Kecergasan dan makanan adalah kunci kepada cara hidup yang sihat. Diari makanan dan minuman merupakan satu idea baik untuk mencapai matlamat tersebut. Jurnal jenis ini berfungsi sebagai alat untuk membantu anda mengingat semua apa yang anda makan setiap hari, menjejaki kalori, vitamin, dan maklumat nutirisi. Diari makanan dan minuman biasanya digunakan dalam diet para atlit dan mereka yang berkecimpung dalam dunia fesyen. Ianya juga berguna kepada mereka yang ingin mencuba untuk meningkatkan kesihatan diri atau mengurangkan berat badan.
Berikut merupakan cara-cara bagaimana untuk membuat diari makanan dan minuman.
1. Gunakan satu lembar setiap hari. Bina template peribadi pada setiap lembaran dengan membahagikan muka surat kosong tersebut kepada empat lajur. Lajur pertama diberi tajuk "Masa". DI sini anda akan menuliskan masa bila anda makan dan minum.
2. Bina "Makanan dan Minuman" pada lajur kedua. Di sini anda perlu menulis apa yang anda makan bersama jumlahnya. Ukur dan rekodkan kuantiti sebenar makanan yang anda makan kemudian tuliskannnya. Contohnya, "4 cawan susu".
3. Bina "Kalori" pada lajur ketiga. Tuliskan jumlah kalori setiap item minuman dan makanan. Anda boleh rujuk jadual kalori di laman my-calorie-counter.com untuk mendapatkan jumlah kalori setiap makanan yang dimakan. Untuk makanan dalam bungkusan, sila rujuk maklumat nutrisi.
4. Kemudian bina lajur "Mood dan Fikiran". Tuliskan apa perasaan dan apa yang difikirkan oleh anda semasa makan dan selepas makan. Jika anda seronok, tertekan atau hyperaktif, tuliskan persaan sedemikian dengan lebih terperinci. Ia penting untuk mengetahui bagaimana reaksi anda terhadap makanan-makanan tertentu yang anda makan.
5. Tambahkan semua jumlah kalori pada setiap penghujung hari anda. Anda perlu menjejaki makanan yang anda makan dalam setiap minggu.
Diharapkan agar cara-cara bagaimana untuk membuat diari makanan dan minuman tersebut dapat memberi manfaat dalam kehidupan kita sekalian.
(Sumber: ehow.com)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan