Kisah kejayaan penuh inspirasi seorang lelaki berkaki satu | Boros Di Aralom

Selasa, 22 Mac 2011

Kisah kejayaan penuh inspirasi seorang lelaki berkaki satu

Robles selepas memenangi kejuaraan NCAA.
(Sumber: www.azcentral.com)

Kejayaan Anthony Robles dalam merampas takhta kejuaraan gusti NCAA untuk negeri Arizona, US, pada Sabtu lalu sememangnya telah memberi inspirasi luar biasa kepada banyak orang. Ini kerana, walaupun Robles tidak dilahirkan normal namun dia mempunyai semangat dan keazaman yang luar biasa berbanding dengan orang lain. Dengan keadaan tubuh kurang sempurna, lelaki berkaki satu ini telah berjaya menewaskan penggusti ternama di Arizona, Matt McDonough yang juga merupakan juara bertahan dalam sukan kategori 125 pounds tersebut. Kemengan 7-1 Robles itu telah mengharukan para penonton yang kemudiannya berdiri memberi penghormatan setelah perlawanan itu tamat. Saat itu merupakan saat yang paling manis buat Robles yang mensasarkan kejayaan di peringkat All-American pula selepas ini.

Menurut Robles, "saya membesar dengan normal seperti kanak-kanak lain. Dan saya memang tidak mempunyai kaki sebelah tetapi itu tidak akan menghalang saya untuk melakukan perkara-perkara yang saya suka". Robles yang merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik mengatakan bahawa keluarganya telah banyak memberi sokongan dan pengorbanan untuknya. Katanya lagi "keluarga saya sememangnya sangat menyokong saya. Apa sahaja yang saya ingin lakukan, mereka sentiasa berada di belakang untuk menyokong saya untuk terus maju ke hadapan".
(sumber: AOL News)
Sebelum ini, Robles dikategorikan sebagai ahli gusti yang tidah berpotensi untuk maju. Namun kejayaannya merangkul kejuaraan gusti NCAA telah mengubah persepsi banyak pihak.


Tiada ulasan: