Boros Di Aralom: nuffnang
Memaparkan catatan dengan label nuffnang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nuffnang. Papar semua catatan

Isnin, 6 Januari 2014

Satu Nilai klik iklan termahal dari Nuffnang

Selamat pagi..dan selamat menghadapi Monday Blues..hohoho..hari yang paling aku suka ialah hari Isnin dan hari yang paling aku tak gemar ialah Ahad..ekekek...konon-konon untuk menyejukkan hati.

Jom cakap pasal Nuffnang. Benda ni memang dah jadi darah daging bagi kebanyakkan blogger di Malaysia dan dijadikan sebagai side income sambil berblogging. Disebabkan kewujudan platform pengiklanan macam Nuffnang, Innity, Advertlets, dan Adsense, ramai blogger yang jadi full time bloggger sebab income masyuk. Bikin jeles betul.

Oh ya, bercakap pasal Nuffnang, pernah tak korang dapat nilai klik semahal ini? atau lebih mahal dari ini? Rasanya gua baru first time dapat..hehehe...satu klik iklan Nuffnag bernilai RM1.00...alaa, tu jer? hello, sikit-sikit lama-lama jadi bukit tau..



Kalau tiap-hari begini, kan bagus..atau memang Nuffnang sengaja naikkan nilai klik hari tu sebagai hadiah tahun baru..hoho..sekarang semua benda dah naik harga, jadi alangkah moleknya kalau Nuffnang pun naik kan nilai klik. Biar seiring dan sejalan..setuju tak? korang pun tolong lah klik mana-mana iklan si nanang yang cantik-cantik tu yer..nanti "Ada ubi ada batas, lain kali boleh balas"..tadaa..

P/s: Antara blog yang aku suka terjah ialah senarai "Nuffnangers who recently viewed your blog" kat Nuffnang tu...kita tau yang mereka dah datang kat blog kita jadi kena lah kunjung mengunjung semula sambil buat amal..hohoho..


Pelajari Teknik Pantas Matematik Sambil Jana Pendapatan Sampingan

Sabtu, 7 Disember 2013

1001 Online Income! Fuyoo..pendapatan Nuffnang cecah 3 angka

Yaii...terima kasih banyak Nuffnang sebab bagi gua income masyuk ni...dah 3 angka wei..tengoklah!!


Hah!! RM0.00...memang betul-betul tiga angka..tiga angka KOSONG..hohoho..anyway, sebenarnya, gua baru cashout semalam...harap-harap awal Febuari nanti boleh lah sampai rumah cek Nuffnang tu..tak lah banyak sangat yang dapat di cashoutkan..yang pasti, tiga angka..memang jauh sekali jika dibandingkan dengan pendapatan otai...hehe...syukur lah kan, siapa juga nak bagi duit free..ni dah kira macam pasif income..kerja kita hanya update blog jer tiap hari..thanks Nuffnang and tenkiu very much kepada para pembaca yang sudi berkunjung dan baca walaupun tak komen...ni serangkap pantun untuk korang..

Susah senang bersama diredah
Bila hujan jangan salahkan cuaca
Iklan Nuffnang letak memang mudah
Komen atau tidak..tetap ku ucapkan Terima kasih kepada para pembaca


ekekek.... sekarang jom tengok Hulk yang sebenar..kecik saja rupanya dia..

Rabu, 19 Jun 2013

Buffered Earning Nuffnang berlambak tapi traffik blog sikit

Nah, satu lagi dilema yang dialami oleh kebanyakkan blogger khasnya di Malaysia. Dari dulu dah teringin sangat nak dapat Buffered Earning, bila dapat...gembira sakan sebentar..tapi bila check earning..adeiii..naik seposen je sehari sebab traffik tak banyak..sekitar 100UV je..huhu..kesian kan..macam blog gua ni la. 

Apa lagi kalau BE tu berlambak sampai 5 ke 6 bijik sekali. Whoa..siapa tak nak kan..kalau dapat BE ini memang senang hati kejap..pengunjung tidak klik iklan kita pun boleh buat duit jugak. Kira macam dibayar untuk setiap pengunjung blog gitu. Kalau iklan BE kena klik, lagi masyuk lah earning korang. Tapi jangan pula mintak orang lain tolong klik iklan. Nanti kena ban oleh si Nuffnang, padan muka. Nanti macam kisah si anjing dengan bayang-bayang.

Anyway, kalau gua la kan..berblog ini hanya lah sebagai hobi dan tempat untuk berkongsi serta meluah perasaan.  Pasal trafik..gua memang tidak kisah dah sekarang..dulu memang bergelora hati nak tingkat trafik sampai blogwalking berpuluh-puluh blog sehari..tapi tak salah juga kalau blogwalk banyak-banyak. Nanti boleh discover banyak blog lain yang mampu memberi inspirasi..jangan saja SPAM shoutbox tu..

Blog ini, gua dapat beberapa kerat BE ..tapi trafik tak lah setinggi mana. Agaknya, Nuffnang ini suka bagi BE kat blog yang bertrafik rendah dan sederhana je kan..patut lah ramai blogger bertrafik tinggi ini berhijrah ke platform lain..macam Innity tu...hehe..Innity lagi masyukkk tau..tapi kalau trafik tak smpai ribuan UV sehari..angan-angan mat jenin je la jadinya.. macam mana blogger wanita boleh menang RM10,000 dengan Kotex?

Apa pun keadaannya, gua pasti kebanyakkan blogger berblog kerana hobi dan minat dalam dunia penulisan. Kalau dulu masa kecil remaja, khasnya perempuan, memang suka buat diari..berblog pun macam tu la..cuma yang buat blogging ini lagi syok ialah bila kita boleh jana pendapatan pasif melaluinya..sikit-sikit lama lama jadi bukit...hehe..

Happy Blogging kepada teman-teman..

Selasa, 23 November 2010

Cara Mendapatkan Buffered Earning Terbaru?

Kenapa saya suka post pasal BE dari Nuffnang ini ya?? Ala..bukan aku sorang ja yang buat macam ni kan. Blogger lain pun slalu gak buat. Reason pertamanya adalah untuk menyokong penaja kita yang setia ini iaitu Nuffnang. Kedua, kalau kering idea, boleh guna ini sebagai posting untuk 'tarik trafik' kan kan kan. Kalau korang selidik, biasanya, orang yang post pasal 'Buffered Earning' atau 'Cash-out Nuffnang' akan dapat trafik yg tinggi. Huhu..bukan nak menunjuk pun. Lagi pula, bukannya banyak pun $$ yg terkumpul dalam BE tu..kalau sy, setakat satu dua ringgit pun dah syukur sangat sangat tau. Siapa juga yg nak beri duit free kat kita ni. Ok lah, berbalik pada rezeki BE terbaru ni pulak, kelmarin ada sy post pasal 'trafik rendah tapi dapat BE' kan kan kan, hari ni cek kat Nuffnang, dapat lagi 3 BE terbaru..rezeki..rezeki..rezeki..Thaks God..thanks to my visitors too..
Before

After

Lepas aku tengok ni, terfikir pulak dengan komen-komen berasas daripada pengomen-pengomen bernas dekat post terdahulu kat bawah ni. Kenapa ya trafik rendah tapi dapat BE jugak? Ini antara jawapan bernas mereka.


Apa pendapat korang pulak ya? Benar kah trafik rendah ini boleh menarik banyak BE dari Nuffnang?
Anyway, thankss again to Nuffnang ya.

Isnin, 22 November 2010

Trafik Rendah Tapi Dapat Buffered Earning?


Aku sedikit hairan la. Banyak yang kata, kalau nak BE dari Nuffnang, kena maintain kan trafik yang tinggi ke dalam blog. Memang ada kebenarannya pun tapi lain pulak yang berlaku dengan blog aku ni. Bukan nak menunjuk cuma nak clear kan persoalan dalam fikiran apa sebenarnya faktor utama untuk dapat kan BE ni? Sebenarnya blog aku ni tak lah tinggi sangat trafiknya. Sekitar 20 ke 50 je hit dlm sehari. Saya pun jarang juga update survey dalam Nuffnang tu. Apa yang saya selalu buat hanya tulis sekitar 3 post je sehari. Tu pun kira sikit kalau nak dibandingkan dgn korang kan. Satu lagi, saya dah start bloging ni sejak bulan September 2009. Masa tu cuma update blog setiap minggu satu kali je. Itu pun kalau ada idea bengang. Saya cuma start 'rajin' update blog sejak pertengahan bulan Oktober tahun ni. Baru je kan. lebih kurang baru sebulan la sy ni rajin berblog. Mulanya, sy berblog hanya untuk lepaskan geram, tension, stress, dan sebagainya. Sebab lecturer sy cakap, menulis juga boleh membantu mengurangkan benda2 tu semua. Sy sebenarnya masih mencari identiti sebenar tentang blog ni cuma masih belum jelas lagi. Benda tu biasa berlaku kepada blogger baru macam aku ni. Berbalik pada BE dari Nuffnang tu pulak, kenapa nak bagi BE pada blog yang bertrafik rendah? rezeki saya kan..hehe..hei..sy dah kira sangat bersyukur tau sebab dah diberikan BE cuma keliru sikit. Adakah BE diberikan atas faktor 'selalu update blog' atau atas sebab 'trafik yang tinggi'? Kalau ada siapa-siapa yang baik hati untuk beri pendapat, sila la beri pendapat bernas tentang ni ya. Sebelum tu, sy nak ucapakan berbanyak terima kasih sama Nuffnang sebab sanggup juga berikan BE kat blog ni dan tak lupa juga kepada korang semua yang sanggup melawat blog aku. Thanks.