Guru lantang menentang PBS sah ditukar ke sekolah lain, Menteri pula nafi beri arahan | Boros Di Aralom

Isnin, 24 Februari 2014

Guru lantang menentang PBS sah ditukar ke sekolah lain, Menteri pula nafi beri arahan

Seorang guru yang juga merupakan ketua Gerak Kerja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd Nor Izzat Mohd Johari telah mengesahkan dirinya menerima surat arahan pertukaran.
Mohd Nor Izzat Mohd Johari (Foto: MalaysiaGazette)
SGMM sebelum ini adalah sebuah persatuan guru yang lantang menentang perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Ramai guru yang kurang berpuas hati dengan perlaksanaan PBS kerana ia sangat membebankan guru apa lagi kalau jumlah murid yang perlu dikey-in datanya secara online itu terlalu banyak. Ini ditambah pula dengan sistem yang kurang 'mesra pengguna'.

Sistem PBS sekolah online mula diperkenalkan bagi menambaikbaik sistem penilaian ke atas pelajar dengan menggunakan standard prestasi kerana sebelum ini penilaian terhadap pencapaian pelajar terlalu berorentasikan peperiksaan. Sebenarnya, sistem PBS sekolah online dibangunkan bertujuan untuk menambahbaik Ujian Penacapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan memansuhkan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) menjelang 2014. Namun, perlaksanaannya masih lagi dalam peringkat perbincangan sehingga kini.
Surat arahan pertukaran guru  (Foto: Sinar Harian)
Ketika ditanya mengenai isu guru lantang menentang PBS yang ditukar ke sekolah lain ini, Menteri Pendidikan yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menafikan penglibatannya dalam arahan pertukaran tersebut. Alasan yang diberikan kementerian adalah mengikut keperluan perkhidmatan.

Mohd Nor Izzat Mohd Johari pula berkata akan memberi surat rayuan kepada Jabatan Pendidikan Negeri secepat mungkin agar pihak atasan menarik balik arahan tersebut sambil mengatakannya sebagai alasan tidak logik.


Lagi Info Menarik:

Tiada ulasan: