Lagi pesawat hilang! #AH5017 milik Air Algerie disahkan hilang dari radar..terkena ribut? | Boros Di Aralom

Khamis, 24 Julai 2014

Lagi pesawat hilang! #AH5017 milik Air Algerie disahkan hilang dari radar..terkena ribut?

Pesawat Air Algerie AH5017 disahkan hilang dari radar 50 minit selepas berlepas dari Burkina Faso menuju ke Algier.

Sebuah lagi pesawat milik syarikat swasta Sepanyol iaitu Switfair telah mengesahkan bahawa ia telah hilang kontak dengan pesawat Air Algerie itu.

Pesawat AH5017 berlepas dari Ouagadougou di Burkina Faso pada jam 1.17pagi, waktu tempatan, dan sepatutnya mendarat di Algiers pada jam5.10 pagi, namun ia tidak tiba di destinasi.

Pesawat itu dipercayai hilang kontak semasa sedang melalui ruang angkasa negara Mali dan berhampiran dengan sempadan Algeria.


Adakah pesawat AH5017 diserang ribut kuat?
Menteri Pengangkutan Burkina Faso, Jean Bertin Ouedragor mengatakan bahawa penerbangan tersebut telah diminta untuk menukar laluan disebabkan oleh ribut, setengah jam selepas berlepas. Imej satelit dari Eumetsat jelas menunjukkan terdapat satu ribut besar berada dalam laluan pesawat tersebut semasa diminta untuk menukar laluan.

Ribut di laluan AH5017
Cuaca buruk tersebut mungkin telah memaksa pesawat itu untuk menukar laluan ke kawasan pergunungan di Mali yang tidak berpenghuni. 

Terdapat 110 penumpang dan enam anak kapal berada dalam pesawat AH5017. 

(Sumber)

Dalam tempoh seminggu, dunia dikejutkan dengan tiga insiden yang membabitkan dunia penerbangan. Pada 17 Julai lalu, pesawat MH17 milik Malaysia Airlines terhempas di Ukraine mengorbankan semua 298 penumpang. Pada 22 Julai, pesawat GE222 milik TransAir dari Taiwan pula terhempas. Kemudian hari ini 24 Julai, pesawat Air Algerie AH5017 pula hilang dari radar. Tidak lupa, empat bulan lalu, pesawat Malaysia Airlines MH370 juga hilang dari radar dan sehingga kini belum ditemui.

Hanya Tuhan yang maha mengetahui kenapa semua ini berlaku..let's keep praying #PrayForAH5017 #PrayForMH17 #PrayForMH370 #PrayForGE222


Tiada ulasan: