Keadaan jerebu di negara ini nampaknya masih lagi dalam keadaan yang kurang menyenangkan. Kalau kat tempat saya, keadaan jerebu tak lah seteruk kat Johor dan Singapore tu tapi walaubagaimana pun keadaannya, kena tetap berwaspada. Minum air banyak-banyak dan kurangkan aktiviti luar. Sekarang ni pun tekak dan mata saya sering sakit. Eeeeh..jerebu punya pasal.
Keadaan semasa jerebu petang tadi |
Sebentar tadi hujan rintik-rintik dah mula turun. Hati rasa sedikit senang dengan harapan esok cuaca akan lebih baik dengan berkurangnya jerebu ini.
Nampaknya awan tiruan yang diusahakan oleh Indonesia sudah menampakkan hasil kat Sabah ini. Hujan tiruan atau hujan semulajadi, saya tak kisah. Yang penting hujan dah mula turun. Kat tampat lain macam mana pulak ya?? Hujan ada turun tak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan