Boros Di Aralom: Kes Guru
Memaparkan catatan dengan label Kes Guru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kes Guru. Papar semua catatan

Selasa, 5 April 2011

Kematian pelajar tahun satu: Ustaz akui gagal kawal emosi

Berita yang dipetik dari akhbar The Malaysian Insider ini merupakan kesinambungan kepada kes pukul pelajar tahun satu oleh guru agama kelmarin. Ustaz yang dikaitkan dengan kes tersebut pun sudah memohon maaf. Walaupun perkataan 'maaf' itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan nyawa kanak-kanak tersebut namun kita harus sedar bahawa insiden tersebut bukan lah sesuatu yang disengajakan dengan niat. Namun demikian berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bukan senang nak berhadapan dengan kematian orang yang tersayang.

KUALA LUMPUR, 5 April — Seorang ustaz yang disyaki terbabit memukul Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, iaitu murid Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Jejawi, Arau sehingga meninggal dunia kelmarin sempat meminta maaf atas perbuatannya baru-baru ini.

Menurut bapa angkat murid tersebut, Mohd. Zamri Shafie, 40, ustaz berkenaan datang menemuinya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Jumaat lalu bagi menyatakan kekesalan dan meminta maaf kerana memukul Saiful.

Katanya, ustaz berusia 27 tahun itu mengakui gagal mengawal emosi sehingga hilang pertimbangan ketika menyoal siasat Saiful Syazani Saiful yang juga seorang anak yatim berhubung satu kes kecurian di sekolah tersebut.

“Dia (ustaz berkenaan) tidak sedar ketika memukul Saiful sehingga menyebabkan anak angkat saya cedera parah dan lebih malang meninggal dunia.

“Sedih dan terkilan apa yang terjadi, namun saya menerima permohonan maaf ustaz itu kerana menyifatkan dia seorang yang baik,” katanya dipetik KOSMO Online hari ini.

Dalam pada itu, Sinar Harian memetik Zamri berkata dia telah memaafkan perbuatan warden asrama terbabit.

“Saya sudah memaafkan guru terbabit, bagaimanapun kesal dengan tindakan dia yang sanggup memperlakukan anak saya sedemikian.

“Saya sebelum ini sudah beberapa kali bertemu dengan guru tersebut dan dia adalah seorang guru yang sangat baik. Jadi, apa yang berlaku sangat mengecewakan saya,” katanya lagi.

Saiful Syani, seorang anak yatim pada mulanya koma setelah dikatakan dipukul hampir dua jam oleh seorang ustaz yang berumur 26 tahun yang juga penyelia asrama di Sekolah Rendah Islam Al-Furqan di Jejawi.

Kanak-kanak tersebut kemudianya meninggal dunia di hospital pada 8.50 pagi kelmarin. Zamri juga berkata dia melihat kesan lebam di badan Saiful Syazani dan doktor mengesahkan terdapat pendarahan dalam kepalanya. Bapa kandung kanak-kanak itu Saiful Sopfidee Marzuki, 34, telah membuat laporan polis dan penyelia asarama tersebut telah ditahan Sabtu lalu.

Zamri memelihara Saiful Syazani sejak kanak-kanak berkenaan berusia dua tahun setelah ibunya meninggal dunia pada 2006.


Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone

Isnin, 4 April 2011

Pelajar tahun satu meninggal selepas dipukul guru agama

Entah kanapa lah sejak dua menjak ni kes guru pukul pelajar semakin menjadi isu hangat di kalangan media. Sememangnya kes sedemikian menyebabkan masyarakat terumatanya ibu bapa pelajar menjadi semakin waspada dan risau akan keselamatan anak-anak mereka di sekolah apalagi bila mendengar berita-berita yang melibatkan kehilangan nyawa seperti berita yang dilaporkan BERNAMA dalam akhbar The Malay Mail ini.

ALOR SETAR: A year one school student believed to have been assaulted by a teacher on Thursday died at Sultanah Bahiyah Hospital (SBH) here today.

Saiful Syazani Sopfidee, 7, of Sekolah Agama Rakyat Jejawi in Perlis died at 8:50am. He was admitted to the hospital in a coma on Friday. The incident occurred at 7pm on Thursday where a male teacher was said to have assaulted Saiful Syazani for about two hours until he collapsed.

Perlis CID chief Supt Nashir Ya said police had arrested a suspect who is  a teacher cum hostel warden at 10pm last night.

"We are still waiting for the autopsy report. The case is investigated under Section 302 of the Penal Code," he added. Hazirah Chin,38, said before admission to SBH, her adopted son (Saiful) was taken unconscious to Tuanku Fauziah Hospital, Kangar at 1:40am on Friday.

"I received a phone call from an ustaz who asked whether Saiful had epilepsy and I said no.

"He said that he would like to take me to hospital as Saiful had been admitted to hospital and would be transfered to a hospital in Alor Setar," she said at SBH mortuary today.

Hazirah said that she saw blisters on Saiful's wrist and bruises to the eyes. Meanwhile, Saiful's father, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, said Saiful was put up for adoption after his wife died three years ago.

"The last time I met him was one year ago as I lived in Langkawi and only move  back to Jitra one month ago." He was informed at 8am on Friday that Saiful was assaulted and lodged a police report after seeing bruises to the body.


Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone

Tiga warden asrama belasah seorang pelajar

Lagi-lagi ada kes pukul pelajar ni. Memang pelajar-pelajar ini dah buat kesalahan pun. Namun demikian, adakah tindakan para warden tersebut berkesan untuk memberi pengajaran kepada anak-anak muda ini? Sendiri mau ingat la. Berita dipertik dari New Sabah Times hari ini.


BEAUFORT: Seorang Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Vokasional Beaufort, Haziq Haji Harun, 16, dari Kampung Pimping Membakut lebam di pipi kiri dan kanan berdekatan mata apabila dibelasah oleh tiga warden asrama.

Semua ini berpunca daripada kesalahan Haziq yang menemani seorang rakannya keluar dari asrama tanpa izin pada kira-kira jam 1.00 pagi untuk membeli rokok dan minuman keras di sebuah gerai di luar sekolah pada Ahad.

Menurut Haziq, kira-kira jam 1.00 pagi dia menemani rakan seasramanya membeli rokok dan minuman keras yang diminta oleh rakan seasrama dan keluar dari longkang tepi pagar sekolah itu.

“Apabila kembali ke sekolah, perbuatan mereka dikesan oleh warden dan ketika disoal siasat, saya dan rakannya memohon maaf kepada ketiga-tiga warden berkenaan akan tetapi biarpun berkali- kali meminta maaf, saya dan rakannya terus ditampar berkali-kali oleh ketiga-tiga warden yang juga guru di sekolah berkenaan,” katanya.

Pelajar ini memberitahu setelah ditampar dia dan rakannya hampir tersungkur kerana pening dan untuk mengelakkan mereka dari raba guru berkenaan menarik kolar belakang baju dan menampar lagi sehingga kedua-dua mereka tersungkur dan melutut di atas lantai .

“Pada masa itu pun kami masih memohon maaf atas kesalahan kami bagaimanapun guru-guru itu terus menuding jari mereka ke kepala saya dan rakan saya,” kata Haziq sambil menambah semasa kejadian itu ramai rakan seasrama yang menyaksikan.

“Saya sudah memberikan penjelasan kepada guru-guru berkenaan bahawa rokok dan minuman keras itu bukan milik saya tetapi rakan seasrama yang meminta saya menemaninya,” jelasanya.

Haziq berkata, dia sendiri tidak mempunyai wang untuk membeli rokok dan minuman keras (montok) malah dia sendiri pun tidak merokok dan jauh sekali meminum minuman keras malah banyak barang peribadinya seperti telefon bimbit hilang dan dipercayai dicuri di asrama.

“Saya tidak pernah melakukan kesalahan ini sebelum ini dan ini adalah merupakan kesalahan pertama,” kata Haziq.

Ibu kepada mangsa, Hajah Fatimah Hj Buntak, ketika ditemui berkata, bahawa beliau memahami akan kesalahan yang dilakukan oleh anaknya akan tetapi beliau amat kesal tindakan kasar warden berkenaan.

“Saya bukan mahu membela anak saya malah saya tahu anak saya bersalah tetapi mengapa tidak digunakan peraturan atau kesalahan itu diambil dengan tindakan disiplin sahaja dan tindakan beramaran,” katanya.

Beliau mendakwa tindakan memukul dan menampar oleh guru-guru itu membuatkan anaknya trauma dan bagaimana jika kecederaan yang dialami anaknya itu akan menjadi kecederaan kekal kerana anaknya ditampar di bahagian kepala begitu juga dengan nasib seorang rakan anaknya itu.

“Kami tak rela jika anak kami mengalami kecacatan otak kerana gegaran dipukul di bahagian kepala,” kata Fatimah.

Beliau berkata, pelajar-pelajar ini masih berada di bawah umur dan dalam usia yang masih muda dan mentah sudah tentunya mereka memerlukan bimbingan setelah melakukan kesalahan bukan bertindak agresif untuk mencederakan mereka.

“Semasa mereka dipukul pun anak saya dan rakannya tidak melawan sebaliknya berkali-kali meminta maaf tetapi mengapa tidak diterima permintaan maaf mereka dan mengapa mereka terus dipukul diherdik sehingga tersungkur dan melutut dilantai,” tegasnya.

Sehubungan dengan itu, kata Fatimah, beliau telah membuat laporan di Balai Polis Beaufort untuk tindakan selanjutnya dan telah membawa Haziq ke hospital untuk pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah, DSP Mustaffa Maarof Bin Mustaffa ketika dihubungi kelmarin mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh ibu bapa pelajar berkenaan.

“Buat masa ini ‘tiada komen’ kerana pihak polis akan menjalankan siasatan dan akan memanggil kedua dua belah pihak iaitu warden yang terbabit dan rakan Haziq yang didakwa turut dipukul oleh warden berkenaan,” katanya.


Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone

Rabu, 30 Mac 2011

Guru didakwa pukul lebih 20 pelajar kerana marah keretanya dicalar

Menurut New Sabah Times, akibat marah kerana keretanya dicalar, seorang guru bertindak memukul seramai lebih daripada 20 pelajar asrama lelaki di salah sebuah sekolah menengah di kawasan Beluran baru-baru ini.

Difahamkan insiden itu berlaku pada pagi Khamis lepas, semasa pelajar tingkatan 1 hingga 3 (sesi petang) sedang belajar dalam bilik belajar asrama. Salah seorang warden di asrama berkenaan masuk dan memanggil semua pelajar untuk disoal siasat. Namun tidak ada seorang pun yang mengaku mencalar kereta guru terbabit.

Guru itu kemudiannya didakwa bertindak ganas dengan memukul para pelajar menggunakan objek sehingga patah. Tidak cukup dengan itu guru itu turut dikatakan menumbuk para pelajar sehingga menyebabkan ada segelintir pelajar yang tercedera.

Seorang pengadu yang berumur 36 tahun mengakui kesal dengan tindakan guru terbabit kerana tindakan kurang profesional guru itu menyebabkan anaknya dan juga murid-murid lain trauma untuk balik ke asrama. Beliau berharap supaya kejadian yang berlaku dapat disiasat dan tindakan sewajarnya dikenakan terhadap guru terbabit.

“Apa salahnya hal itu disiasat dahulu sebelum sewenang-wenangnya menghukum para pelajar yang tidak bersalah. Malah guru ini juga sering dianggap ‘ganas’ oleh pelajar asrama berikutan tindakannya agak kasar ketika memberikan teguran,” dakwanya yang telah pun membuat laporan polis.

Tambahnya lagi, “Saya harap hal ini mendapat perhatian daripada pihak bertanggungjawab dan kenakan tindakan yang sepatutnya bagi memastikan hal ini tidak berulang lagi.” Pihak Polis Beluran ketika dihubungi mengakui sedia maklum akan hal tersebut namun mendakwa belum menerima sebarang aduan secara rasmi.

P/s: anak-anak murid sekarang kalau dijentik saja telinga oleh guru, kes polis la jadinya..bila prestasi sekolah menurun, guru juga yang disalahkan..

Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Hadiah-hadiah Percuma dari DiGi Install Opera Mini-FY dalam smartphone