Tak sangka Syura juara MasterChef Selebriti 2 | Boros Di Aralom

Rabu, 26 Jun 2013

Tak sangka Syura juara MasterChef Selebriti 2

Memang saya tak sangka Syura menang cabaran MasterChef musim 2 ini. Ingatkan Celina Khor yang jadi juara, rupanya bukan. Itu lah yang dikatakan dengan 'tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia kita tak tahu'.
Syura juara MasterChef Selebriti 2
Apa pun keputusan Masterchef selebriti 2 kali ini, tahniah kepada Syura selaku juara setelah berjaya memikat hati para juri menerusi hidangan 'Sajian Sehangat Bintang'  ciptaannya. Tahniah juga kepada Celina selaku naib juara dan juga kepada para peserta yang lain. Sumbangan anda terhadap badan kebajikan yang diwakili sangat murni nilainya.

Secara keseluruhannya, Syura berjaya mengumpulkan RM 60,500 wang untuk didermakan kepada Badan Kebajikan Kanser Payudara Persekutuan manakala Celina berjaya mengumpul RM10,000 untuk Persatuan Kebajikan Haiwan-haiwan Kurang Dijaga Selangor (Fury Friends Farm).

P/S: Teringat pula moment masa Dr. Fazley menang MasterChef selebriti musim pertama.

Tiada ulasan: