[18SX] Benarkah suami hilang selera bila faraj isteri berbau?? | Boros Di Aralom

Sabtu, 15 Jun 2013

[18SX] Benarkah suami hilang selera bila faraj isteri berbau??

Adalah perkara biasa bila pasangan suami isteri menyiapkan diri dengan bauan yang menyegarkan dan menyenangkan tatkala jika hendak melakukan hubungan intim. Si isteri pula  digalakkan untuk memakai pakaian yang boleh membangkitkan berahi si suami. Jika salah seorang pasangan itu tidak mengambil peduli mengenai kebersihan dan keterampilan diri dan terus melakukan hubungan seksual, mungkin kenikmatan itu akan kurang dirasai. Tapi apa pula yang akan berlaku bilamana kedua-dua pasangan itu bersih dan ketika perasaan berahi si suami itu sedang memuncak dan mula mendekati kemaluan si isteri, tiba-tiba bau yang kurang menyenangkan terkeluar? 
Menurut seorang pakar, beberapa pasangan suami pernah bertanya mengenai masalah faraj berbau ini, adakah ia semula jadi atau bukan. Hal ini sememangnya mengganggu selera seksual mereka. Ramai suami yang kuatir untuk memberitahu isteri mereka kerana takut jika persoalan itu menyinggung perasaan. Pakar ini menjelaskan bahawa masalah faraj berbau bukanlah semula jadi dan mungkin disebabkan oleh jangkitan. 

Pantiliner Kotex Fresh Plus Liners mampu mengatasi masalah V-Zone para wanita.

Faraj berbau kerana dijangkiti kuman yang dikenali sebagai 'bacterial vaginosis' yang datang dari lubang najis. Sangat penting bagi wanita untuk menjaga kebersihan faraj semasa membersihkan bahagian dubur selepas membuang air besar. Cuci lubang najis dengan menghalakan tangan dari belakang dan bukan dari menyapu tangan dari depan ke belakang dengan menghalkan air cucian lubang najis ke arah kemaluan. Pastikan juga faraj dibersihkan dengan bahan pembersih yang sesuai bagi kemaluan. Jika faraj berbau, segeralah berjumpa doktor.

(Sumber: Panduan Menjaga Kesihatan Seksual oleh Mohd Ismail Mohd Tambi)

Tiada ulasan: