Nah, satu lagi dilema yang dialami oleh kebanyakkan blogger khasnya di Malaysia. Dari dulu dah teringin sangat nak dapat Buffered Earning, bila dapat...gembira sakan sebentar..tapi bila check earning..adeiii..naik seposen je sehari sebab traffik tak banyak..sekitar 100UV je..huhu..kesian kan..macam blog gua ni la.
Apa lagi kalau BE tu berlambak sampai 5 ke 6 bijik sekali. Whoa..siapa tak nak kan..kalau dapat BE ini memang senang hati kejap..pengunjung tidak klik iklan kita pun boleh buat duit jugak. Kira macam dibayar untuk setiap pengunjung blog gitu. Kalau iklan BE kena klik, lagi masyuk lah earning korang. Tapi jangan pula mintak orang lain tolong klik iklan. Nanti kena ban oleh si Nuffnang, padan muka. Nanti macam kisah si anjing dengan bayang-bayang.
Anyway, kalau gua la kan..berblog ini hanya lah sebagai hobi dan tempat untuk berkongsi serta meluah perasaan. Pasal trafik..gua memang tidak kisah dah sekarang..dulu memang bergelora hati nak tingkat trafik sampai blogwalking berpuluh-puluh blog sehari..tapi tak salah juga kalau blogwalk banyak-banyak. Nanti boleh discover banyak blog lain yang mampu memberi inspirasi..jangan saja SPAM shoutbox tu..
Blog ini, gua dapat beberapa kerat BE ..tapi trafik tak lah setinggi mana. Agaknya, Nuffnang ini suka bagi BE kat blog yang bertrafik rendah dan sederhana je kan..patut lah ramai blogger bertrafik tinggi ini berhijrah ke platform lain..macam Innity tu...hehe..Innity lagi masyukkk tau..tapi kalau trafik tak smpai ribuan UV sehari..angan-angan mat jenin je la jadinya.. macam mana blogger wanita boleh menang RM10,000 dengan Kotex?
Apa pun keadaannya, gua pasti kebanyakkan blogger berblog kerana hobi dan minat dalam dunia penulisan. Kalau dulu masa kecil remaja, khasnya perempuan, memang suka buat diari..berblog pun macam tu la..cuma yang buat blogging ini lagi syok ialah bila kita boleh jana pendapatan pasif melaluinya..sikit-sikit lama lama jadi bukit...hehe..
Happy Blogging kepada teman-teman..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan