Boros Di Aralom: Crime
Memaparkan catatan dengan label Crime. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Crime. Papar semua catatan

Ahad, 27 Januari 2013

Bible-Burning Fair: No Show In Butterworth, Demo Against Bible-Burning In KL

No Bible Burning fair in Malaysia
BUTTERWORTH: Nobody turned up for the alleged 'Bahasa Melayu Bible-burning fair' that was to be held in front of Dewan Ahmad Badawi municipality field in Jalan Bagan Luar here Sunday.

The 'festival' was scheduled to be held at 10am but the vicinity remained empty until 11am. Policemen were on standby at the hall and a helicopter was seen patrolling the area.

Penang police chief Deputy Comm Datuk Abdul Rahim Hanafi warned the public on Thursday not to participate in the event which was meant to jeopardize the national harmony.

He added that stern action would be taken against those involved.

Meanwhile, in KUALA LUMPUR about 40 people gathered at the KLCC park to read various religious and philosophy books in a peaceful demonstration against the Bible burning event.

The gathering, which began at 10am, saw people of various faiths, reading books on Buddhism, Christianity and Islam.

Some also brought the Al Kitab, the Bahasa Malaysia version of the Bible.

Event organizer Masjaliza Hamzah said the event was a success and regarded it as a non-violent response to the idea to burn Bibles.

She said there were various ways of dealing with what sounded to be a violent call.

By Royce Tan and Yuen Meikeng / The Star
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/1/27/nation/20130127120257&sec=nation


Isnin, 3 September 2012

Woman arrested four times in 26 hrs for playing 'Highway to Hell' too loud

A New Hampshire woman was arrested four times in 26 hours for playing Highway to Hell by AC/DC too loudly.

Joyce Coffey got into trouble from the police for blasting the AC/DC song and other loud music from her home. 

Police first issued a warning to the Epping local on Tuesday afternoon, according to authorities, and an hour later arrested her for playing extremely loud music. 

She was arrested again five hours later, before being released and rearrested again before dawn on Wednesday, again because of her insufferably noisy music. 

Ms Coffey was then arrested for the fourth time after her nephew told police he attempted to remove some of his belongings from the house and she threw a frying pan at him.  After being jailed on Friday, WMUR-TV reported that a judge has since recommended that she use headphones, to avoid further punishment for indulging in extremely loud rock tracks.

Its seems Ms Coffey is not alone in her appreciation of cranking the volume up on her favourite tunes, as the London 2012 organising committee had to defend playing loud music in the main stadium during the Olympics.

Complaints were made over pumping dance music soundtracks detracting from the action, however a spokeswoman claims that organisers are confident they got the levels 'about right'. - Metro UK 


Rabu, 6 Julai 2011

Cubaan banduan separuh bogel cuba melarikan diri dalam beg teman wanita gagal

Menurut sumber Metro.co, Seorang banduan separuh bogel yang cuba melarikan diri dengan memasukkan dirinya ke dalam sebuah beg berjaya dikesan oleh pengawal penjara di Chetumal, Mexico. Juan Ramirez Tijerina telah ditangkap oleh pengawal selepas mengesyaki beg besar berwarna hitam yang dibawa oleh teman wanitanya, Maria del Mar Arjona, ketika sesi melawat banduan berlangsung. 
Banduan separuh bogel berjaya dikesan dalam beg. (Sumber: Metro.co)
Jurucakap polis berkata wanita yang kelihatan gugup itu menyebabkan pengawal merasa curiga lalu memutuskan untuk memeriksa beg yang sedang dibawanya. Pengawal mereasa sangat terkejut apabila melihat seorang banduan separuh bogel berada di dalam beg tersebut sejurus sahaja ianya dibuka.

P/s: kan dah kantoi..

Jumaat, 24 Jun 2011

Penarik kereta dibelasah 5 lelaki

Berita ini dipetik dari laman web myMetro hari ini, KUALA LUMPUR: “Kami bukan saja kerugian hampir RM6,000, malah turut dibelasah sekumpulan lelaki tidak dikenali dipercayai rakan pemandu kereta yang hendak ditarik berikutan kegagalan pemiliknya membayar ansuran bulanan kereta selama empat bulan,” kata ejen penarik kereta, K Sathyaseelan, 22.

Menurutnya, kejadian berlaku kelmarin di Jalan 11, Selayang Baru, di sini, apabila dia bersama rakannya yang juga ejen penarik kereta, K Prabu diserang sekumpulan lelaki selepas menarik kereta terbabit.

“Kami tiba di situ kira-kira jam 4 petang dan memperkenalkan diri penarik kereta serta menunjukkan kad kuasa termasuk surat arahan penarikan yang dikeluarkan bank kepada lelaki terbabit.

“Namun, selepas menyemak kad pengenalannya, pemandu itu bukan pemilik seperti yang tertera dalam dokumen kenderaan itu dan kami meminta lelaki terbabit menyerahkan kunci sebelum menunda kereta itu,” katanya.

Bagaimanapun, tidak sampai tiga kilometer, trak penunda yang mangsa naiki ditahan lelaki terbabit yang turut membawa empat rakannya dengan sebuah kereta.

“Seorang daripada lelaki terbabit memecahkan cermin depan trak dengan besi panjang manakala empat lelaki lain membelasah kami bertubi-tubi selain merampas kunci trak.

“Dalam keadaan kelam-kabut itu, saya kehilangan cincin emas bernilai lebih RM1,000 dipercayai ditarik seorang daripada lelaki terbabit ketika pergelutan itu sebelum melarikan trak bersama kenderaan yang ditarik itu,” katanya.
(Sekadar gambar hiasan dari Google)
p/s: Dah la tak bayar hutang, pukul orang lagi..ini lah cabaran yang dihadapi oleh penarik kereta.

Ahad, 8 Mei 2011

Kejam! Selamba saja buang bayi dalam tong sampah

Ya Tuhan..main selamba sahaja remaja ini buang bayinya kat dalam tong sampah. Binatang pun tak buat macam tu. Berita ini gua petik dari New Sabah Times. Memang memalukan betul!

KENINGAU: Penduduk Pekan Daerah Kecil Sook digemparkan dengan penemuan mayat bayi lelaki yang dibuang dalam tong sampah kira-kira jam 1.00 petang pada Rabu. Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Suprintendan Polis (DSP) Zahari Mohamed berkata, penemuan mayat bayi itu adalah kes yang pertama sejak beliau bertugas di daerah ini pada tahun 2006.

Katanya, pengadu yang merupakan seorang peniaga kedai perabot dan elektrik di Pekan Sook membuat laporan polis kira-kira jam 5.05 petang pada hari yang sama selepas menemui mayat yang dibungkus dalam beg plastik hitam.

“Pada mulanya pengadu dimaklumkan oleh rakannya bahawa ada ternampak seorang perempuan berumur dalam lingkungan 20 tahun membuang sesuatu di tong sampah berdekatan. Rakan pengadu memberitahu, dia merasa curiga dan telah mengambil beg plastik yang dibuang oleh suspek dan menunjukkan kepada pengadu.
Sekadar gambar hiasan. 
Zahari berkata, pengadu dan rakannya telah membuka beg plastik berkenaan dan mendapati satu mayat bayi lelaki dalam keadaan bogel kemudian memaklumkan kejadian itu kepada anggota polis yang membuat rondaan di kawasan berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek telah mengandung lebih kurang lima bulan dan telah melahirkan anaknya dalam sebuah tandas kira-kira 10 meter dari tempat kerjanya.

“Suspek kemudian telah membuang anaknya (bayi) di tong sampah berdekatan tempat kerjanya iaitu kedai pengadu,” jelas Zahari.

Ketua Polis Daerah itu memberitahu, punca kematian bayi masih dalam siasatan dan suspek telah di rujuk ke Hospital Keningau dan dimasukkan dalam wad bersalin serta ditahan reman untuk siasatan lanjut. Sementara itu, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Queen Kota Kinabalu untuk bedah siasat.

Sehubungan dengan kes pembuangan bayi itu, Zahari menasihatkan ibu bapa supaya menasihati anak-anak berlandaskan agama masing-masing bagi membendung gejala sosial seumpama ini. Katanya, kes pembuangan bayi bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi bertentangan dengan ajaran agama.

“Pemimpin-pemimpin masyarakat juga perlu memainkan peranan memberi kesedaran kepada golongan muda di kawasan masing-masing berlandas ajaran agama yang dianuti,” katanya.

Dalam masa yang sama Zahari turut berterima kasih kepada keprihatinan pemberi maklumat berhubung kejadian itu sehingga membuat laporan kepada polis.

Jumaat, 22 April 2011

Maut selepas rakam jiran melakukan hubungan sex

Ini lah padah yang diterima oleh seorang lelaki yang merakam aksi jirannya yang sedang melakukan hubungan seks. Siapa tak marah kalau privasi diganggu dan diaibkan. Bila kena pada orang yang memang susah untuk mengawal emosi diri, maka hal seperti ini lah yang berlaku:-
(Sumber: New Sabah Times)
Elok sangat la tindakan si suspek itu dengan menyerah diri secara sukarela. Tak baik menyusahkan orang!


Trend Menarik Sekarang:- Take the Nestle Wellness Profiler Test today The Berry is back! Find your NOW Read More Stories

Khamis, 21 April 2011

Cara merompak bank

Whoa..bahaya sekarang ni..Eh eh, korang jangan salah faham ya, saya bukan nak buat entri pasal cara-cara nak rompak bank seperti yang tertera pada tajuk. Begini ceritanya, tadi semasa gua godek-godek statistik blog kat Nuffnang, tertengok lak search keyword ni, "cara merompak bank"..oppss!! sampai gitu skali..ni mesti nak buat projek besar. Nak rompak bank mana tu?

Jumaat, 15 April 2011

Sempat order McDonald walaupun sedang dikejar polis

Nak cakap dah nyanyuk pun tak juga. Pelik betul perangai wanita tua ni. Roberta Spen, 64, telah ditahan polis kerana memecut dan tidak mematuhi arahan polis untuk berhenti. Dikatakan bahawa hanya satu tempat yang akan buat dia berhenti iaitu restoran McDonald. 
Roberta Spen
Menurut polis dalam laman Sun Sentinel, mereka cuba untuk menahan Spen apabila mendapati lampu brek keretanya tidak berfungsi. Polis-polis ini memberi signal kepada Spen untuk berhenti dan keluar tetapi si Spen ini dengan rileksnya memandu kereta terus ke dalam laluan 'drive thru' McDonald untuk order menu pulak. Ingatkan dia nak berhenti tapi sejurus saja membayar ordernya, dia terus memecut laju. 

Bila polis buat teknik box untuk menahan kereta Spen, dia berjaya lari dengan mengundurkan kereta. Apa lagi, polis pun buat la cara kasar dengan merempuh kereta si Spen ini. Lepas tu, boleh lagi si Spen buat hal tak nak serah kan lesen dan pendaftaran. Akhir sekali si Spen pun cakap la " I was not speeding"..haih..dah terang-terangan buat kesalahan masih nak cover.


Trend Menarik Sekarang:- Take the Nestle Wellness Profiler Test today

Isnin, 11 April 2011

Wanita tua berumur 70 tahun merompak bank

Pelik tapi benar. Wanita warga emas ini telah ditangkap dan dipenjara selama 15 tahun kerana merompak bank. Menurut laman web The Frisky, wanita ini bertindak sedemikian kerana diugut oleh pemilik tanah tempat tinggalnya. Video berikut merupakan temuramah khas dengan wanita ini.

 Klik link 70-Year-Old Grandma Laughs About Robbing Bank ini untuk menonton video

Trend Menarik Sekarang:- Take the Nestle Wellness Profiler Test today

Jumaat, 8 April 2011

Pelajar sekolah agama dibelasah 20 pelajar

Sungguh keterlaluan sikap para pelajar sekarang. Bukan semua tapi sebilangan kecil sahaja. Belum cukup tumbuk muka guru, sepak guru, calar kereta guru, kini nak menceroboh sekolah lain pula untuk membelasah pelajar seperti yang dilaporkan oleh myMetro ini.

KUALA TERENGGANU: Biadab apabila sekumpulan 20 pelajar dari sekolah di Marang bertindak seperti mafia kerana sanggup menempuh perjalanan sejauh dua kilometer untuk menceroboh sekolah agama lainsemata-mata bagi membelasah pelajar sekolah berkenaan, pagi semalam.

Mangsa, Wan Nur Azri Wan Mohammad, 17, dari Kampung Bukit Surau Haji Daud, Marang, cedera di muka, dahi dan belakang badan akibat dibelasah kumpulan pelajar terbabit.

Ibu mangsa, Zalina Mamat, 45, yang ditemui di pekarangan Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, kecewa dengan tindakan ganas kumpulan pelajar itu.

“Saya menerima panggilan telefon daripada anak meminta saya dan suami datang ke sekolah segera sebelum talian putus kira-kira jam 11.15 pagi tadi (semalam).

“Saya menghubungi semula nombor berkenaan dan rakannya menjawab panggilan itu memberitahu anak saya dipukul sekumpulan pelajar,” katanya.

Tanpa berlengah dia yang bekerja di sebuah jabatan kerajaan bergegas ke sekolah berkenaan dan setibanya di sekolah, rakan anaknya memberitahu guru sudah membawa anaknya ke HSNZ untuk rawatan.

Menurutnya, menerusi perbualan dengan rakan anaknya yang menyaksikan kejadian itu, seorang daripada kumpulan pelajar yang menceroboh masuk itu datang ke kelas dan memanggil anaknya sebelum berjabat tangan tetapi kemudian mengheretnya keluar dari kelas.

“Melihat keadaan agak pelik kerana kumpulan pelajar terbabit menarik anak saya, rakannya yang lain turut mengikut ke mana dia dibawa mereka.

“Selepas melihat anak saya dibelasah, rakannya memaklumkan kepada guru dan tindakan pantas mereka mengelak keadaan menjadi lebih buruk,” katanya.

Bapa mangsa, Wan Mohammad Wan Yusof, 47, berkata dia tidak tahu punca yang menyebabkan anak kedua daripada empat beradik yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini dibelasah kumpulan pelajar berkenaan.

Menurutnya, laporan polis sudah dibuat kira-kira jam 1 petang semalam di Balai Polis Bukit Payong Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan masih menjalankan siasatan.

Menurutnya, berikutan kecederaan dialami mangsa, polis menunggu masa sesuai untuk mengambil keterangannya.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Razali Daud, ketika dihubungi berkata pihak sekolah sudah membuat laporan polis mengenai kejadian membabitkan pelajar tingkatan lima sebuah sekolah agama di Marang itu.

Menurutnya, pihaknya memandang serius kejadian pelajar menceroboh sekolah lain dan memukul pelajar di sekolah berkenaan.

“Tindakan lanjut akan diambil selepas siasatan kejadian itu selesai,” katanya.


Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone

Rabu, 6 April 2011

Kelab Pencegahan Jenayah akan diperkenalkan di peringkat sekolah

Semakin hari semakin banyak kelab yang diperkanalkan di peringkat sekolah ini. Terbaru yang bakal dilancarkan ialah Kelab Pencegahan Jenayah. Memang patut dan memang perlu disegerakan pelan ini kerana statistik jenayah yang melibatkan pelar-pelajar sekolah sekarang sememangnya semakin membimbangkan. Harapannya agara kelab ini menyediakan satu garis panduan program yang mencukupi untuk memberi pendedahan awal kepada setiap ahli untuk lebih memahami apa itu jenayah dan bagaimana untuk mencegahnya. Berita yang dipetik dari The Malay Mail mempunyai penjelasan yang lebih detail.

KUALA LUMPUR: The formation of crime prevention clubs in schools is among efforts to reduce disciplinary misconduct among students and to encourage teenagers to be more alert on crime prevention.

Malaysian Crime Prevention Foundation (MCPF) vice-chairman Tan Sri Lee Lam Thye said this was also important to shape their understanding of law enforcement in the context of creating a peaceful and harmonious society.

"As parents and members of the public, we must realise that the lives of teenagers do not lack challenges from modernisation and development.

"Therefore, these crime prevention clubs are seen as important in guiding and helping teenagers face such challenges," he told reporters after launching a seminar organised by the Kuala Lumpur MCPF on "The Role of Crime Prevention Clubs in Fighting Crime in Schools", here.

Based on statistics from Bukit Aman, the number of students involved in crime last year was 1,610 or 0.9 per cent, from the crime index registered nationwide.

He said among the crime involving students were seven cases of murder, rape (250 cases), causing injury (146), theft (346) and motorcycle theft (499).

"A total of 2,844 students were detained for various offences, of whom 1,646 were aged 16 to 18, and 1,089 aged 13 to 15," he said.

Kuala Lumpur deputy police chief Datuk Amar Singh said the creation of such clubs in schools was timely and apt.

"We need serious attention from various quarters, especially parents and educators, so that students do not get involved in such activities," he added.

Isnin, 4 April 2011

Warga Emas berusia 79 tahun dikelar leher

Kejam memang kejam. Angkara siapa? masih belum diketahui. Namun apa yang pasti Tuhan melihat segala perbuatan kejam tersebut dan semestinya mereka yang telibat tidak akan dapat lari daripada penghakiman dunia dan akhirat. Berita ini dipetik dari myMetro hari ini.
Unit forensik sedang memeriksa mayat. (Pic from myMetro)
SENTUL: Seorang nenek berusia 79 tahun ditemui mati dibunuh dengan lehernya dikelar di depan lif 20 meter daripada rumahnya di tingkat lapan Blok 41, Flat Sri Perak, dekat Bandar Baru Sentul, di sini, semalam.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai P Veeramah ditemui jiran kira-kira jam 7.30 malam dalam keadaan terbaring dengan kecederaan parah di leher. Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata mangsa yang sudah tidak bekerja menetap di situ bersama keluarga anaknya.

“Siasatan awal mendapati kejadian mungkin bermotifkan samun sebelum mangsa dibunuh berikutan anting-anting dipakai mangsa hilang, namun siasatan lanjut masih dilakukan,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.


Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone

Rabu, 30 Mac 2011

Guru didakwa pukul lebih 20 pelajar kerana marah keretanya dicalar

Menurut New Sabah Times, akibat marah kerana keretanya dicalar, seorang guru bertindak memukul seramai lebih daripada 20 pelajar asrama lelaki di salah sebuah sekolah menengah di kawasan Beluran baru-baru ini.

Difahamkan insiden itu berlaku pada pagi Khamis lepas, semasa pelajar tingkatan 1 hingga 3 (sesi petang) sedang belajar dalam bilik belajar asrama. Salah seorang warden di asrama berkenaan masuk dan memanggil semua pelajar untuk disoal siasat. Namun tidak ada seorang pun yang mengaku mencalar kereta guru terbabit.

Guru itu kemudiannya didakwa bertindak ganas dengan memukul para pelajar menggunakan objek sehingga patah. Tidak cukup dengan itu guru itu turut dikatakan menumbuk para pelajar sehingga menyebabkan ada segelintir pelajar yang tercedera.

Seorang pengadu yang berumur 36 tahun mengakui kesal dengan tindakan guru terbabit kerana tindakan kurang profesional guru itu menyebabkan anaknya dan juga murid-murid lain trauma untuk balik ke asrama. Beliau berharap supaya kejadian yang berlaku dapat disiasat dan tindakan sewajarnya dikenakan terhadap guru terbabit.

“Apa salahnya hal itu disiasat dahulu sebelum sewenang-wenangnya menghukum para pelajar yang tidak bersalah. Malah guru ini juga sering dianggap ‘ganas’ oleh pelajar asrama berikutan tindakannya agak kasar ketika memberikan teguran,” dakwanya yang telah pun membuat laporan polis.

Tambahnya lagi, “Saya harap hal ini mendapat perhatian daripada pihak bertanggungjawab dan kenakan tindakan yang sepatutnya bagi memastikan hal ini tidak berulang lagi.” Pihak Polis Beluran ketika dihubungi mengakui sedia maklum akan hal tersebut namun mendakwa belum menerima sebarang aduan secara rasmi.

P/s: anak-anak murid sekarang kalau dijentik saja telinga oleh guru, kes polis la jadinya..bila prestasi sekolah menurun, guru juga yang disalahkan..

Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Hadiah-hadiah Percuma dari DiGi Install Opera Mini-FY dalam smartphone

Selasa, 29 Mac 2011

Perlu berhati-hati jika terima surat tuntutan cerai

Ini peringatan yang penting untuk kita semua ketahui. Menurut The Malaysian Insider, Seorang peniaga mendakwa menerima surat tuntutan cerai palsu daripada jurunikah Siam yang pernah menikahkan dia dengan isterinya pada tahun 2006.

Peniaga berusia 43 tahun itu yang enggan namanya dikenali menerima surat taklik berkenaan dalam tulisan jawi yang beralamat di The Islamic Comittee of Songkhla pada Disember tahun lalu. Tuntutan iu dibuat kerana dia dikatakan gagal menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

Katanya dia tidak kisah dengan surat tuntutan cerai itu kerana dia memang sedang menghadapi masalah rumah tangga dengan isterinya yang berasal dari Kedah itu. Tetapi apa yang dikesalkan ialah surat tersebut merupakan surat tuntutan cerai palsu yang turut menyenaraikan nama dua saksi iaitu seorang lelaki yang dikenalinya dan seorang wanita yang dia tidak kenali.

Peniaga berkenaan berkata dia telah merujuk surat tersebut kepada ibu pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla selepas dua hari menerimanya dan dimaklumkan bahawa surat itu dibuat oleh jurunikah yang telah pun dipecat oleh pihak berkenaan. Jurunikah itu juga dikatakan mendalangi sindiket yang menjual surat taklik palsu dengan harga RM300 bagi satu surat.

“Saya terpanggil untuk mendedahkan perkara ini kerana tidak mahu ada orang lain yang tertipu dengan kegiatan mereka ini,” kata peniaga yang berasal dari Arau itu. – Bernama

Isnin, 28 Mac 2011

Perompak menelefon 999 selepas terjatuh ke dalam perigi

Seorang suspek yang sipercayai terlibat dalam satu kes pecah rumah berjaya ditangkap polis selepas terperangkap ke dalam sebuah perigi selama 2 jam di Boothtown, West Yorkshire, England.

Suspek, 21, membuat panggilan kecemasan 999 sendiri selepas dia terjatuh ke dalam perigi selebar 5 kaki dan sedalam 30 kaki tersebut pada sekitar jam 5.20am hari ini. 

Menurut Inspektor David Whitehouse yang ditemubual oleh The Daily Mail, "lelaki yang terjatuh ke dalam perigi tersebut kelihatannya seperti salah seorang daripada perompak-perompak yang melarikan diri dari tempat kejadian pecah rumah"
Well I never: The well was located next to this graveyard on Claremount Road in Boothtown
Perigi tersebut terletak bersebelahan dengan perkuburan ini. (pic from Daily Mail)
Dikatakan juga bahawa perigi yang terletak berhampiran dengan sebuah kawasan perkuburan itu tidak terlindung dan tersembunyi daripada penglihatan suspek tersebut. 

Walaubagaimanapun, suspek hanya mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di hospital berdekatan sebelum dibawa ke balai untuk disoal siasat mengenai kejadian pecah rumah tersebut.


Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Hadiah-hadiah Percuma dari DiGi Install Opera Mini-FY dalam smartphone

Rabu, 23 Mac 2011

Datuk T mahu satu suruhanjaya dibentuk untuk menentukan ketulenan video seks

Tak habis-habis lagi pasal kes aib mengaib ni..berita dipetik dari The Malaysia Insider.

KUALA LUMPUR 22 Mac — Seorang lelaki yang mempertontonkan video seks kepada media semalam mendakwa ia membabitkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat hari ini meminta organisasi media dan pertubuhan bukan kerajaan NGO agar membentuk sebuah suruhanjaya bagi menentukan ketulenan rakaman tersebut. Dalam kenyataan media dikeluarkan petang ini, lelaki itu yang masih memperkenalkan dirinya “Datuk T” berkata oleh kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri tidak berminat untuk menerima salinan rakaman video maka pihaknya mahu media dan NGO menyiasat ketulenannya.
DSAI nafi lelaki dalam video seks itu. (pic by google)
Semalam dia meminta Anwar dan Dr Wan Azizah meletakkan jawatan jika mendapati benar rakaman tersebut. Bagaimanapun gesaan itu ditolak oleh pasangan tersebut petang semalam. “Sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis menafikan bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang dipertontonkan kepada pengamal-pengamal media pada hari Isnin semalam. saya menganggap bahawa beliau dan isterinya tidak berminat untuk menerima satu salinan daripada saya Isnin ini 28 Mac ” kata Datuk T dalam kenyataan dihantar menerusi e-mel. “Oleh itu saya meminta pihak media dan NGO dengan segera membentuk sebuah suruhanjaya awam untuk menyiasat ketulenan pita tersebut ” katanya lagi. Jutseru kata Datuk T suruhanjaya itu boleh mendapatkan khidmat pakar forensik dari mana-mana negara untuk menentukan kesahihan rakaman video seks berkenaan yang didakwa dirakamkan pada 21 Februari lalu di sebuah hotel di ibu negara “Saya akan menyerahkan rakaman asal kepada suruhanjaya itu ” katanya lagi.

Katanya, jam tangan jenama Omega yang ditemui di bilik di mana ahli politik tersebut mengadakan hubungan seks dengan pelacur asing juga akan diserahkan kepada suruhanjaya berkenaan. Dalam kenyataan itu Datuk T berkata suruhanjaya yang disyorkan agar dibentuk boleh menghantar jam tangan tersebut kepada pakar forensik untuk menentukan sama ada DNA ditemui sepadan dengan pemimpin tersebut. “Biar publik dan dunia menjadi hakim ” katanya lagi. Malah kata Datuk T dia tidak akan menyerahkan rakaman kepada polis atas alasan Anwar akan mengalih tumpuan sambil mendakwa pihak berkuasa itu bersongkol dengan kerajaan jika hasil siasatan tidak memihak kepadanya. “Oleh itu saya memutuskan untuk tidak menyerahkan rakaman kepada pihak berkuasa. 

Saya akan menyerahkan kepada suruhanjaya awam yang terdiri daripada media dan NGO ” katanya. Pagi tadi Anwar yang juga Ketua Pembangkang membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung rakaman video aksi seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara semalam.  Dalam laporan yang salinannya diedarkan kepada media itu Anwar menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video itu. “Ini adalah serangan mengaibkan melampau dan bermotif politik ke atas karektar serta reputasi saya dan keluarga saya ” kata Anwar dalam laporan polis itu. Laporan polis itu dibuat berikutan dakwaan satu kumpulan yang mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita yang dikatakan pelacur di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks lewat bulan lalu. 

Petang semalam Anwar menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah individu yang didakwa dalam rakaman video seks itu. Beliau menegaskan penyebaran video seks tersebut adalah satu strategi Barisan Nasional BN untuk menjatuhkan imejnya sebagai tokoh pemimpin negara. - The Malaysian Insider


Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Hadiah-hadiah Percuma dari DiGi Main Permainan ini dan menangai iPhone4i

Selasa, 22 Mac 2011

Bekas presiden Israel yang dipenjara kerana merogol

Tel Aviv, March 22 - Bekas Presiden Moshe Katsav dijatuhi hukuman hari ini untuk tujuh tahun penjara kerana rogol, kes yang membawa malu ke pejabat Israel yang tertinggi dan menghantar mesej syarikat kepada awam yang terpaku bahawa tidak ada yang di atas undang-undang. 
Katsav (gambar) telah menyangkal tuduhan dua kali memperkosa ketika dia menjadi menteri kabinet di akhir 1990-an, dan melakukan gangguan seksual terhadap dua perempuan lain yang bekerja untuknya selama 2000-2007 masa jawatannya sebagai presiden. 

Namun panel tiga hakim mengatakan pada Disember - seperti apa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu gambarkan sebagai "hari yang menyedihkan bagi Israel dan penduduk nya" bahawa pengakuannya itu penuh dengan penipuan.

"Ketika seorang wanita mengatakan tidak, ia bererti tidak ada," kata panel dalam keputusan. 

Katsav, 65, juga dinyatakan bersalah menghalang keadilan, kerana berusaha untuk berunding dengan satu pelapor tentang pengakuannya kepada polis. Netanyahu mengatakan pada saat keputusan bahawa "semua sama di sisi undang-undang". Perkosaan membawa hukuman penjara sekurang-kurangnya empat tahun dan maksimum 16 tahun di Israel. 

Walaupun skandal tersebut telah memaksa Katsav bersara awal kerana aib, ia memberi impak kecil terhadap fungsi kerajaan Israel, sebagai presiden yang seremonial. Keputusan itu disambut gembira oleh kumpulan-kumpulan wanita yang telah lama mengeluh akan sikap longgar untuk gangguan seksual di tempat kerja. - Reuters

(Sumber: The Malaysian Insider)


Trend Menarik Sekarang:-
Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi 
Hadiah-hadiah Percuma dari DiGi 
Main Permainan ini dan menangai iPhone4i

Khamis, 17 Mac 2011

Ahmad Dhani menerima bungkusan bom

(image from google)

JAKARTA 17 Mac - Pemuzik terkenal Indonesia, Ahmad Dhani merupakan individu keempat yang menerima kiriman bungkusan buku yang di dalamnya terkandung bom.

Dalam satu kejadian di rumahnya di Pondok Indah, Jakarta Selatan di sini hari ini, polis dengan bantuan pasukan pemusnah bom memusnahkan bom yang terkandung dalam buku berkenaan.

Kiriman bungkusan berkenaan diterima oleh Ahmad Dhani dua hari lalu, namun dia hanya berkesempatan membukanya pagi ini. - Utusan

(sumber: Utusan Malaysia Online)

p/s: lepas ni kena sentiasa berhati-hati bila terima bungkusan..lebih-lebih lagi semasa menyambut hari jadi..tak pasal2 dpt hadiah bom pula..apa lah nak jadi dgn dunia ni..

Selasa, 15 Mac 2011

Ditangkap kerana menggunakan wang palsu yang dicetak dengan printer

Busted!

Seorang warga Suwannee County  ditangkap  di  sebuah pusat bandar Gainesville pada  Khamis malam dengan lebih daripada $ 400 dalam wang palsuyang dipercayai dibuat dengan pencetak yang dibeli di Walmart, menurut Jabatan Polis Gainesville.

Brian Douglas Osborne, 30, dari O'Brien, didakwa dengan dua tuduhan menggunakan wang palsu, bersama-sama dengan satu hitungan masing-masing mempunyai wang palsu dengan maksud untuk menggunakannya, memiliki peranti untuk membuat wangpalsu, dan menolak penangkapan. Polis Gainesville kata Osborne cuba menggunakan wang $ 20 palsu di Stubby di 13 W.University Ave., tapi ketika petugas menolak untuk mengambil wang tunai, Osbornememinta maaf dan dibayar dengan mata wang AS yang sah.

Officer Rob Narayan katanya menemui beberapa  keping wang kertas $ 5, $ 10 dan bil $ 20 di saku kiri depan seluar Osborne yang tampaknya palsu ketika mereka diuji dengan pena pengesanan palsu.

(sumber: www.gainesville.com)

Rabu, 23 Februari 2011

Man shot dead for eating popcorn too loudly during Black Swan

Seorang lelaki ditembak mati di sebuah pawagam Latvia makan popcorn nya dengan terlalu bising semasa paparan Black Swan, menurut laporan. Polis mengatakan mereka telah menahan seorang lelaki 27 tahun yang dipercayai menembak ahli audiens 42 tahun yang kemudian meninggal karena cedera parah. Saksi berkata kepada agensi berita Latvia, Leta, kejadian itu disebabkan oleh seorang lelaki yang bengang dengan sikap si mati yang keterlaluan dalam memakan popcornnya.
Man shot dead for eating popcorn too loudly during Black Swan
Pelakon Natalie Portman dalam Black Swan. (Pic taken from www.telegraph.co.uk)

Keganasan sedemikian secara relatifnya jarang terjadi di Latvia, sebuah bangsa Kesatuan Eropah dengan populasi 2.2 juta. Penembakan itu terjadi pada Sabtu malam di pawagam multipleks pusat di ibukota Latvia, Riga, pada akhir filem thriller psikologi tentang seorang penari balet yang kehilangan petimbangan fikirannya lalu mengalah pada tekanan.

Read the full article: Telegraph

Patutlah..orang yang menembak tu pun mungkin dah tekanan sangat dengan si penggemar popcorn itu lalu menembaknya sahaja untuk melepaskan tekanan. Memang sah ada penyakit psikologi..