Sichuan (China): Seorang pelanggan yang tidak puas hati terkejut apabila seorang pekerja restoran sanggup memakan lipas untuk membuktikan serangga itu tidak memudaratkan.
Kejadian berlaku apabila seorang lelaki, Zhang makan di sebuah restoran di sini menemui lipas dalam hidangannya. Ekoran penemuan yang menjijikkan itu, pelanggan itu membuat aduan dan mengharapkan ganti rugi.
Seorang pekerja wanita sebaliknya memberitahunya: “Di restoran mana juga kamu makan, pasti kamu menemui lipas dan ia perkara biasa.”
Zhang yang berang dengan penjelasan wanita berkenaan menyuruhnya memakan lipas itu. Pelayan menyahut cabaran Zhang dengan memakan serangga berkenaan. Zhang yang terkejut dengan tindakan wanita itu segera membayar makanan itu.
Sejurus selepas itu, pemilik restoran memohon maaf kepada Zhang dan menegaskan tindakan akan dikenakan terhadap pekerja itu dengan memotong gajinya.
Pemilik kedai menjelaskan mungkin lipas itu termasuk ke dalam makanan kerana ditiup udara panas ketika memasak.
Ini bukan kali pertama pekerja restoran berjaya mengaburi kesilapan yang berlaku dengan melakukan aksi luar biasa. Mei lalu seorang pengurus restoran memakan kondom yang ditemui di dalam ikan yang dihidang kepada seorang pelanggan. - Agensi
Sumber asal: Harian Metro
Pelayan memakan lipas tersebut |

Lagi Info Menarik:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan