Menurut New Sabah Times, akibat marah kerana keretanya dicalar, seorang guru bertindak memukul seramai lebih daripada 20 pelajar asrama lelaki di salah sebuah sekolah menengah di kawasan Beluran baru-baru ini.
Difahamkan insiden itu berlaku pada pagi Khamis lepas, semasa pelajar tingkatan 1 hingga 3 (sesi petang) sedang belajar dalam bilik belajar asrama. Salah seorang warden di asrama berkenaan masuk dan memanggil semua pelajar untuk disoal siasat. Namun tidak ada seorang pun yang mengaku mencalar kereta guru terbabit.
Guru itu kemudiannya didakwa bertindak ganas dengan memukul para pelajar menggunakan objek sehingga patah. Tidak cukup dengan itu guru itu turut dikatakan menumbuk para pelajar sehingga menyebabkan ada segelintir pelajar yang tercedera.
Seorang pengadu yang berumur 36 tahun mengakui kesal dengan tindakan guru terbabit kerana tindakan kurang profesional guru itu menyebabkan anaknya dan juga murid-murid lain trauma untuk balik ke asrama. Beliau berharap supaya kejadian yang berlaku dapat disiasat dan tindakan sewajarnya dikenakan terhadap guru terbabit.
“Apa salahnya hal itu disiasat dahulu sebelum sewenang-wenangnya menghukum para pelajar yang tidak bersalah. Malah guru ini juga sering dianggap ‘ganas’ oleh pelajar asrama berikutan tindakannya agak kasar ketika memberikan teguran,” dakwanya yang telah pun membuat laporan polis.
Tambahnya lagi, “Saya harap hal ini mendapat perhatian daripada pihak bertanggungjawab dan kenakan tindakan yang sepatutnya bagi memastikan hal ini tidak berulang lagi.” Pihak Polis Beluran ketika dihubungi mengakui sedia maklum akan hal tersebut namun mendakwa belum menerima sebarang aduan secara rasmi.
P/s: anak-anak murid sekarang kalau dijentik saja telinga oleh guru, kes polis la jadinya..bila prestasi sekolah menurun, guru juga yang disalahkan..
Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Hadiah-hadiah Percuma dari DiGi Install Opera Mini-FY dalam smartphone
4 ulasan:
ini kes cikgu/warden buli anak murid plak..parah2 ..tak profesional langsung, terlampau ikutkan perasaan.
@pkLie
tempat sy ba nih..br jg dgr2 crita pasal ini kemarin..tp sy blum tau sepa nama cigu dia..
aritu pun ada satu ustat d skola kami, masa tuh sy masi bekantin, tiba2 dia pukul budak yatim piatu yg nda skola d kantin, gara2 budak tuh p mencubuk dlm kreta dia sja, padahal budak tuh mencubuk dr luar sja, time itu ustat betelipon dlm kreta..
kesiannya sy tingu itu budak..smpai pekeja sy yg pigi amuk..trus pekeja sy ckp, nda guna ko jd ustat klu bgitu gaya ko, budak ndada salah ko pigi pukul smpai separuh mati..dia p pukul pkai kerusi lg tuh..d tumbuk mcm dia tumbuk penjahat tuh..budak tuh menangis smpai nda benapas kesian..eii..bkin geram ba..nama ja cigu..
x patut jd cikgu kalo x pandai wat keputusan..
Kes naya ni..
Catat Ulasan