Boros Di Aralom: Disember 2010

Khamis, 30 Disember 2010

Thanks Just

Agak lama juga saya tak update blog ni..biasa lah kalau liputan 3G kurang. Speed pun macam siput. Tapi kali ni ada semangat sikit nak buat post yang teristimewa kepada sahabat blogger Just..hee..kemarin saya ada terima bungkusan, bapak saya baru je ambik dari pejabat pos, entahlah dah berapa kurun surat2 tu bersemadi..bukannya selalu kena ambil..hehe..ngam ngam kelmarin tamu bah di Tamparuli. Bungkusan dari siapa ya? ohhhh...bila dibuka, ada beg mini yang kiiutt di dalamnya..wahhhh..hadiah krismas ke ni?? pas tu, belek-belek lagi..jakun ba..indak pernah dapat beg dari pos..hehe..tengok-tengok ada kad dari si Just..oh, hadiah BO dari si Just rupanya..kesiokan saya..nasib baik indak sesat ko punya hadiah kan..hehe..membelek je kerja aku selama beberapa minit. Bila tengok kat envelop, rupanya ada pulak singnature si Just..indak nampak ba..dapat tu surat saya terus buka..hehe..anyway, thankss a lot ya Just..kiut betul ko punya beg and gapit..hehe..jadi treasure di bilik saya tu..thankss again..mmuaahh..

p/s: indak dpt upload gambar pulak..huhu..bikin kesiwa betul ni line..

Jumaat, 24 Disember 2010

Last Minutes Gifts

View Image
Damn!!..tomorrow will be the day..but..oh my God, i'm still confuse on what gifts should i buy? Not one but three...how how how? Some say that i should give the gift an attention, be practical, gift a nature gift - i just don't have any idea on this one-, or gifts of knowledge or information? can it be possible? they may appreciate it but can it make them happy??  ouch..confius confius..one more thing, food is always welcome, especially if it is something you know they like, but won't buy for themselves. Special cheeses or chocolates, caviar or champagne or even a gift certificate to a restaurant they may not be able to afford are great gifts. Should i try this?? NO WAY, they care for what they eat..well, you know healthy people..i just don't want to interfere with their diet food..huhu..haha..hehe..hoho..or maybe I just say a simple "Merry Christmas" wish...then i'm done..

Isnin, 20 Disember 2010

RM1000+ untuk 6 hari

Betul la!! aku tak main-main..ni bukan skim cepat kaya atau MLM atau perniagaan internet, tapi itu adalah hasil pendapatan seminggu untuk seorang penoreh getah!!Wah..harga getah dah mencecah RM7.60 per/kg untuk getah kepingan hari ni..harga di Sabah je la..kat Semenanjung lagi mahal..woohooooo..memang berita yang sangat menggembirakan kepada mereka yang bergelar pengusaha kebun getah atau lebih femes dipanggil dengan penoreh getah..tadi baru je jiran-jiran yang kaya getah jual hasil kebun getah mereka..yang sorang jual getah kentalan empat karung besar, tak lah besar sangat, sebesar karung simen tu je, tapi harga memang umphhh!!!..aku melopang mulut je la tengok..bapak aku jual getah kepingan 12 keping je..berat 140kg..tengok harga RM1000+..hasil untuk 6 hari je menoreh..fuh!! kayo sebentar..huhu..dulu, kena sindir dan diejek sebab pekerjaan ni memang jijik, kotor, busuk, dan macam-macam la..tapi sekarang, pegawai yang bergaji ribu-ribu pun sanggup berhenti kerja untuk pergi menoreh..senario ini memang berlaku di kawasan tempat tinggal saya..jika mereka hanya pegawai bawahan yang bergaji sekitar rm1-2 ribu je, mereka akan berhenti..itupun jika mereka mempunyai kebun getah sendiri la..pendapatan penoreh sekarang memang lumayan..TAPI..ada tapinya..korang fikir la sendiri...risiko berada di mana-mana sahaja..musim hujan pulak tu sekarang!! patut lah harga naik mendadak...

p/s: tadi ada lintah melekat kat kaki saya masa pergi kebun..huhu..jijik..

Jumaat, 17 Disember 2010

No Plastic bag kini untuk 3 hari

Kalau dulu, kempen 'No Plastic Day' hanya pada hari Isnin sahaja, kini kempen itu juga akan dilaksanakan pada hari Sabtu dan Selasa. Ia akan mula dilaksanakan pada awal bulan Januari tahun depan. Oleh itu, kalau nak pergi jalan-jalan shoping, kena sediakan bakul. Kalau tidak nanti kena bayar 20 sen untuk satu plastik. Semua benda kena beli sekarang, nak buang air kecil dan besar pun kena bayar 30 sen..aduh..pokai la macam ni.. 

Tapi, untuk menyokong kempen ini maka kenalah sentiasa bersedia dengan bakul sendiri. Kalau nak g shoping sakan, bagus bawa karung beras yang 50kg tu..lagi banyak benda yang boleh diisi.aku kalau karung macam tu hanya untuk bikin isi kantalan ja..haha..kantalan saya baru 1 karung..gobulan ba kan..hehe..anyway, let's support this campaign together..keep our country clean and clear and cool..

Selasa, 14 Disember 2010

Sir Richard Branson Jadi Pramugari Tony Fernandes

Ni mesti korang dah tahu kan..beberapa ketika dahulu, Sir Richard Branson dan Datuk Tony Fernandes ada buat satu pertaruhan mengenai pasukan Formula One yang manakah akan menamatkan pertandingan tahun ini dengan tempat yang lebih baik, adakah pasukan Sir Richard iaitu Virgin Racing atau pasukan Tony Fernandes iaitu Lotus F1? dan keputusan menunjukkan pasukan Lotus F1 memcapai kedudukan yang lebih baik berbanding pasukan SRB itu. Selepas kalah dalam pertaruhan ini, Sir Richard Branson yang terkenal dengan perangai peliknya perlu menjadi attenden di salah sebuah penerbangan Air Asia X milik Tony yang dijadualkan akan berlansung pada 21 February depan. Sir Richard Branson akan memakai pakaian attenden wanita dan perlu menghidangkan makanan dan minuman kepada para penumpang penerbangan dari London ke Kuala Lumpur itu kelak seperti apa yang telah dipertaruhkan. Ini bukanlah kali pertama beliau akan memakai pakaian wanita kerana pada tahun 1996, dia juga pernah memakai pakaian pengantin wanita sempena pelancaran produk-produk Virgin yang dinaunginya. 
Sir Richard Branson to serve as air stewardess after losing bet
Sir Richard Branson ketika berpakaian pengantin wanita
sumber: telegraph

Sabtu, 11 Disember 2010

Mainan Ilusi Sahaja

Cuba anda perhatikan gambar2 di bawah. Permainan ini sesuai untuk menguji tahap ilusi anda. Enjoy!!

Pencils
Berapakah jumlah pensel yang anda nampak pada gambar di atas?


Apakah 1st impression anda pada gambar di atas? adakah imej anak panah berwarna kuning menunjuk ke kiri atau imej anak panah biru menunjuk ke kanan? Tiada jawapan 'tepat' kerana impresi pertama setiap orang adalah berbeza apabila melihat gambar ini.


Cuba lihat gambar ini dari dekat. Apaka perkataan yang anda baca? Kemudian secara perlahan, undurkan diri anda beberapa kaki ke belakang. Kemudian ihat perkataan yang anda nampak. Adakah masih sama?

Seronok bermain ilusi? visit HERE



Jumaat, 10 Disember 2010

Buku Perpustakaan Dipulangkan Selapas 74 Tahun

A 95-year-old American woman has returned a library book 74 years after her husband borrowed it and faced a late return fine of $2,700 (£1,700).
Severson (kanan) dan pustakawan Laura Einstadter 

Fuh, lamanya buku tu dipinjam. Selepas 74 tahun, buku yang dipinjam oleh mendiang Howard pada tahun 1936 di pustakaan Amador County akhirnya telah dikembalikan oleh balunya pada 13 Oktober lalu, Hazel Severson yang berumur 95 tahun. Buku yang bertajuk Seaplane Solo yang mengisahkan tentang pelayaran solo Sir Francis Chischester pada tahun 1930 di Lautan Tasman ini telah dipinjam semasa Howard dan Severson baru sahaja berkhawin. Denda ke atas kelewatan tersebut boleh  mencecah sehingga $2,700. Namun demikian, Puan Severson tidak dikenakan denda dari pihak perpustakaan.

Huhu, jangan pula lepas ni korang pergi pinjam buku kat libry dan sengaja tak mahu pulangkannya. Tak pasal2 pulak nanti baru sebulan tak kembalikan, terus terima surat saman dari Lembaga Perpustakaan Malaysia.

Selasa, 7 Disember 2010

The Best Wipeout Ever

It's been a long time didn't have any chance to watch this AXN programme, Wipeout. Huhu..you know it right, that game show which have Big Ball, Wipeout Zone, Dizziness Spinning and so on. I love that Big Ball. Sooo cute la those contestants when they jump onto it, then 'burssssttss' into the water. Hahaha..just now i watched Wipeout alone at my sis home. Yea, alone..and laughing alone..sound a bit crazy but who cares.

In this wipeout episode, got two contestants that really impressing named Mikey and Ryan Newland. The others are good to see too but this two contestants can be likend as Goliath and David. Mikey the wrestler is Goliath, who got a very big mouth oh..don't like his attitude. You know Triple H or Hulk Hogan, you can imagine how Mikey act like. And for Ryan Newland, he is just a tiny young man but very cute like Tom Cruise. In fact, he is. Mikey and Ryan were competing each other in every single challenge. Mikey won the Wipeout Zone and win $1,000 and Ryan won the Dizziness Spinning while Mikey took 2nd. In the final chellenge, Mikey was soooooo confident that he could win it all but he did a lot of mistakes. Instead, the tiny Ryan skillfully beat Mikey time to won $20,000 to be the Wipeout champion. Really resemble Goliath vs David. Best Wipeout episode ever for me. Don't know about you all la. Sorry, long time no post in broken english but who cares..hehe.

Contest Teka Gambar TAMAT

Wokey, kali ni nak buat entri khas Contest Teka Teki Gambar yang telah dijalankan pada julung-julung kalinya. Contest ini secara rasminya TAMAT pada jam8.00 pagi pada hari ini 7.12.2010 (Selasa). Mari review balik contest ni ya.
-Soalannya-
Apakah ia??
hint* - masa dah tamat!!

Berikut merupakan nama-nama dan jawapan yang telah diberikan mengikut urutan.
1.annie - (takder jawapan)
2. Azuin - jam 
3. Izzamir - loceng 
4. Annieming - alarm clock 
5. Wyne Ren - Ladies PVC 
6. Nana - belt  
7. relevan - kasut  
8. qilarazak - wisel   
9. nadiah - jam randik  
10. blogger - wisel  
11.SyUhAdA - wisel  
12. Pinung - jam randik   
13. Just - jam randik  
14. DeCrewz - jam jangka masa   
15. Ayie McValyth - tali jam tangan   
16. nur - tali pinggang  
17. sumandak kinabalu - jam tangan   
18. Cute Mum - digital clock  
19. diariakuiman - gelang tangan  
20. nurezzat - wisel  
21. emma emon - stopwatch  
22. NurSolehah - wisel 
23. Tok Esah - wisel  

Terima kasih kepada semua yang telah menyokong contest ini. Diharap terus menyokong contest yang seterusnya. Mesti korang nak tahu jawapan mana yang betul kan!! Sila lihat ke bawah ni..

-JAWAPAN-
~WISEL~
 Tahniah kepada pemenang. Walaupun ramai yang menjawab dengan tepat tetapi hanya seorang pemenang sahaja yang akan dipilih iaitu peserta yang menjawab dengan tepat dan terawal. 
Siapa pemenangnya??

Tahniah kepada 
qilarazak
anda merupakan pemenang contest ini dan memenangi hadiah 
TOPUP RM10
Sila berikan emel, no. tel, dan jenis topup pilihan anda (Maxis, Celcom, Hotlink, Digi) ke emel saya nancypoh88@yahoo.com. Sila beri respon dalam masa yang terdekat ya.

Anda berminat nak menang juga?? Sila pergi ke page Contest Teka Gambar. Ada contest baru di sana nanti. Sekian..happy blogging everyone.


Isnin, 6 Disember 2010

Makan Tinapung

Tinapung adalah sejenis kuih dalam kategori kuih tradisonal yang diperbuat daripada ubi kayu dan berintikan kelapa. Bagi masyarakat Kadazan Dusun, kuih ini dipanggil Tinapung tapi bagi masyarakat kaum lain ia mempunyai nama yang berbeza. 
Manurut orang ramai, terdapat satu rahsia yang membolehkan kuih Tinapung itu mempunyai rasa yang sedap iaitu dari cara pembuatannya. Inti kuih ini perlu ditutup dengan ubi kayu secara keseluruhannya tanpa ada lelehan atau bocoran. Saya sendiri juga menyukai tinapung yang intinya ditutup rapat2..memang sedap. 
Selain daripada menggunakan ubi kayu, tinapung juga boleh diperbuat daripada tepung dan pisang lecek. Tapi, saya lebih berselera jika dihidangkan dengan Tinapung yang diperbuat daripada ubi kayu. Terutama ubi kayu yang berwarna kuning. Fuh!! siap tunggu depan belanga lagi tau.



Ahad, 5 Disember 2010

Teramat Rasa Bersalah

Saya memang tak suka perasaan ini..perasan bersalah..disebabkan saya, anak buah saya mungkin tak kan dapat bantuan KWAPM tahun depan..KWAMP ke ape benda tu...arhghh!! mungkin saya terlalu jujur semasa BANCI penduduk lalu? entah lah. Ini semua pasal 'tersalah' beri maklumat mengenai jumlah pendapatan bulanan keluarga. Ayoo..kesian lah anak buah saya. Tahun depan dah nak masuk darjah empat. Nanti melopang je la mulut dia nengok kengkawan lain semuanya dapat KWAPM ni. Saya rasa sangat bersalah. Dulu pembanci datang, saya yang dok layan jawab smua soalan. Saya jawab la ikut apa yang saya tahu kan. Adoiii..bila sampai bab pendapatan bulanan..terjawab pula jumlah yang 'tak sepatutnya'..tak sangka pulak jumlah tu dah melebihi jumlah maxsimum untuk layak mendapat KWAPM..bukannya banyak pun jumlah yg saya letak..tak sampai pun 1k..ini lah sebenarnya budaya mesyarakat kita yang seringkali mahu mengharapkan bantuan dari kerajaan saja. Siapa tak mahu bantuan? saya pun mahu..cuma masa Banci penduduk dulu tu agaknya saya terlalu jujur..rasanya sy 'jujur' pada masa dan keadaan yang salah..bukan saya yang cakap, tapi semua orang di sekeliling saya yang cakap saya salah..sampai lah saya rasa serba salah..macam mana ni..&*^%#$((@*&..bingung..

First Time Guna Cermin Mata

Peningnya...sekarang saya semakin memahami keadaan mereka yang menggunakan cermin mata setiap hari. Mulanya memang ada sedikiat kepayahan untuk menyesuaikan diri tapi kata orang, mula-mula pakai cermin mata memang lain sikit tapi lama-lama akan biasa. Kalau nak pakai contact lense pun lagi payah bagi saya. Kena banyak proses. Cucuk sana cini, cuci sana sini. Payah saya nampak. Tak pe la. Pakai cermin mata dulu barulah berjinak-jinak dengan contect lense. Apa yang penting, kena ikut nasihat pakar supaya kesihatan mata tetap terjaga walaupun sudah rabun. Nanti lagi teruk kalau dibiarkan saja. Anyway, happy Sunday to all bloggers.

Sabtu, 4 Disember 2010

Malaysia Seri Dengan Thailand 0 - 0

Pasukan bola sepak Malaysia sekadar seri dengan Thailand dalam saingan Piala Suzuki (AFF) sebentar tadi. Walaupun mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol namun pasukan negara tidak dapat menghasilkan penyudah yang baik. Pasukan Thailand yang berada di bawah bimbingan bekas pengurus di Liga Perdana Inggeris, Bryan Robson, pula lebih banyak menyerang namun cubaan demi cubaan yang dilakukan gagal disempurnakan. Dengan keputusan ini, Malaysia menghidupkan sedikit peluang mereka untuk layak ke pusingan kedua setelah tewas 1 - 5 kepada pasuakan tuan rumah, Indonesia. Anak-anak buah K. Rajagopal ini akan bertemu dengan pasukan Laos pula pada perlawanan seterusnya. Mereka perlu menang untuk mencerahkan peluang untuk beraksi ke pusingan kedua. Sekian.

Jumaat, 3 Disember 2010

"kingkin" - Alat Tradisional Menghancur Isi kelapa

Adakah anda pernah melihat alat tradisional ini? Sekarang memang sangat susah untuk mencari benda ni tetapi jika pergi ke kampung-kampung pedalaman, memang senang nak cari. Kat rumah aku pun ada. Alat ini dipanggil dengan nama femesnya "kingkin" oleh masyarakat orang Dusun di Sabah. Namun nama sebenar dan bentuk alat ini adalah berbeza mengikut suku kaum. Ia digunakan khas untuk menghancurkan isi kelapa. 


Begini lah cara masyarakat dahulu untuk membuat santan kelapa dan membuat inti kuih. Jika diperhatikan, alat ini memerlukan masa yang lama untuk menghancurkan kelapa. Mungkin mengambil masa sekitar 10 hingga 15 minit untuk sebiji kelapa. Kalau tidak berpengalaman dalam menggunakannya, ia boleh menyebabkan tangan teluka. Oleh itu kena berhati-hati. Namun kini, alat ini sudah pun dipinggirkan kerana mesin yang mempunyai fungsi sama dan lebih pantas serta lebih selamat telah pun dicipta. Jadi, tak perlu lah susah-susah untuk menghancurkan isi kelapa lagi. Walaubagaimanapun, saya akan tetap simpan alat ini sebagai kenangan dan koleksi peribadi untuk tatapan generasi akan datang.