Boros Di Aralom: Inspiration
Memaparkan catatan dengan label Inspiration. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Inspiration. Papar semua catatan

Khamis, 6 Februari 2014

Kisah lelaki berumur 91 tahun ini akan buatkan anda mahu kembali ke Universiti semula

Ramai cendekiawan berkata, tuntutlah ilmu sampai ke negara China..maksud mereka bukanlah menyuruh kita untuk belajar sampai pergi ke China..maksud tersirat dari kata-kata ini ialah meminta kita mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. 

Ramai orang yang kalau sudah berumur, mereka merasa diri sudah tidak sesuai untuk menuntut ilmu di sesebuah pusat pengajian. Alasannya banyak..ada yang cakap otak dah makin beku, ada yang cakap membuang masa, ada yang cakap, umur dah expire..dan macam-macam lagi. Tapi semua alasan itu tidak menghalang seorang lelaki emas ini yang walaupun sudah berusia 91 tahun, tapi dia berjaya menghabiskan pengajiannya di peringkat ijazah kedoktoran.
BANDUNG - INDONESIA. Seorang warga emas berusia 91 tahun mencatat sejarah apabila menjadi graduan tertua menerima ijazah kedoktoran di Universiti Padjadjaran (Unpad) di Indonesia, kelmarin. Hermain Tjiknang yang berkerusi roda turut dikurniakan penghormatan tambahan iaitu ijazah doktor falsafah tertua yang belum pernah diberikan sebelum ini.
"Saya mengambil masa lima tahun untuk menamatkan pengajian dan terpaksa menyemak semula tesis sebanyak tujuh kali," katanya. 
Bapa kepada lima anak berasal dari Muntok, Bangka ini dilahirkan pada 22 June 1922, laporan dipetik dari Jakarta Globe. - Sinar Harian

Masihkan anda teringat dengan kisah seorang nenek yang menunggu hampir 40 tahun untuk mengambil peperiksaan SPM semula? 



Hasanah Abdullah, 55, telah menduduki peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Chempedak sebagai calon persendirian pada tahun 2012 lalu.


Lagi Info menarik:



Selasa, 26 April 2011

Kesempurnaan yang ada pada orang yang kurang sempurna

Apakah yang akan anda lakukan jika anda dilahirkan dalam keadaan fizikal yang kurang sempurna? Bagi ibu bapa khususnya, sudah tentu sukar bagi mereka untuk menerima hakikat sekiranya mereka mendapati anak kandung mereka sendiri tidak normal dari segi fizikal ketika dilahirkan ke dunia. Namun sekirannya seseorang itu berfikiran positif dan optimistik terhadap masa depan yang bakal dilalui oleh anaknya maka tidak mustahil anak mereka itu akan menikmati hidup seperti orang lain malah mungkin jauh lebih baik. 

Sudah banyak kisah hidup orang kurang normal yang memberikan inspirasi kepada kita untuk bergerak ke hadapan dan menikmati hidup dengan lebih bermotivasi. Salah satu daripadnya ialah kisah hidup yang dialami oleh seorang gadis yang menjadi pemain piano terkemuka walaupun hanya memiliki empat jari. Gadis tersebut ialah Hee Ah Lee yang dilahirkan pada tahun 1985. Apabila anda mendengar dia bermain piano, sudah tentu anda juga akan terpegun. 
Hee Ah Lee pianist at the piano
Menurut TruthorFiction, ibu Lee, Sun, telah mengandungkannya apabila dia berkhawin dengan seorang lelaki kurang upaya. Namun demikian, bukan faktor genetik yang menyebabkan kecacatan Lee tetapi pengambilan ubatan oleh ibunya. Bukan sahaja mengalami kecacatan jari, Lee juga mengalami kecacatan pada kaki dan sedikit kecederaan otak. Sun melihat anaknya itu sebagai seorang insan yang cantik dan menolak cadangan sanak saudaranya untuk menghantar Lee kepada keluarga angkat.

Ketika Lee berada di pra-sekolah, dia dihantar oelh ibunya menghadiri kelas piano untuk dua tujuan iaitu bagi membantu Lee untuk belajar memegang pensel dan yang kedua ialah untuk membantu Lee menguasai perkara baru. Ini kerana sekiranya Lee boleh menguasai permainan piano maka dia juga berkemungkinan besar boleh menguasai bidang lain. Mulanya Lee sangat sukar untuk belajar piano namun disebabkan oleh motivasi dan semangat yang tinggi serta sokongan tidak berbelah bahagi daripada ibunya, Lee berjaya mengusai permainan piano sehingga mendapat hadiah utama dalam konsert piano di kalangan pelajar tadika. Pada umur 7 tahun, Lee telah menjuarai Korea’s 19th National Handicap Conquest Contest.

Hari ini, Lee telah menerima banyak anugerah dan juga telah menjelajah ke seluruh dunia untuk mengadakan konsert pianonya dengan lebih 200 kemunculan. Album pertama Lee yang bertajuk "Hee-ah, a Pianist with Four Fingers" telah dilancarkan pada Jun 2008.

Saya tak pasti sama ada terma 'kurang upaya' itu sesuai atau tidak ditujukan kepadanya. She got talent, fame, and most of all, a gift from God. Truly inspiring!


Sabtu, 23 April 2011

Laman web berpacaran untuk orang hodoh

Selasa, 22 Mac 2011

Kisah kejayaan penuh inspirasi seorang lelaki berkaki satu

Robles selepas memenangi kejuaraan NCAA.
(Sumber: www.azcentral.com)

Kejayaan Anthony Robles dalam merampas takhta kejuaraan gusti NCAA untuk negeri Arizona, US, pada Sabtu lalu sememangnya telah memberi inspirasi luar biasa kepada banyak orang. Ini kerana, walaupun Robles tidak dilahirkan normal namun dia mempunyai semangat dan keazaman yang luar biasa berbanding dengan orang lain. Dengan keadaan tubuh kurang sempurna, lelaki berkaki satu ini telah berjaya menewaskan penggusti ternama di Arizona, Matt McDonough yang juga merupakan juara bertahan dalam sukan kategori 125 pounds tersebut. Kemengan 7-1 Robles itu telah mengharukan para penonton yang kemudiannya berdiri memberi penghormatan setelah perlawanan itu tamat. Saat itu merupakan saat yang paling manis buat Robles yang mensasarkan kejayaan di peringkat All-American pula selepas ini.

Menurut Robles, "saya membesar dengan normal seperti kanak-kanak lain. Dan saya memang tidak mempunyai kaki sebelah tetapi itu tidak akan menghalang saya untuk melakukan perkara-perkara yang saya suka". Robles yang merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik mengatakan bahawa keluarganya telah banyak memberi sokongan dan pengorbanan untuknya. Katanya lagi "keluarga saya sememangnya sangat menyokong saya. Apa sahaja yang saya ingin lakukan, mereka sentiasa berada di belakang untuk menyokong saya untuk terus maju ke hadapan".
(sumber: AOL News)
Sebelum ini, Robles dikategorikan sebagai ahli gusti yang tidah berpotensi untuk maju. Namun kejayaannya merangkul kejuaraan gusti NCAA telah mengubah persepsi banyak pihak.