yang mara ke peringkat suku akhir dengan agregat 1-0. 
(google image)
Manchester City pula tersingkir walaupun mengatasi Dynamo Kiev 1-0 menerusi jaringan Aleksandar Kolarov di tempat sendiri. Kelab pelawat dari Ukraine itu mara dengan agregat 2-1. - Agensi 

(Sumber: Berita Harian)

p/s: kalah menang adat permainan..