Isu Lahad Datu: Perintah berkurung di 4 daerah | Boros Di Aralom

Khamis, 17 Julai 2014

Isu Lahad Datu: Perintah berkurung di 4 daerah

Kuala Lumpur: Polis bakal mengumumkan perintah berkurung di empat daerah sepanjang 1,400 kilometer (km) di Pantai Timur Sabah dalam tempoh 48 jam kelak bagi mengekang kemasukan penceroboh asing.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, langkah segera akan diambil dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan di Pantai Timur Sabah khususnya di kawasan panas seperti di Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan, Sabah.

Beliau berkata, pihaknya akan menambah 330 anggota polis dan 350 anggota tentera khususnya di pusat peranginan dan kawasan ternakan sangkar ikan bagi meningkatkan keselamatan dan keamanan di kawasan berkenaan.

Katanya, aset air bagi Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), serta aset udara bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan ditambah dan di kawasan strategik.

“Laluan laut juga akan ditetapkan membabitkan perairan antarabangsa ke perairan Sabah bagi memastikan semua pergerakan kapal mengikut laluan ditetapkan. - hmetro

Tiada ulasan: