Penggusti Sumo paling berat yang akan menyertai larian marathon | Boros Di Aralom

Sabtu, 19 Mac 2011

Penggusti Sumo paling berat yang akan menyertai larian marathon

Kelly Gneiting, 40, seorang penggusti sumo akan menjadi orang paling berat (melebihi 265 pound) yang akan menyertai satu larian maraton di Los Angeles, California pada Ahad ini. 
Kelly Gneiting ingin menamatkan perlumbaan itu dengan masa kurang daripada 9 jam.
(Sumber: Telegraph)
Gneiting berkata bahawa dia ingin menjadi inspirasi kepada mereka yang mengalami masalah terlebih berat badan supaya lebih bersemangat dan mempercayai diri untuk mencapai sesuatu. Walaupun mempunyai berat badan yang melampau, Gneiting berkata bahawa dia mempunyia keyakinan diri yang tinggi untuk melakukan sesuatu yang mungkin mustahil bagi orang lain. Sebelum ini, beliau pernah mengikuti maraton di LA pada tahun 2008 tetapi tidak direkodkan oleh pegawai-pegawai Guiness World Record. Dalam larian tersebut, Gneiting mengambil masa selama 11 jam, 45 minit dan bertekad untuk menghabiskan maraton kali ini dengan masa yang lebih pantas. Katanya "I'm going to run as fast as I can," he said. "So I can show all my critics".

(sumber: telegraph)

2 ulasan:

Jaw @ MyGamanBorNeo berkata...

ui nah, saya yg berganda2 lebih keci dr dia ni pun x pernah terfikir mau ikut larian marathon. Setakat 1500 time sikul2 dulu ada la hehe

Nancypoh berkata...

Mrs.MyGaman* 1500 tu sudah kira okay da..sy dulu indak pernah pun ikut mna2 acara larian..ikut yg main lontar2 ja..heee