Insiden Peugeot #CDM25 : Kiki Didenda RM5,000 Serta 240 Jam Khidmat Masyarakat | Boros Di Aralom

Rabu, 23 Julai 2014

Insiden Peugeot #CDM25 : Kiki Didenda RM5,000 Serta 240 Jam Khidmat Masyarakat

Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki Kamaruddin, yang didakwa kerana bertindak ganas dengan membuli seorang warga emas, minggu lalu (14 Julai) didenda RM5,000, selain melakukan kerja komuniti selama 240 jam oleh Mahkamah Sesyen, di Kuantan semalam (22 Julai).
Kiki ditahan di IPD Kuantan pada 17 Julai 2014
Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman itu selepas Kiki mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kerosakan terhadap kereta milik Sim Siak Hong, 61, di hadapan Pusat Transformasi Bandar (UTC), di Kuantan. Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan khianat yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, dengan denda atau kedua-duanya.

Sumber: Says


Tiada ulasan: