Boros Di Aralom: Malaysian News
Memaparkan catatan dengan label Malaysian News. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysian News. Papar semua catatan

Khamis, 4 Ogos 2011

Skuad olimpik bola sepak Malaysia lagi kuat!

Rasanya kalau nak dibandingkan antara skuad piala dunia dan skuad olimpik Malaysia, mana satu yang lebih menyerlah? Bila melihat kepada perlawanan antara skuad piala dunia, mereka kalah teruk 4-1 kepada Arsenal dan 6-3 kepada Liverpool. Lepas tu kalah lagi kepada Singapura dalam perlawanan kelayakan piala dunia. Sebaliknya pula berlaku kepada skuad olimpik yang sedang gigih berlatih di Slovakia, adakah kecemerlangan skuad olimpik negara ini mampu memberikan sinar harapan kepada negara untuk beraksi di sukan olimpik nanti?

Kita baca laporan prestasi cemerlang skuad olimpik negara di Slovakia yang dipetik dari myMetro ini. 
(Sumber gambar: wanfakhrul.blogspot.com)
PERSIAPAN skuad Olimpik negara untuk menghadapi saingan sengit peringkat kumpulan kelayakan Sukan Olimpik 2012 zon Asia berada dalam landasan tepat.

Anak-anak buah jurulatih Ong Kim Swee yang kini berada di Slovakia terus mempamerkan persembahan membanggakan apabila mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut dalam aksi persahabatan menentang kelab tempatan di sana.

Terbaru barisan pemain Olimpik negara menjadikan kelab Liptovsky Mikulas sebagai mangsa dengan mencatatkan kemenangan 2-1 hasil jaringan Ahmad Hazwan Bakri dan Mohd Irfan Fazail pada setiap babak.

“Saya harap rentak kemenangan ini dapat diteruskan oleh pemain dan lebih penting objektif latihan di Slovakia dapat tercapai terutamanya dalam meningkatkan lagi mutu persembahan dan kerjasama sepasukan,” kata pengurus skuad Olimpik negara, Datuk Afandi Hamzah ketika dihubungi semalam. Tambahnya pemain perlu menggunakan peluang dan kesempatan yang ada untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran yang lebih getir dengan gergasi Asia, Jepun menanti pada 21 September ini diikuti Syria dan Bahrain.

“Semua pemain akan diberikan peluang untuk mempamerkan kebolehan termasuk beberapa pemain yang baru diserapkan agar masalah keserasian tidak timbul sekiranya mereka terpilih menggalas cabaran negara nanti,” katanya yang juga naib presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Skuad Olimpik negara sebelum ini menewaskan Bodva Moldava hasil jaringan tunggal Wan Zack Haikal Wan Nor diikuti kemenangan 2-1 ke atas Topvar Topolcany menerusi jaringan Ferris Danial Mat Nasir dan Fandi Othman.

Senarai 23 pemain bertambah 30 apabila tujuh pemain skuad senior menyertai kem latihan itu semalam termasuk ketua pasukan, Khairul Fahmi Che Mat serta tiga tonggak pertahanan diketuai Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas dan Mahali Jasuli.

Kehadiran mereka dijangka menguatkan lagi cabaran skuad Olimpik negara yang dijadualkan menentang kelab Hungary yang berpangkalan di Budapest pada Selasa ini.

Jumaat, 24 Jun 2011

Penarik kereta dibelasah 5 lelaki

Berita ini dipetik dari laman web myMetro hari ini, KUALA LUMPUR: “Kami bukan saja kerugian hampir RM6,000, malah turut dibelasah sekumpulan lelaki tidak dikenali dipercayai rakan pemandu kereta yang hendak ditarik berikutan kegagalan pemiliknya membayar ansuran bulanan kereta selama empat bulan,” kata ejen penarik kereta, K Sathyaseelan, 22.

Menurutnya, kejadian berlaku kelmarin di Jalan 11, Selayang Baru, di sini, apabila dia bersama rakannya yang juga ejen penarik kereta, K Prabu diserang sekumpulan lelaki selepas menarik kereta terbabit.

“Kami tiba di situ kira-kira jam 4 petang dan memperkenalkan diri penarik kereta serta menunjukkan kad kuasa termasuk surat arahan penarikan yang dikeluarkan bank kepada lelaki terbabit.

“Namun, selepas menyemak kad pengenalannya, pemandu itu bukan pemilik seperti yang tertera dalam dokumen kenderaan itu dan kami meminta lelaki terbabit menyerahkan kunci sebelum menunda kereta itu,” katanya.

Bagaimanapun, tidak sampai tiga kilometer, trak penunda yang mangsa naiki ditahan lelaki terbabit yang turut membawa empat rakannya dengan sebuah kereta.

“Seorang daripada lelaki terbabit memecahkan cermin depan trak dengan besi panjang manakala empat lelaki lain membelasah kami bertubi-tubi selain merampas kunci trak.

“Dalam keadaan kelam-kabut itu, saya kehilangan cincin emas bernilai lebih RM1,000 dipercayai ditarik seorang daripada lelaki terbabit ketika pergelutan itu sebelum melarikan trak bersama kenderaan yang ditarik itu,” katanya.
(Sekadar gambar hiasan dari Google)
p/s: Dah la tak bayar hutang, pukul orang lagi..ini lah cabaran yang dihadapi oleh penarik kereta.

Isnin, 9 Mei 2011

Utusan dan para blogger dituntut untuk meminta maaf

Berita ini dipetik dari The Malaysian Insider dan ditulis oleh Syed Mu’az Syed Putra May 09, 2011
KUALA LUMPUR, 9 Mei — Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak Utusan Malaysia dan blog memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia jika didapati menyiarkan laporan tidak bertanggungjawab kononnya ada konspirasi mengubah status agama rasmi negara ini.

Pengerusinya Ahmad Syukri Ab Razab berkata, Utusan Malaysia selaku media arus perdana tidak sepatutnya menyebarkan laporan yang dipetik daripada penulisan blog kerana ia kemungkinan tidak benar dan boleh menimbulkan ketegangan antara agama terutamanya orang Islam dan penganut Kristian.

Ahmad Syukri berkata demkian sebagai respons terhadap akhbar berkenaan kelmarin yang melaporkan wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dalam kalangan penganut itu.

Laporan itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadi Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Laporan muka depan dengan tajuk “Kristian agama rasmi” itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno.

Blog-blog itu menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.

Tegas Ahmad Syukri, penulisan blog yang dipetik Utusan Malaysia tidak seharusnya dijadikan bahan publisiti oleh akhbar milik Umno itu kerana ia tidak menghormati sensitiviti agama lain.

“Sekiranya penulis blog itu benar-benar memiliki bukti mengenai isu yang ditimbulkan, saluran yang betul perlu digunakan agar isu ini dapat disiasat tanpa mewujudkan ketegangan yang mengancam keharmonian rakyat.

“Selain itu, SMM juga mendesak agar mana-mana pihak tidak menjadikan isu ini sebagai isu politik bagi menamatkan kekeruhan yang telah tercetus... SMM berpendirian untuk menunggu siasatan polis dan sekiranya terbukti isu yang ditimbulkan adalah fitnah dan berniat jahat, maka blogger itu perlu dikenakan hukuman berdasarkan kesalahan fitnah,” katanya.

Tambah beliau, sekiranya dakwaan penulis blog itu benar pihaknya menuntut agar siasatan lanjut dilakukan agar Perlembagaan Persekutuan dijaga dan terpelihara.

“Sekiranya isu yang ditimbulkan oleh blogger berkenaan adalah benar iaitu wujud sentimen yang cuba mencabar kedudukan agama Islam dalam Artikel 11 Perlembagaan, maka SMM menuntut agar siasatan lanjut diadakan agar integriti Perlembagaan Malaysia kekal sebagai undang-undang tertinggi negara,” katanya.

Pandangan:
Tak perlu timbulkan isu agama kerana itu isu sensitif. Semua kita mempunyai agama masing-masing dan kalau agama kita itu dicalar, dihina, dan dijadikan sebagai bahan untuk menimbulkan sentimen perkauman maka kita pun akan merasa tak senang hati. Kalau kena pada mereka yang memang tegar, maka tak aman lah negara. Mereka yang suka menimbulkan isu sedemikian memang pentingkan diri saja. Haih! 1Malaysia for peace!.

Jumaat, 22 April 2011

Maut selepas rakam jiran melakukan hubungan sex

Ini lah padah yang diterima oleh seorang lelaki yang merakam aksi jirannya yang sedang melakukan hubungan seks. Siapa tak marah kalau privasi diganggu dan diaibkan. Bila kena pada orang yang memang susah untuk mengawal emosi diri, maka hal seperti ini lah yang berlaku:-
(Sumber: New Sabah Times)
Elok sangat la tindakan si suspek itu dengan menyerah diri secara sukarela. Tak baik menyusahkan orang!


Trend Menarik Sekarang:- Take the Nestle Wellness Profiler Test today The Berry is back! Find your NOW Read More Stories

Sabtu, 16 April 2011

Pekebun sayur bunuh diri

Nah!..satu lagi tindakan berani mati dengan meminum racun rumpai. Argh! hidup yang dihimpit masalah kewangan memang menyiksakan. Ada orang yang berani menghadapainya dengan tawakal dan usaha dan akal tetapi ada orang yang berani menghadapinya dengan mematikan diri. Mana satu yang lebih munasabah? Namun, segala pemikiran rasional seseorang itu akan hilang tatkala emosi dan tekanan menguasai diri. Maka kejadian seperti ini lah yang akan berlaku:-

Rabu, 13 April 2011

Helikopter yang membawa rombongan Tim. Perdana Menteri terhempas

Lagi berita helikopter terhempas di Sibu. Sungguh malang tidak berbau. Berita ini dipertik dari akhbar online The Borneo Post kelmarin. 
Keadaan helikopter yang terhempas di Sibu. (pic fron The Borneo Post)

Isnin, 11 April 2011

Lagi mangsa penipuan internet

Bukan satu dua kes penipuan internet ini yang telah berlaku tapi dah banyak. Namun, kes seumpamanya masih lagi kurang memberi kesedaran masyarakat terhadap jenayah siber yang kian berleluasa. Apa yang berlaku kepasa Ayu seperti yang dilaporkan oleh myMetro rasanya pernah berlaku sebelum ini. Diharapkan kes ini akan memberi pengajaran kepada kita supaya lebih berhati-hati kelak. 

KLANG: Gara-gara percaya e-mel yang mengatakan akaunnya di sebuah bank bakal dibekukan, seorang wanita berputih mata apabila wang simpanan RM5,000 dipindahkan ke akaun lain tanpa pengetahuannya. Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Ayu, 29, berkata dia menyedari wang dipindahkan ke akaun lain apabila menerima SMS pengesahan daripada pihak bank.
Ayu. (Pic taken fron myMetro)
Dia yang cemas membuat laporan polis serta menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan bank berkenaan untuk membuat pengesahan sama ada wang dalam akuannya dipindahkan ke akaun lain. Ayu berkata, sebelum kejadian dia menerima e-mel daripada pihak yang mengaku wakil bank berkenaan dan memintanya mengemas kini maklumat peribadi supaya akaun simpanannya tidak dibekukan.

“Khuatir perkara itu, saya membuka pautan yang terdapat dalam e-mel terbabit dan memasukkan alamat e-mel dan kata laluan seperti diminta.

“Laman web itu sama dengan laman web rasmi bank berkenaan. Jadi, saya tidak mengesyaki apa-apa yang pelik pada laman web itu.

“Selepas e-mel dan kata laluan dimasukkan, saya menerima SMS daripada bank yang mengatakan sejumlah wang daripada akaun saya sudah dipindahkan,” katanya.


Ayu berkata, walaupun laporan polis dan aduan dibuat, bank berkenaan seolah-oleh lepas tangan dan sukar bekerjasama dalam mengendalikan kes itu. Menurut Ayu, bank itu memberi jawapan tidak meyakinkan terhadap persoalan diajukan terutama ke akaun mana wangnya dipindahkan.

“Pegawai bertugas berkata siasatan terperinci dijalankan dan pelbagai perkara perlu diteliti sebelum laporan lengkap disiapkan dan lebih mengecewakan terdapat kekeliruan dari segi waktu transaksi berlaku.

“Mengikut laporan bank berkenaan, waktu wang saya dipindahkan ke akaun lain pada jam 11.59 malam, tetapi berdasarkan penyata kewangan bank itu,menunjukkan waktu wang saya dipindahkan ke akaun lain pada jam 11 malam.

“Saya membuat laporan polis sekali lagi serta menghantar surat aduan kepada Bank Negara berhubung ketidakpuasan hati terhadap laporan yang diterima selain meminta laporan terbabit diteliti semula,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurutnya, bank berkenaan perlu menaik taraf tahap keselamatan sistem perbankan secara dalam talian kerana dia bukan mangsa pertama dan kegagalan berbuat demikian menyebabkan ramai lagi menjadi mangsa.
 Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop mengesahkan laporan mangsa pada 2 Mac lalu dan siasatan masih dijalankan.

Mohamad menasihatkan orang ramai tidak mudah percaya dengan e-mel daripada pihak yang tidak dikenali dan menyarankan orang ramai membuat pengesahan dengan pihak bank jika maklumat diterima meragukan. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan hukuman maksimum 10 tahun penjara, sebatan dan denda.

*Kalau dapat emel yang meminta kata laluan tu, elok hubungi pihak bank terlebih dahulu. Pernah dapat emel seperti ini tapi nasib baik lah ingat nasihat cikgu semasa sekolah menengah dulu tentang cara utk berhadapan dengan situasi sedemikian.


Trend Menarik Sekarang:- Take the Nestle Wellness Profiler 

Jumaat, 8 April 2011

Jumpa bomoh untuk dirogol

Haish! macam-macam benda negatif dah yang dilaporkan mengenai perangai bomoh-bomoh ini tapi ramai juga manusia yang tak serik-serik untuk mendapatkan khidmat mereka. Kononnya nak hilangkan penyakit lah, hantu lah, dan yang tak terkecuali juga untuk mendapatkan minyak pelincir. Opss! bukan minyak tu, minyak pengasih la. Minyak yang orang guna untuk mengoda-goda atau memukau orang. Ish! tak takut dosa ker?. Tapi yang menghairankan, masyarakat kita yang mempunyai nilai pegangan agama yang kuat ni pun masih nak percaya benda-benda karut ni. Kenapa tak mohon pertolongan daripada Tuhan saja kalau berhadapan dengan sebarang musibah hidup? 

Seperti yang dilaporkan dalam berita Utusan Malaysia Online, seorang pelajar ini dikatakan telah dirogol oleh seorang bomoh yang kononnya mampu mengusir hantu dalam badan remaja tersebut. 

KUBANG PASU 8 April – Seorang bomoh dari Simpang Kemboja, Ayer Hitam di sini ditahan polis kelmarin kerana disyaki merogol seorang pelajar Tingakatan Lima sewaktu menerima rawatan di rumah bomoh tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Supritendan Ibrahim Mohd. Yusuf berkata, mangsa ke rumah bomoh tersebut bersama kedua ibu bapanya untuk membuang hantu yang dikatakan terdapat di dalam badannya.

"Pelajar tersebut pada mulanya pergi ke rumah bomoh tersebut pada hari Isnin lalu kira-kira pukul 7 malam dan bomoh tersebut memberitahu bahawa ada hantu yang menumpang di badan pelajar berkenaan.

"Bomoh tersebut kemudian menyuruhnya datang semula keesokan hari untuk menerima rawatan susulan," ujarnya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di sini hari ini.

Menurut Ibrahim, pelajar tersebut diarahkan memasuki sebuah bilik bersama bomoh yang berusia 36 tahun itu manakala ibu bapanya menunggu di ruang tamu.

"Ketika kejadian isteri bomoh berada di dapur dan selepas kejadian rogol ini berlaku pelajar tersebut menceritakan kejadian tersebut kepada ibu bapanya.

"Pihak kami menerima laporan daripada keluarga pelajar tersebut pada hari Rabu dan bomoh tersebut ditahan di tempat kerjanya di Kolam Udang Kerpan pada petang hari yang sama," katanya. Jelasnya, bomoh tersebut kini ditahan reman selama empat hari bermula semalam dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - Utusan


Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone

Khamis, 7 April 2011

Maut selepas menyelamatkan kekasih yang lemas

Inilah yang dikatakan malang tidak berbau. Niat untuk menyelamatkan orang lain tapi bukan sahaja nyawa sendiri yang melayang malah nyawa orang yang hendak diselamatkan pun tergadai juga. Apa nak dikata, soal hidup dan mati itu di tangan Tuhan. Inilah yang berlaku Seremban petang semalam. Berita ini dipetik dari akbar myMetro hari ini.

SEREMBAN: “Saya terkilan tidak sempat menarik baju yang dipakainya walaupun dia menjerit meminta tolong,” kata seorang pelajar kolej swasta, Nurul Faizah Nor, 19, rakan kepada dua mangsa lemas ketika berkelah di kawasan rekreasi Sungai Gunung Berembun, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kedua-dua mangsa masing-masing pekerja kedai kasut, Khairun Niza Kharul, 18, dari Mambau, dekat sini dan teman lelakinya yang juga pelajar kolej, Mohd Rozane Baddarudin, 19, dari Klang, Selangor ditemui lemas selepas berkelah di situ.

Katanya, mereka berempat datang dari rumah sewa di Seremban Dua, dekat sini, menaiki dua motosikal ke kawasan rekreasi itu, kira-kira jam 12.30 tengah hari. Menurut Nurul Faizah, ketika kejadian dia bersama tiga rakan itu mandi-manda di kawasan air terjun di kawasan berkenaan sebelum hujan lebat secara tiba-tiba menyebabkan paras air sungai meningkat secara mendadak.

“Kedua-dua rakan lelaki naik terlebih dahulu ke tebing untuk menyelamatkan barangan makanan.


“Namun, saya dan Khairun Niza terus mandi sebelum berasa tidak sedap hati melihat paras air semakin naik dan terus naik ke batu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.

Dia yang masih kelihatan terkejut dan trauma berkata, sebaik berada di atas batu dia menoleh ke arah rakannya itu dan terkejut melihat Khairun Niza terkapai-kapai dan menjerit meminta tolong selepas dihanyutkan arus deras.

Katanya, dia hanya sempat menarik baju Khairun, tetapi terlepas kerana arus deras menariknya dan melihat kejadian cemas itu,Mohd Rozane terus terjun untuk menyelamatkan teman wanitanya. “Dalam keadaan arus deras Mohd Rozane turut lemas dan mujur saya sempat melompat ke atas kayu dan memanjat ke tebing ketika hampir dibawa arus.

“Saya dan teman lelaki,(Mohd Khalim Shiddik, 19) hanya mampu memandang kedua-duanya rakan kami dibawa arus deras,” katanya yang sebak dengan kejadian itu.



Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone

Rabu, 6 April 2011

Kelab Pencegahan Jenayah akan diperkenalkan di peringkat sekolah

Semakin hari semakin banyak kelab yang diperkanalkan di peringkat sekolah ini. Terbaru yang bakal dilancarkan ialah Kelab Pencegahan Jenayah. Memang patut dan memang perlu disegerakan pelan ini kerana statistik jenayah yang melibatkan pelar-pelajar sekolah sekarang sememangnya semakin membimbangkan. Harapannya agara kelab ini menyediakan satu garis panduan program yang mencukupi untuk memberi pendedahan awal kepada setiap ahli untuk lebih memahami apa itu jenayah dan bagaimana untuk mencegahnya. Berita yang dipetik dari The Malay Mail mempunyai penjelasan yang lebih detail.

KUALA LUMPUR: The formation of crime prevention clubs in schools is among efforts to reduce disciplinary misconduct among students and to encourage teenagers to be more alert on crime prevention.

Malaysian Crime Prevention Foundation (MCPF) vice-chairman Tan Sri Lee Lam Thye said this was also important to shape their understanding of law enforcement in the context of creating a peaceful and harmonious society.

"As parents and members of the public, we must realise that the lives of teenagers do not lack challenges from modernisation and development.

"Therefore, these crime prevention clubs are seen as important in guiding and helping teenagers face such challenges," he told reporters after launching a seminar organised by the Kuala Lumpur MCPF on "The Role of Crime Prevention Clubs in Fighting Crime in Schools", here.

Based on statistics from Bukit Aman, the number of students involved in crime last year was 1,610 or 0.9 per cent, from the crime index registered nationwide.

He said among the crime involving students were seven cases of murder, rape (250 cases), causing injury (146), theft (346) and motorcycle theft (499).

"A total of 2,844 students were detained for various offences, of whom 1,646 were aged 16 to 18, and 1,089 aged 13 to 15," he said.

Kuala Lumpur deputy police chief Datuk Amar Singh said the creation of such clubs in schools was timely and apt.

"We need serious attention from various quarters, especially parents and educators, so that students do not get involved in such activities," he added.

Selasa, 5 April 2011

Lelaki kerugian RM300 ribu dalam sindiket penipuan melalui internet

Ini satu lagi isu yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat kini. Kemajuan dalam teknologi terutamanya IT sememangnya banyak memberi kemudahan dan keselesaan kepada kita untuk berurusan terutamanya dengan kerajaan, bank, cukai, dan sebagainya. Namun, medium ini juga sering disalahgunakan oleh sesetengah pihak untuk mengambil kesempatan untuk kebaikan diri sendiri. Penipuan terutamanya dalam skim cepat kaya, MLM, e-dagang, dan jualan langsung memang tidak boleh disangkal lagi fenomenanya di internet. Lihat, saja berita yang dipetik dari akbar online myMetro ini yang melaporkan tentang seorang bekas tentera yang terpaksa menanggung kerugian sehingga RM300 ribu akibat ditipu melalui internet.

KUALA LUMPUR: Seorang pesara tentera yang kemaruk mahu menjalankan perniagaan dengan cara mudah dan cepat kerugian RM300,000 selain terpaksa menanggung beban hutang selepas ditipu seorang wanita tempatan yang mendakwa pembekal batu permata.
Mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuatnya. (pic from myMetro)
Mangsa yang dikenali sebagai Azam, 42, berkata, ketika kejadian dia baru beberapa bulan bersara dan tidak menyangka wang pampasan tamat perkhidmatan yang sepatutnya digunakan untuk membeli rumah dan simpanan perbelanjaan persekolahan anaknya ‘hangus’ sekelip mata, manakala pinjaman bank atas nama isterinya berjumlah RM100,000 terpaksa dibayar ansuran selama 15 tahun.

Katanya, dia menghubungi telefon bimbit semua anggota sindiket terbabit beberapa kali selepas menyedari tertipu, tetapi tidak berjawab. Bagaimanapun, tiga minggu lalu dia menerima kiriman e-mel daripada seorang anggota sindiket itu yang menulis: ‘Awak bodoh sebab itu awak terkena.’ Azam berkata, kejadian bermula selepas dia menerima e-mel pada 24 November tahun lalu daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai Farah, kononnya bekerja dengan sebuah syarikat asing beroperasi di United Kingdom.

Menurutnya, wanita terbabit memberitahu mahu mengembangkan empayar perniagaan syarikatnya dengan mencari ejen tempatan yang ingin melabur dan membeli batu permata. Katanya, pada mulanya dia enggan mempercayai tawaran itu kerana segala urusan dan pujuk rayu wanita terbabit hanya melalui e-mel dan mereka tidak pernah berjumpa. Namun, selepas berulang kali dipujuk wanita itu melalui kiriman SMS, dia terpengaruh.

“Farah beritahu jika saya menjadi ejen mereka, segala urusan jual beli akan diuruskan syarikatnya, malah pelanggan tetap yang mahu membeli barang itu juga sudah ada.

“Saya akan dibayar komisen 40 peratus manakala 60 peratus lagi milik syarikat terbabit. Harga belian sekilogram batu permata yang boleh dijadikan barang kemas, jam dan kemasan lantai itu kira-kira AS$2,250 (RM6,750) dan harga jualan mencecah AS$7,500 (RM22,500). Ini bermakna saya memperoleh keuntungan AS$5,250 (RM15,750),” katanya yang membuat laporan polis pada 21 Disember tahun lalu di Setapak.

Selepas bersetuju menjalankan perniagaan itu, Farah memberikannya nombor telefon dan nama pembekal yang akan berurusan dengan pelanggan baru di Malaysia iaitu dua wanita yang dikenali sebagai Alisyah dan Jastinez dari Kuching, Sarawak.

“Saya membuat tempahan 50 kilogram batu permata dengan membuat pembayaran melalui akaun bank sebanyak RM3,000 sebagai wang pendahuluan. Selepas itu, saya menambah pesanan barang berkenaan melalui panggilan telefon sehingga mencecah 500 kilogram. “Setiap pertambahan itu saya membuat pembayaran sebanyak enam transaksi dengan jumlah melebihi RM155,000 manakala pembayaran tunai RM130,000 dibayar terus kepada seorang wanita dipanggil Syarifah,” katanya.

Katanya, walaupun pembayaran penuh dibuat, barang yang dijanjikan masih gagal diterima, malah dia dimaklumkan penghantaran barangan itu mengalami masalah dengan Jabatan Imigresen.

“Saya diarah menambah jumlah tempahan supaya penghantaran barang yang dibuat berjalan lancar dan melepasi had ditetapkan. Namun kali ini, mereka menjanjikan bayaran tunai untuk setiap penjualan yang dibuat kepada mereka.

“Bagi memastikan saya tidak menanggung kerugian bagi setiap kilogram barangan yang ditempah sebelum itu, saya membuat bayaran seterusnya sebanyak RM10,000 walaupun ketika itu saya tidak mempunyai wang mencukupi,” katanya.

Katanya, sebelum barang itu diserahkan kepadanya, seorang ejen lelaki bernama Jeremaiah dipercayai warga Afrika menghubunginya dan memberitahu dia perlu membuat bayaran kos penghantaran RM15,000.

“Duit saya sudah ‘kering’ jadi saya hanya mampu bayar RM5,000 secara tunai kepada lelaki terbabit sebelum melangsaikan baki RM10, 000 dua minggu kemudian. Ketika berjumpa, dia menyerahkan satu beg berisi sebuah kotak keselamatan berwarna hitam seberat 30 kilogram. Apabila dibuka, kotak itu hanya mengandungi helaian kertas berwarna kuning dan kapas.

“Saya diberitahu kertas itu boleh ditukar menjadi wang kertas berjumlah AS$3,750, 000 (RM9 juta) sekiranya dicampurkan dengan bahan kimia yang perlu dibeli dengan harga RM10,000.

“Saya menyesal dan kecewa dengan kejadian yang menimpa kami sekeluarga. Siapa sangka niat untuk membuka perniagaan sebagai sumber pendapatan keluarga membawa padah,” katanya yang menyedari tertipu dengan permainan sindiket terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone

Kematian pelajar tahun satu: Ustaz akui gagal kawal emosi

Berita yang dipetik dari akhbar The Malaysian Insider ini merupakan kesinambungan kepada kes pukul pelajar tahun satu oleh guru agama kelmarin. Ustaz yang dikaitkan dengan kes tersebut pun sudah memohon maaf. Walaupun perkataan 'maaf' itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan nyawa kanak-kanak tersebut namun kita harus sedar bahawa insiden tersebut bukan lah sesuatu yang disengajakan dengan niat. Namun demikian berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bukan senang nak berhadapan dengan kematian orang yang tersayang.

KUALA LUMPUR, 5 April — Seorang ustaz yang disyaki terbabit memukul Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, iaitu murid Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Jejawi, Arau sehingga meninggal dunia kelmarin sempat meminta maaf atas perbuatannya baru-baru ini.

Menurut bapa angkat murid tersebut, Mohd. Zamri Shafie, 40, ustaz berkenaan datang menemuinya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Jumaat lalu bagi menyatakan kekesalan dan meminta maaf kerana memukul Saiful.

Katanya, ustaz berusia 27 tahun itu mengakui gagal mengawal emosi sehingga hilang pertimbangan ketika menyoal siasat Saiful Syazani Saiful yang juga seorang anak yatim berhubung satu kes kecurian di sekolah tersebut.

“Dia (ustaz berkenaan) tidak sedar ketika memukul Saiful sehingga menyebabkan anak angkat saya cedera parah dan lebih malang meninggal dunia.

“Sedih dan terkilan apa yang terjadi, namun saya menerima permohonan maaf ustaz itu kerana menyifatkan dia seorang yang baik,” katanya dipetik KOSMO Online hari ini.

Dalam pada itu, Sinar Harian memetik Zamri berkata dia telah memaafkan perbuatan warden asrama terbabit.

“Saya sudah memaafkan guru terbabit, bagaimanapun kesal dengan tindakan dia yang sanggup memperlakukan anak saya sedemikian.

“Saya sebelum ini sudah beberapa kali bertemu dengan guru tersebut dan dia adalah seorang guru yang sangat baik. Jadi, apa yang berlaku sangat mengecewakan saya,” katanya lagi.

Saiful Syani, seorang anak yatim pada mulanya koma setelah dikatakan dipukul hampir dua jam oleh seorang ustaz yang berumur 26 tahun yang juga penyelia asrama di Sekolah Rendah Islam Al-Furqan di Jejawi.

Kanak-kanak tersebut kemudianya meninggal dunia di hospital pada 8.50 pagi kelmarin. Zamri juga berkata dia melihat kesan lebam di badan Saiful Syazani dan doktor mengesahkan terdapat pendarahan dalam kepalanya. Bapa kandung kanak-kanak itu Saiful Sopfidee Marzuki, 34, telah membuat laporan polis dan penyelia asarama tersebut telah ditahan Sabtu lalu.

Zamri memelihara Saiful Syazani sejak kanak-kanak berkenaan berusia dua tahun setelah ibunya meninggal dunia pada 2006.


Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone

Isnin, 4 April 2011

Pelajar tahun satu meninggal selepas dipukul guru agama

Entah kanapa lah sejak dua menjak ni kes guru pukul pelajar semakin menjadi isu hangat di kalangan media. Sememangnya kes sedemikian menyebabkan masyarakat terumatanya ibu bapa pelajar menjadi semakin waspada dan risau akan keselamatan anak-anak mereka di sekolah apalagi bila mendengar berita-berita yang melibatkan kehilangan nyawa seperti berita yang dilaporkan BERNAMA dalam akhbar The Malay Mail ini.

ALOR SETAR: A year one school student believed to have been assaulted by a teacher on Thursday died at Sultanah Bahiyah Hospital (SBH) here today.

Saiful Syazani Sopfidee, 7, of Sekolah Agama Rakyat Jejawi in Perlis died at 8:50am. He was admitted to the hospital in a coma on Friday. The incident occurred at 7pm on Thursday where a male teacher was said to have assaulted Saiful Syazani for about two hours until he collapsed.

Perlis CID chief Supt Nashir Ya said police had arrested a suspect who is  a teacher cum hostel warden at 10pm last night.

"We are still waiting for the autopsy report. The case is investigated under Section 302 of the Penal Code," he added. Hazirah Chin,38, said before admission to SBH, her adopted son (Saiful) was taken unconscious to Tuanku Fauziah Hospital, Kangar at 1:40am on Friday.

"I received a phone call from an ustaz who asked whether Saiful had epilepsy and I said no.

"He said that he would like to take me to hospital as Saiful had been admitted to hospital and would be transfered to a hospital in Alor Setar," she said at SBH mortuary today.

Hazirah said that she saw blisters on Saiful's wrist and bruises to the eyes. Meanwhile, Saiful's father, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, said Saiful was put up for adoption after his wife died three years ago.

"The last time I met him was one year ago as I lived in Langkawi and only move  back to Jitra one month ago." He was informed at 8am on Friday that Saiful was assaulted and lodged a police report after seeing bruises to the body.


Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone

Tiga warden asrama belasah seorang pelajar

Lagi-lagi ada kes pukul pelajar ni. Memang pelajar-pelajar ini dah buat kesalahan pun. Namun demikian, adakah tindakan para warden tersebut berkesan untuk memberi pengajaran kepada anak-anak muda ini? Sendiri mau ingat la. Berita dipertik dari New Sabah Times hari ini.


BEAUFORT: Seorang Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Vokasional Beaufort, Haziq Haji Harun, 16, dari Kampung Pimping Membakut lebam di pipi kiri dan kanan berdekatan mata apabila dibelasah oleh tiga warden asrama.

Semua ini berpunca daripada kesalahan Haziq yang menemani seorang rakannya keluar dari asrama tanpa izin pada kira-kira jam 1.00 pagi untuk membeli rokok dan minuman keras di sebuah gerai di luar sekolah pada Ahad.

Menurut Haziq, kira-kira jam 1.00 pagi dia menemani rakan seasramanya membeli rokok dan minuman keras yang diminta oleh rakan seasrama dan keluar dari longkang tepi pagar sekolah itu.

“Apabila kembali ke sekolah, perbuatan mereka dikesan oleh warden dan ketika disoal siasat, saya dan rakannya memohon maaf kepada ketiga-tiga warden berkenaan akan tetapi biarpun berkali- kali meminta maaf, saya dan rakannya terus ditampar berkali-kali oleh ketiga-tiga warden yang juga guru di sekolah berkenaan,” katanya.

Pelajar ini memberitahu setelah ditampar dia dan rakannya hampir tersungkur kerana pening dan untuk mengelakkan mereka dari raba guru berkenaan menarik kolar belakang baju dan menampar lagi sehingga kedua-dua mereka tersungkur dan melutut di atas lantai .

“Pada masa itu pun kami masih memohon maaf atas kesalahan kami bagaimanapun guru-guru itu terus menuding jari mereka ke kepala saya dan rakan saya,” kata Haziq sambil menambah semasa kejadian itu ramai rakan seasrama yang menyaksikan.

“Saya sudah memberikan penjelasan kepada guru-guru berkenaan bahawa rokok dan minuman keras itu bukan milik saya tetapi rakan seasrama yang meminta saya menemaninya,” jelasanya.

Haziq berkata, dia sendiri tidak mempunyai wang untuk membeli rokok dan minuman keras (montok) malah dia sendiri pun tidak merokok dan jauh sekali meminum minuman keras malah banyak barang peribadinya seperti telefon bimbit hilang dan dipercayai dicuri di asrama.

“Saya tidak pernah melakukan kesalahan ini sebelum ini dan ini adalah merupakan kesalahan pertama,” kata Haziq.

Ibu kepada mangsa, Hajah Fatimah Hj Buntak, ketika ditemui berkata, bahawa beliau memahami akan kesalahan yang dilakukan oleh anaknya akan tetapi beliau amat kesal tindakan kasar warden berkenaan.

“Saya bukan mahu membela anak saya malah saya tahu anak saya bersalah tetapi mengapa tidak digunakan peraturan atau kesalahan itu diambil dengan tindakan disiplin sahaja dan tindakan beramaran,” katanya.

Beliau mendakwa tindakan memukul dan menampar oleh guru-guru itu membuatkan anaknya trauma dan bagaimana jika kecederaan yang dialami anaknya itu akan menjadi kecederaan kekal kerana anaknya ditampar di bahagian kepala begitu juga dengan nasib seorang rakan anaknya itu.

“Kami tak rela jika anak kami mengalami kecacatan otak kerana gegaran dipukul di bahagian kepala,” kata Fatimah.

Beliau berkata, pelajar-pelajar ini masih berada di bawah umur dan dalam usia yang masih muda dan mentah sudah tentunya mereka memerlukan bimbingan setelah melakukan kesalahan bukan bertindak agresif untuk mencederakan mereka.

“Semasa mereka dipukul pun anak saya dan rakannya tidak melawan sebaliknya berkali-kali meminta maaf tetapi mengapa tidak diterima permintaan maaf mereka dan mengapa mereka terus dipukul diherdik sehingga tersungkur dan melutut dilantai,” tegasnya.

Sehubungan dengan itu, kata Fatimah, beliau telah membuat laporan di Balai Polis Beaufort untuk tindakan selanjutnya dan telah membawa Haziq ke hospital untuk pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah, DSP Mustaffa Maarof Bin Mustaffa ketika dihubungi kelmarin mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh ibu bapa pelajar berkenaan.

“Buat masa ini ‘tiada komen’ kerana pihak polis akan menjalankan siasatan dan akan memanggil kedua dua belah pihak iaitu warden yang terbabit dan rakan Haziq yang didakwa turut dipukul oleh warden berkenaan,” katanya.


Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone

Warga Emas berusia 79 tahun dikelar leher

Kejam memang kejam. Angkara siapa? masih belum diketahui. Namun apa yang pasti Tuhan melihat segala perbuatan kejam tersebut dan semestinya mereka yang telibat tidak akan dapat lari daripada penghakiman dunia dan akhirat. Berita ini dipetik dari myMetro hari ini.
Unit forensik sedang memeriksa mayat. (Pic from myMetro)
SENTUL: Seorang nenek berusia 79 tahun ditemui mati dibunuh dengan lehernya dikelar di depan lif 20 meter daripada rumahnya di tingkat lapan Blok 41, Flat Sri Perak, dekat Bandar Baru Sentul, di sini, semalam.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai P Veeramah ditemui jiran kira-kira jam 7.30 malam dalam keadaan terbaring dengan kecederaan parah di leher. Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata mangsa yang sudah tidak bekerja menetap di situ bersama keluarga anaknya.

“Siasatan awal mendapati kejadian mungkin bermotifkan samun sebelum mangsa dibunuh berikutan anting-anting dipakai mangsa hilang, namun siasatan lanjut masih dilakukan,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.


Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone

Sabtu, 2 April 2011

Misbun kembali ke BAM

Akhirnya persoalan ini terjawab. Selamat kembali ke BAM kepada Datuk Misbun Sidek. Harapan seluruh penyokong sukan badminton negara supaya sukan ini terus diperkukuhkan untuk melahirkan jaguh-jaguh sukan bertaraf dunia seperti Datuk Lee Chong Wei. Berita ini dipetik dari The Malaysian Insider hari ini.

KUALA LUMPUR, 2 April — Isu peletakan jawatan jurulatih badminton Datuk Misbun Sidek berakhir apabila beliau menarik balik keputusannya dan bersetuju untuk berkhidmat semula dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Misbun mengejutkan banyak pihak apabila menghantar surat berhenti menjadi jurulatih BAM pada 31 Disember lalu. 
Datuk Misbun dan Datuk Lee Chong Wei. (pic from google)
Presiden BAM Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh berkata perkara itu dimaklumkan Misbun menerusi surat yang dihantar ke rumahnya tiga atau empat hari lalu. Beliau berkata BAM akan menawarkan kontrak baru kepada Misbun dengan terma-terma tertentu. Dipetik Bernama Online, kata beliau, pada dasarnya semua perkara itu sudah pun dibincang dengan Misbun. 

“Dalam kontrak itu nanti BAM akan putuskan sama ada Misbun akan melatih Chong Wei semula dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis BAM di Petaling Jaya semalam. Misbun melatih jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei. 

Tindakan Misbun yang dikhuatiri menjejaskan peluang negara untuk meraih emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik London tahun depan, sekali gus menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. 

Ahmad Shabery kemudiannya menjadi sebagai orang tengah antara Misbun dan Nadzmi yang mewakili BAM, apabila beliau berjumpa kedua-dua pihak secara berasingan pada 6 Januari lepas; Nadzmi semasa waktu makan tengahari dan Misbun pada makan malam. 

Pada 12 Januari lalu, BAM dalam satu mesyuarat mengambil keputusan untuk meminta Misbun menimbangkan semula keputusan beliau dan bersedia untuk menawarkan kontrak baru kepada jurulatih itu.  Isu peletakan jawatan Misbun berlarutan selama tiga bulan tanpa sebarang penjelasan daripada beliau, meskipun pelbagai spekulasi dibuat pihak media berhubung punca tindakannya. 

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata, keputusan Misbun kembali ke pangkuan BAM akan menguatkan pasukan negara terutama dalam misi memburu pingat emas pertama pada temasya Sukan Olimpik 2012. Beliau bersyukur Misbun kembali ke arena badminton negara hari ini untuk mengakhiri kemelut yang sudah berlarutan ini.


Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone

Jumaat, 1 April 2011

Pecat Bung Mokhtar - kata Lim Guan Eng

Kini bung Mokhtar pula yang nak jadi isu hit dalam agenda politik tanah air. Biasa lah tu kalau dah nak dekat pilihan raya kan. Berita ni dipetik dari The Malaysian Insider yang ditulis oleh Shannon Teoh.


KUALA LUMPUR, 1 April — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa Barisan Nasional (BN) memecat Datuk Bung Moktar Radin berhubung komen  ‘tidak senonoh’ dengan menuduh Ahli Parlimen Kinabatangan itu melihat wanita hanya sebagai objek seks.
Bung Mokhtar dan isteri. (pic from google)
Lim juga berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memecat pegawainya Mohd Ashraf Mohd Yunus yang menonton bahan lucah selepas menyiasat Teoh Beng Hock pada malam sebelum pembantu setiausaha DAP itu ditemui mati dua tahun lalu.

“Bagaimana Malaysia boleh maju ke hadapan dalam soal kesamaan jantina jika individu seperti Bung Moktar secara berterusan mengatakan menyukai wanita dengan berulang kali? Ini adalah kelakuan seorang lelaki yang melihat wanita sebagai objek seks,” kata Lim.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu buktikan beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Bung Moktar di Parlimen Isnin lalu apabila mengatakan pemanduan golongan wanita kebanyakannya amat berbahaya dan sekali gus boleh mengundang kemalangan.

Beliau juga menggesa Najib memecat Bung Moktar yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno.

“Masa sudah tiba untuk ahli Parlimen seperti Bung Moktar dipecat dari BN untuk membuktikan konsep 1 Malaysia Najib termasuk menghormati wanita,” kata Lim.

Ketua Menteri Pulang Pinang itu berkata Bung Moktar telah membuat satu kenyataan berbaur lucah sebelum 2007 apabila mengatakan Ahli Parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan “bocor” setiap bulan.

Bung Moktar bagaimanapun memohon maaf kepada wakil rakyat DAP itu. Lim juga berkata bahawa “penagih seks” seperti Mohd Ashraf harus dipecat kerana gagal dalam tugas asasnya untuk memerhatikan Teoh.

“SPRM perlu pecat Ashraf bukan kerana Ashraf menonton pornografi menerusi komputernya di pejabat SPRM pada 16 Julai 2009 tetapi kerana gagal menjalankan tugas asasnya iaitu memerhatikan Teoh Beng Hock,” katanya.

Beliau berkata, menonton pornografi bukan satu alasan untuk memecat Ashraf tetapi penolong pegawai SPRM Selangor itu harus dipecat kerana tidak memerhatikan Teoh, yang ditemui mati beberapa jam kemudian. Semalam Suruhanjaya Diraja Siasatan (RCI) kematian Teoh berkata, pegawai SPRM itu menonton pornografi selepas mengambil kenyataan bekas setiausaha politik Exco Selangor Ean Yong Hian Wah.

Mayat Teoh beberapa jam selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.



Khamis, 31 Mac 2011

Pandangan Dr. Asri berbeza terhadap tarian Poco-poco

Sekarang ini isu panas tentang tarian poco-poco yang diharamkan di Perak. Macam-macam pendapat orang mengenainya. Ini pula pandangan Dr. Asri yang dipetik dari malaysiakini.com, terhadap Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang memutuskan bahawa tarian poco-poco haram.
Beliau berhujah, semua urusan harian manusia, termasuk tarian, adalah harus diamalkan kecuali terdapat dalil yang jelas mengharamkannya.

Bagaimanapun, tambahnya, jika terdapat unsur yang tidak baik, perkara itu hendaklah ditapis dengan membuang unsur yang buruk, bukan mengharamkan perkara itu secara menyeluruh.

"Atas asas ini, pada pandangan saya, tarian poco-poco adalah harus, melainkan jika seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah," katanya yang juga pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM).

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini dilaporkan berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan tarian berkenaan sebagai haram kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain dan pemujaan roh.

Pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi. Dalam kenyataan pada Selasa malam, Dr Mohd Asri juga menegaskan, masyarakat Islam hendaklah tahu tentang keluasan Islam, apatah lagi dalam masyarakat yang serba rencam hari ini.

"Maka, fatwa dalam hal tarian, senaman, permainan dan seumpamanya, hendaklah luas, tidak sempit dan berusaha melihat ruang keizinan yang diberikan oleh Islam," katanya.

Menurut Dr Mohd Asri lagi, jika pengharaman dibuat berdasarkan asal-usulnya yang tidak islamik, ia akan mewujudkan kecenderungan pengharaman pelbagai lagi aktiviti seperti Tai Chi, Taekwondo dan senaman Qiqong.

Beliau bagaimanapun menegaskan menghormati pandangan Harussani dan Jawatankuasa Fatwa Perak yang mengharamkan tarian tersebut dan cuma memberikan pandangan berbeza.

P/s: Entah macam mana tarian poco-poco ni leh jadi femes kat Malaysia..

Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone