Semasa zaman kanak-kanak dulu, kartun animasi Pinokio (Pinocchio) memang sangat popular di kalangan teman-teman. Kami juga terbawa bawa perangai Pinokio tu sampai suka mengejek kengkawan lain, "hei, kalau menipu, hidung akan jadi panjang tau!"..hahaha..masa tu nak sangat jumpa dengan pinokio namun apakan daya, ia hanyalah watak rekaan semata-mata.
Berbalik kepada tajuk di atas, rupanya memang ada pinokio dalam dunia realiti sebenar. Namun ia bukanlah seperti yang disangkakan sama dengan kartun pinokio. Kisah ini lebih emosional dan touching.
Ollie Trezise dilahirkan dengan satu kondisi ganjil yang sangat jarang berlaku di kalangan bayi yang baru lahir. Kondisi tersebut menyebabkan otaknya bertumbuh keluar melalui celah tengkorak kepalanya di bahagian hidung - menyebabkan hidungnya membengkak dengan mendadak ala-ala pinokio.
|
Otak tumbuh di hidung |
Pertumbuhan tersebut bertumbuh seiring dengan usia bayi tersebut. Ollie sering kali diejek oleh orang sekeliling yang memanggilnya 'hodoh'. Namun ibunya, Amy Poole tetap positif dan dengan bangga menamakan bayinya sebagai 'real life Pinocchio'.
|
Amy Poole dengan Ollie |
Disebabkan masalah kesihatan yang lebih rumit mungkin akan berlaku, ibu bapa Ollie telah membuat keputusan untuk melakukan pembedahan pembuangan lebihan cecair otak di bahagian hidungnya dan turut melakukan pembedahan penstrukturan semula hidungnya.
|
After surgery |
Semoga kanak-kanak ini beroleh kehidupan yang lebih baik selepas ini. Bagi yang kuat mengutuk dan mengejek kekurangan orang lain tu..beringat-ingatlah sentiasa, hari ini hari dia, kot kot esok hari kita pulak..karma doesn't lie...
Lagi Info Menarik: