Salah satu cara terbaik untuk menjana wang dengan blogging ialah melalui pengiklanan. Majoriti blogger akan memilih Google Adsense sebagai cara terbaik untuk menjana wang pasif. Namun untuk mendapatkan approval dari Google Adsense tidak lah semudah yang disangka. Tapi jangan risau, di sini terdapat beberapa tips yang boleh dipraktikkan.
1. Tulis artikel/entri yang berkualiti dalam blog anda. Ini adalah kriteria utama yang harus diikuti sekiranya anda mahu dapat approval dari Google dan elakkan daripada buat entri 'kopi pasta'.
2. Usia blog anda haruslah sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum anda memohon Google Adsense.
3. Traffik harian harus melebihi angka 100-200 paparan unik. Google Adsense sangat mementingkan trafik blog. Bagi anda sendiri, mahu kah anda beriklan di blog yang bertrafik rendah?
4. Jumlah post/entri dalam blog haruslah dalam sekitar 30-40. Dan pastikan anda update blog dengan kerap.
5. Ikut terma dan syarat Google Adsense. Boleh baca kat https://www.google.com/adsense/localized-terms
6. Guna emel yang sama jika permohonan Google Adsense kali pertama anda ditolak. Perkara akan menjadi lebih rumit jika anda guna emel yang berlainan. Dan pastikan emel anda adalah milik anda.
Sebenarnya Google Adsense bukanlah satu-satunya cara untuk menjana duit dalam blog. Ramai blogger khasnya di Malaysia, Filipina, dan Singapura yang menggunakan platform pengiklanan Nuffnang. Saya guna Nuffnang dan Adhitz. Tiada masalah kalau nak letak banyak. Yang penting, harus baca dulu apa terma dan syarat kalau nak apply. Saya juga dapat jana wang pasif dengan pengiklanan Churp-churp.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan