Ini sebabnya kenapa #CDM25 dan Peugeot trending di media sosial | Boros Di Aralom

Rabu, 16 Julai 2014

Ini sebabnya kenapa #CDM25 dan Peugeot trending di media sosial

Tadi buka Twitter dan nampak #CDM25 dan Peugeot sedang trending. Apa pasal pulak dua benda serangkai ini menjadi bualan orang ramai especially di media sosial? Kat WhatsApp pun banyak teman yang update..dan gua tertanya kenapa? Akhirnya dapat jawapan selepas terbaca artikel Viral video perempuan mengamuk di FB dan Twitter ini
Wanita pemilik Peugeot CDM25 mengamuk
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menasihatkan pengguna laman sosial supaya jangan menjadi pembuli siber di Facebook dan Twitter. Menurut Khairy di status twitternya, kita boleh mengkritik wanita tersebut namun jangan sampai memalukannya kerana ia menjadikan kita sama seperti wanita tersebut.

Kenyataan Khairy ini berikutan video yang menjadi viral di laman sosial terutamanya di laman Facebook dan Twitter mengenai seorang wanita yang memandu kereta Peugeot dengan nombor pendaftaran CDM25 bersikap biadap apabila dia memarahi seorang lelaki yang lebih tua darinya selepas kereta mereka terlibat dalam kemalangan.

Kejadian ini dirakam oleh salah seorang pengguna Facebook bernama Jessica Qi yang telah memuat naik video tersebut di Facebook. Kejadian ini berlaku pada Selasa lalu dan dirakam di tempat letak kereta di sebuah pasaraya di Kuantan. Jessica juga memuat naik status yang berbunyi ‘Yesterday at the Kuantan miss captured a very red. You help her’.

Tindakan wanita yang seperti berada dalam keadaan histeria memaki hamun seorang lelaki yang dipercayai berbangsa Cina telah mengundang reaksi negatif daripada pengguna di laman sosial. Antara perkataan yang dilontarkan kepada lelaki yang melanggarnya itu adalah seperti “Ini kereta barulah bodoh”, sambil menghentak kereta lelaki yang melanggarnya itu dengan pengunci stereng.

Kebiadaban wanita tersebut juga tidak berhenti setakat itu apabila dia terus melontar kata-kata kurang enak seperti “you are very stupid” dan meminta lelaki itu membayar ganti rugi sebanyak RM2,000. Perlakuan wanita itu kelihatan seperti samseng dan amat memalukan kerana tidak langsung menunjukkan sikap yang baik kepada orang yang lebih tua apatah lagi bila kemalangan tersebut hanya kemalangan kecil.

Tindakannya juga di anggap tidak wajar oleh pengguna di laman sosial kerana di dalam video tersebut menunjukkan lelaki itu telah memohon maaf dan menyatakan hasratnya akan membayar ganti rugi.

Di dalam video itu juga lelaki yang memandu kereta Proton Wira model lama itu mengatakan ‘Saya akan bayar’, kepada wanita tersebut. - freemalaysiatoday




P/s: Terkini, pak cik itu sudah pun memaafkan wanita tersebut dan tidak membuat laporan polis terhadapnya...bravo pakcik...bravo..
'Uncle dah maafkan' kata Siak Heong (via HMetro)


Tiada ulasan: