Datuk Kepada 48 Cucu Ditangkap Berkhalwat Dengan Wanita 31 Tahun | Boros Di Aralom

Selasa, 15 Julai 2014

Datuk Kepada 48 Cucu Ditangkap Berkhalwat Dengan Wanita 31 Tahun

Seorang bekas guru yang mempunyai 25 bekas isteri, 18 anak, 48 cucu dan empat cicit dihukum denda RM2,400 selepas didapati bersalah atas tuduhan khalwat di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam. Berdasarkan pertuduhan, Alias didapati berkhalwat dengan seorang tukang cuci berstatus isteri orang, Zalina Ismail, 31, di sebuah rumah di Taman Perumahan Wakaf Tengah, di sini, kira-kira jam 5 pagi pada 10 Mei lalu.
(Sekadar gambar hiasan - via Calin B Photography)
Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh didapati bersalah melakukan khalwat mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001. Bagaimanapun, dia yang juga seorang bekas guru dan berkahwin sebanyak 25 kali itu memilih menjelaskan denda berkenaan.

“Dengan peringkat umur kamu ini, bukan waktu yang munasabah dan sesuai untuk kamu buat kesalahan seperti ini. Kamu nak balik menghadap ALLAH dah...hukuman yang mahkamah jatuhkan kepada kamu tidak boleh menebus kesalahan yang kamu lakukan ini. Insaf dan bertaubatlah,” katanya.

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh didapati bersalah berkhalwat mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001. Tertuduh, Alias Salleh, 78, dari Taman Perumahan Wakaf Tengah di sini, yang kini mempunyai seorang isteri turut berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu. Bagaimanapun, tertuduh menjelaskan denda berkenaan.

Sumber: Says

Tiada ulasan: