[KESIHATAN] Di mana nak cari diari makanan online? | Boros Di Aralom

Rabu, 30 November 2011

[KESIHATAN] Di mana nak cari diari makanan online?

Diari pemakanan boleh menjadi satu aset penting kepada seseorang yang mahu mengrangkan atau mengekalkan berat badan, atau hanya sekadar untuk mengetahui adakah mereka mengambil makanan yang sihat dalam kehidupan mereka. Kajian mendapati bahawa individu yang menjejaki pengambilan makanan mereka lebih banyak menurunkan berat badan.

Sekiranya anda memerlukan bantuan bagaimana membuat diari pemakanan yang betul secara online, laman-laman web di bawah boleh membantu.

1. TheDailyPlate
Laman web ini membantu seseorang untuk mengambil makanan dengan pintar. Mempunyai pengira kalori dan perancang hidangan serta mengandungi rancangan-rancangan menurunkan berat badan (weight loss plans). Boleh diakses secara percuma.

2. NutriDiary
Mempunyai diari pemakanan yang boleh digunakan secara percuma. Pengunjung juga boleh mengemukakan soalan kepada pakar. Log hidangan, lihat laporan perkembangan dan periksa jisim badan.

3. MyFoodDiary
Diary pemakanan secara online ini boleh digunakan secara percuma selama seminggu. Selepas itu, pelanggan boleh membuat keputusan sama ada mahu atau tidak untuk meneruskan langganan bernilai $9 sebulan. Laman ini menawarkan log makanan dan senaman serta ciri-ciri mudah alih yang lain.

4. MyNetDiary
Diari pemakanan ini menggabungkan ciri-ciri dalam talian dan sosial. Dengan kos sekitar $9 sebulan, pelanggan boleh memperoleh laporan yang boleh dicetak, aplikasi iPhone percuma, dan banyak lagi. Dan sudah tentu terdapat kemudahan untuk menjejaki jumlah kalori, lemak, dan informasi nutrisi yang lain.

5. FitDay
FitDay menawarkan keahlian percuma dan premium. Anda boleh mengaksesnya secara percuma namun sekiranya anda ingikan asas-asasnya, silalah upgrade. Laman ini menawarkan faedah-faedah seperti penetapan matlamat, pengiraan kalori, dan keupayaan untuk mempelajari lebih banyak mengenai nutrisi.

Demikianlah antara laman-laman web terbaik yang boleh digunakan untuk mencari diari makanan secara online. Enjoy!

(Sumber: eHow)

Tiada ulasan: