Kumpulan pemberontak Ukraine pro-Rusia, Donetsk People's Army mengaku kumpulannya menembak sebuah pesawat pengangkut tentera di tempat terhempasnya pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang menjurus kepada andaian bahawa mereka tersalah tembak. Pemimpin kumpulan pemberontak itu, Igor Girkin yang juga dikenali sebagai Strelkov berkata, pesawat itu berjaya dijatuhkan.
"Pesawat itu baru saja dijatuhkan sekitar Torez (Donetsk Oblast). Ia di sana sekarang di belakang Progress Mine.
"Kami memberi amaran kepada kamu – jangan terbang di 'ruang udara kami'," katanya melalui akaun VK, Facebook versi Rusia.
Progress Mine adalah pekan perlombongan yang didiami 80,000 penduduk, lapor media.
"Dan ini adalah bukti, 'seekor lagi burung' jatuh. Burung ini jatuh di belakang slagheap, bukannya kawasan perumahan. Jadi orang ramai tidak tercedera. Ada juga maklumat satu lagi pesawat ditembak," tambahnya. Stelkov dan kumpulannya, Donetsk People's Army, dipercayai tersalah tembak pesawat itu yang disangka mereka milik tentera Ukraine.
Donetsk People's Republic dengan bangganya memaklumkan pada 29 Jun lalu mereka mengambilalih satu kem tentera Ukraine dan mempunyai Buk, iaitu peluru berpandu darat ke udara, tetapi tidak memberitahu jumlahnya, lapor Kyiv Post.
Peluru berpandu Buk boleh pergi sejauh 25 kilometer, tiga kali ganda ketinggian MH17 yang sedang terbang.
Namun sumber lain berkata, pemberontak itu menafikan mereka bertanggungjawab.
"Ia boleh berlaku hanya melalui pesawat tempur atau peluru berpandu darat ke udara (yang menembaknya)," kata seorang pemberontak yang memberi nama Sergei kepada Reuters. Beliau menambah, mereka tidak mempunyai senjata yang mampu menembak pesawat yang terbang setinggi itu.
Namun Anton Gerashenko, penasihat Kementerian Dalam Negeri berkata berjaya merakamkan gambar peluru berpandu Buk seminit selepas ia dilancarkan. - Yahoo News
Rakaman Video di kawasan pesawat MH17 terhempas. Rakaman berdurasi empat minit ini dimuatnaik oleh laman berita milik Rusia lifenews.ru
AMARAN: Video ini memaparkan grafik yang mungkin mengganggu sensitiviti dan emosi sesetengah pihak. Tonton mengikut budi bicara masing-masing.

Lagi Info Menarik:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan