Boros Di Aralom: Sabahan News
Memaparkan catatan dengan label Sabahan News. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sabahan News. Papar semua catatan

Sabtu, 3 Mac 2012

giuk.net kena virus?


Ouch! giuk.net kena virus ka? atau lappy saya ini yang bengang..huhu..sebentar tadi - Sabtu, 3 Mac 2012, Jam 3.20 PM - saya kunun nak g acces laman web ini untuk cari update terbaru bloger-bloger Sabah. Kot kot ada yang menarik untuk dikongsi. Tapi bila nampak tanda WARNING: SOMETHING'S NOT RIGHT HERE tu, maka terpaksalah mengundurkan browser. Tak mahu ambil risiko kena virus..huhu..

giuk.net merupakan satu laman web yang menyediakan kemudahan feed pingler terutama kepada blog atau laman web dari Sabah. 



Nak Duit Extra Sambil Blogging ke? Sertai PTP ini
Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Sabtu, 23 Julai 2011

Ini baru betul bapa borek anak rintik

Istilah bappa borek anak rintik memang betul-betul ngam sama ni urang. Kalau bapa dah namanya taiko mencuri, mimang senang-senang saja dia mendidik anak di tu jadi pencuri juga. Adei..apa la mo jaidi sama diorang ni. Keluar ba sana New Sabah Times diurang punya cerita. Pandai-pandai mencuri kabel elektrik, akhirnya 'busted' juga. Kotoh! Nah, kamu baca la kes diorang.

KOTA KINABALU: Police have arrested a family of four for power cable theft. A 39-year-old man and his three teenage sons, aged between 15 and 18 were caught red-handed while stealing cables in Tuaran a few days ago. State CID Chief SAC Omar Mammah disclosed this to New Sabah Times in an interview at the state police contingent headquarters in Kepayan yesterday. He said with their arrest, police have solved 28 cable theft cases reported in Tuaran, Beaufort, Papar and several other areas in the west coast.

“We have also seized a 4WD vehicle from the suspects,” he said.

Omar said the man and his sons are being remanded to facilitate further investigation. We want to know who they have sold the stolen cables to.

“We will take action against the buyers ,” Omar said.

In April, a cable thief in his 30s was shot dead when he attempted to attack a policeman with a machete while his accomplice, 38, was injured in the right thigh. The incident happened at KM6 of the Ranau-Telupid Road and some 100 metres of stolen cables found near two Proton Wira cars were seized.

“We have now crippled two cable theft gangs and solved 39 cases,” Omar added.

Meanwhile, he urged the public to help police combat power cable theft. To a question, Omar said the state’s crime index as of yesterday has been reduced to 14.7 per cent with a solving rate of 43.54 per cent which surpassed the national target of 20 per cent.

Dengar-dengar, kalau mencuri kabel elektrik ni memang cepat kaya. Tapi buat apa jadi kaya kalau sumber kekayaan itu hasil daripada mencuri. Tidak berkat. Sekejap ja mo kaya tapi sekejap juga tu hidup mo hancur. Kata orang putih bilang, "serve your right" kan..atau yang paling femes kena panggil S.O.B..Lagi satu, kalau kena karan masa mencuri tu, nah! free free ja kena panggang hidup-hidup.

Jumaat, 22 Julai 2011

Hello! The disabled have sexual needs, too

Cukup tertarik dengan petikan akhbar ini mengenai naluri orang kurang upaya. Ianya membantu kita untuk membuka minda. Berita bahasa Inggeris ini dipetik dari akhbar online Daily Express

Kota Kinabalu: People with Intellectual and Developmental Disabilities (IDD) have the same sexual needs or feelings as normal individuals.
"It is also untrue to say that people with IDD have more sexual feelings or needs compared to normal people," said Associate Professor of Clinical Psychology, Dr Elizabeth Daniel from India.
The Consultant Clinical Psychologist dispelled the myths in a quiz at the Parents Workshop on Sexuality Among Individuals with Intellectual and Developmental Disabilities (IDD) at the ongoing International Conference on Intellectual & Developmental Disabilities 2011 which ends today (Wednesday).
The workshop at UMS was also attended by health professionals and social workers. Dr Elizabeth, who is currently with UMS School of Psychology and Social Work, also asked:
"Is it bad for persons with IDD to express their sexual feelings or needs?
Must we stop it? If those with IDD do indulge in sexual acts, must they be punished?" The answers are "No" because punishing them is not a solution.

The workshop also cleared three other misconceptions :
1. Persons with IDD have poor knowledge and understanding so it does not matter if they watch movies or videos with sexual content. (False)

2. Persons with IDD have poor knowledge and understanding so it does not matter if adults, dress or behave in sexually provocative ways and show sexually inappropriate behaviour in front of them. (False)

3. It is all right for parents of persons with IDD to take care of their physical needs and infantilise them, even when they are teenagers and can be trained to be independent. (False)

Dr Elizabeth, who has 22 years of teaching and clinical experience, advised parents of IDD children to be extremely careful how they behave.

Read More at Daily Express...panjang sangat..hee

Ahad, 8 Mei 2011

Kejam! Selamba saja buang bayi dalam tong sampah

Ya Tuhan..main selamba sahaja remaja ini buang bayinya kat dalam tong sampah. Binatang pun tak buat macam tu. Berita ini gua petik dari New Sabah Times. Memang memalukan betul!

KENINGAU: Penduduk Pekan Daerah Kecil Sook digemparkan dengan penemuan mayat bayi lelaki yang dibuang dalam tong sampah kira-kira jam 1.00 petang pada Rabu. Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Suprintendan Polis (DSP) Zahari Mohamed berkata, penemuan mayat bayi itu adalah kes yang pertama sejak beliau bertugas di daerah ini pada tahun 2006.

Katanya, pengadu yang merupakan seorang peniaga kedai perabot dan elektrik di Pekan Sook membuat laporan polis kira-kira jam 5.05 petang pada hari yang sama selepas menemui mayat yang dibungkus dalam beg plastik hitam.

“Pada mulanya pengadu dimaklumkan oleh rakannya bahawa ada ternampak seorang perempuan berumur dalam lingkungan 20 tahun membuang sesuatu di tong sampah berdekatan. Rakan pengadu memberitahu, dia merasa curiga dan telah mengambil beg plastik yang dibuang oleh suspek dan menunjukkan kepada pengadu.
Sekadar gambar hiasan. 
Zahari berkata, pengadu dan rakannya telah membuka beg plastik berkenaan dan mendapati satu mayat bayi lelaki dalam keadaan bogel kemudian memaklumkan kejadian itu kepada anggota polis yang membuat rondaan di kawasan berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek telah mengandung lebih kurang lima bulan dan telah melahirkan anaknya dalam sebuah tandas kira-kira 10 meter dari tempat kerjanya.

“Suspek kemudian telah membuang anaknya (bayi) di tong sampah berdekatan tempat kerjanya iaitu kedai pengadu,” jelas Zahari.

Ketua Polis Daerah itu memberitahu, punca kematian bayi masih dalam siasatan dan suspek telah di rujuk ke Hospital Keningau dan dimasukkan dalam wad bersalin serta ditahan reman untuk siasatan lanjut. Sementara itu, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Queen Kota Kinabalu untuk bedah siasat.

Sehubungan dengan kes pembuangan bayi itu, Zahari menasihatkan ibu bapa supaya menasihati anak-anak berlandaskan agama masing-masing bagi membendung gejala sosial seumpama ini. Katanya, kes pembuangan bayi bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi bertentangan dengan ajaran agama.

“Pemimpin-pemimpin masyarakat juga perlu memainkan peranan memberi kesedaran kepada golongan muda di kawasan masing-masing berlandas ajaran agama yang dianuti,” katanya.

Dalam masa yang sama Zahari turut berterima kasih kepada keprihatinan pemberi maklumat berhubung kejadian itu sehingga membuat laporan kepada polis.

Jumaat, 22 April 2011

Maut selepas rakam jiran melakukan hubungan sex

Ini lah padah yang diterima oleh seorang lelaki yang merakam aksi jirannya yang sedang melakukan hubungan seks. Siapa tak marah kalau privasi diganggu dan diaibkan. Bila kena pada orang yang memang susah untuk mengawal emosi diri, maka hal seperti ini lah yang berlaku:-
(Sumber: New Sabah Times)
Elok sangat la tindakan si suspek itu dengan menyerah diri secara sukarela. Tak baik menyusahkan orang!


Trend Menarik Sekarang:- Take the Nestle Wellness Profiler Test today The Berry is back! Find your NOW Read More Stories

Sabtu, 16 April 2011

Pekebun sayur bunuh diri

Nah!..satu lagi tindakan berani mati dengan meminum racun rumpai. Argh! hidup yang dihimpit masalah kewangan memang menyiksakan. Ada orang yang berani menghadapainya dengan tawakal dan usaha dan akal tetapi ada orang yang berani menghadapinya dengan mematikan diri. Mana satu yang lebih munasabah? Namun, segala pemikiran rasional seseorang itu akan hilang tatkala emosi dan tekanan menguasai diri. Maka kejadian seperti ini lah yang akan berlaku:-

Isnin, 4 April 2011

Tiga warden asrama belasah seorang pelajar

Lagi-lagi ada kes pukul pelajar ni. Memang pelajar-pelajar ini dah buat kesalahan pun. Namun demikian, adakah tindakan para warden tersebut berkesan untuk memberi pengajaran kepada anak-anak muda ini? Sendiri mau ingat la. Berita dipertik dari New Sabah Times hari ini.


BEAUFORT: Seorang Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Vokasional Beaufort, Haziq Haji Harun, 16, dari Kampung Pimping Membakut lebam di pipi kiri dan kanan berdekatan mata apabila dibelasah oleh tiga warden asrama.

Semua ini berpunca daripada kesalahan Haziq yang menemani seorang rakannya keluar dari asrama tanpa izin pada kira-kira jam 1.00 pagi untuk membeli rokok dan minuman keras di sebuah gerai di luar sekolah pada Ahad.

Menurut Haziq, kira-kira jam 1.00 pagi dia menemani rakan seasramanya membeli rokok dan minuman keras yang diminta oleh rakan seasrama dan keluar dari longkang tepi pagar sekolah itu.

“Apabila kembali ke sekolah, perbuatan mereka dikesan oleh warden dan ketika disoal siasat, saya dan rakannya memohon maaf kepada ketiga-tiga warden berkenaan akan tetapi biarpun berkali- kali meminta maaf, saya dan rakannya terus ditampar berkali-kali oleh ketiga-tiga warden yang juga guru di sekolah berkenaan,” katanya.

Pelajar ini memberitahu setelah ditampar dia dan rakannya hampir tersungkur kerana pening dan untuk mengelakkan mereka dari raba guru berkenaan menarik kolar belakang baju dan menampar lagi sehingga kedua-dua mereka tersungkur dan melutut di atas lantai .

“Pada masa itu pun kami masih memohon maaf atas kesalahan kami bagaimanapun guru-guru itu terus menuding jari mereka ke kepala saya dan rakan saya,” kata Haziq sambil menambah semasa kejadian itu ramai rakan seasrama yang menyaksikan.

“Saya sudah memberikan penjelasan kepada guru-guru berkenaan bahawa rokok dan minuman keras itu bukan milik saya tetapi rakan seasrama yang meminta saya menemaninya,” jelasanya.

Haziq berkata, dia sendiri tidak mempunyai wang untuk membeli rokok dan minuman keras (montok) malah dia sendiri pun tidak merokok dan jauh sekali meminum minuman keras malah banyak barang peribadinya seperti telefon bimbit hilang dan dipercayai dicuri di asrama.

“Saya tidak pernah melakukan kesalahan ini sebelum ini dan ini adalah merupakan kesalahan pertama,” kata Haziq.

Ibu kepada mangsa, Hajah Fatimah Hj Buntak, ketika ditemui berkata, bahawa beliau memahami akan kesalahan yang dilakukan oleh anaknya akan tetapi beliau amat kesal tindakan kasar warden berkenaan.

“Saya bukan mahu membela anak saya malah saya tahu anak saya bersalah tetapi mengapa tidak digunakan peraturan atau kesalahan itu diambil dengan tindakan disiplin sahaja dan tindakan beramaran,” katanya.

Beliau mendakwa tindakan memukul dan menampar oleh guru-guru itu membuatkan anaknya trauma dan bagaimana jika kecederaan yang dialami anaknya itu akan menjadi kecederaan kekal kerana anaknya ditampar di bahagian kepala begitu juga dengan nasib seorang rakan anaknya itu.

“Kami tak rela jika anak kami mengalami kecacatan otak kerana gegaran dipukul di bahagian kepala,” kata Fatimah.

Beliau berkata, pelajar-pelajar ini masih berada di bawah umur dan dalam usia yang masih muda dan mentah sudah tentunya mereka memerlukan bimbingan setelah melakukan kesalahan bukan bertindak agresif untuk mencederakan mereka.

“Semasa mereka dipukul pun anak saya dan rakannya tidak melawan sebaliknya berkali-kali meminta maaf tetapi mengapa tidak diterima permintaan maaf mereka dan mengapa mereka terus dipukul diherdik sehingga tersungkur dan melutut dilantai,” tegasnya.

Sehubungan dengan itu, kata Fatimah, beliau telah membuat laporan di Balai Polis Beaufort untuk tindakan selanjutnya dan telah membawa Haziq ke hospital untuk pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah, DSP Mustaffa Maarof Bin Mustaffa ketika dihubungi kelmarin mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh ibu bapa pelajar berkenaan.

“Buat masa ini ‘tiada komen’ kerana pihak polis akan menjalankan siasatan dan akan memanggil kedua dua belah pihak iaitu warden yang terbabit dan rakan Haziq yang didakwa turut dipukul oleh warden berkenaan,” katanya.


Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone