What!! dalam banyak-banyak kursus, kursus kraftangan juga yang engko pergi! huhu..anyway, memang dari dulu pun saya nak sangat belajar buat kraftangan terutamanya kraftangan rotan. Kenapa? sebab saya tertarik dengan keunikan seni krafnya...ceewah!
Kursus tiga hari ni telah dianjurkan oleh pihak Yayasan Sabah kat kampung saya pada 14 - 16 November lalu. Tak ramai yang dapat ikut sebab kuota 15 orang je. Nasib baik ada orang tolong daftarkan saya awal-awal. Rasa bertuah sebab dalam usia muda ini dapat mempelajari teknik-teknik asas membuat kraftangan.
Antara hasil-hasil kraftangan para peserta. |
Ini lah talam rotan pertamaku..a bit ugly but it's okay for the first timer..masih banyak yang perlu ditingkatkan. |
Peserta sedang menunjukkan hasil kraftangan mereka dengan bangga!! heeee |
Kalau diikutkan memang saya lah peserta paling 'tidak pandai buat talam rotan'..selalu saja menjadi orang terakhir yang menyiapkan kerja kraf. Tapi apa pun itu adalah perkara biasa bagi orang yang baru pertama kali mencuba sesuatu yang baru. Nasib baik lah banyak 'orang lama' yang turut mengikuti kursus itu..so, banyaklah sumber panduan tuntuk ajar yang boleh diperoleh selain daripada tunjuk ajar yang diberikan oleh guru yang mengajar..Sebenarnya membuat talam rotan ini tak lah susah sangat. Bila dah tahu asas membuatnya maka senanglah 'modify' bentuk-bentuk talam rotan yang lain. .
Oh ya, sekarang ni pihak Yayasan Sabah sedang bergiat aktif dalam memberikan kursus-kursus kraftangan di seluruh negeri. So. kepada kamu-kamu yang berminat mempelajari teknik asas membuat talam rotan ni maka cepat-cepat la booking nama jika ada pihak yang menganjurkan kursus di tempat berhampiran anda. Bila dah pandai buat hasil kraftangan rotan ni, bukan saja boleh dijadikan sebagai 'side income' malah turut mengekalkan warisan kraftangan yang menjadi tradisi turun temurun..
Read my sikarap blog at http://www.nancypoh.com
2 ulasan:
bukan soal baik tidak tapi mahu ker tak ndak
nanti bole di perbaiki dengan experience
practice make perfect
Jeragang* Yup..memang betul..practice make perfect
Catat Ulasan