Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) mendesak supaya 4 mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Cawangan Labuan (UMSKAL) dibebsakan dari tahanan polis. Akbar Keadilan Daily menulis bahawa keempat-empat mahasiswa tersebut ditahan Polis kerana mengadakan Speaker Corner dan mengedarkan risalah berbentuk kesedaran politik kepada masyarakat sekitar Labuan. Speaker Corner tersebut diadakan sempena pelancaran Gerakan Mahasiswa Pru 13 (GM13) peringkat Labuan.
Nama-nama mahasiswa yang ditahan ialah Al Mughni Shah Jabran: 900105-14-5577 (Pengerusi ProMahasiswa UMSKAL), Mohd Azilah bin Muhamad (911226-11-5343), Ibnihar Amat (890722-12-6009), Fatima Atila Ali (910103-12-5424) dan Sakinah Yusuf (910521-12-6104).
Menurut SUARAM tindakan Polis tersebut tidak menghormati hak kebebasan berhimpun dan hak bersuara di kalangan rakyat seperti yang termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.
Laporan penuh boleh baca di akbar Keadilan Daily.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan