Bila anak didenda 'macam' lembu kerana tidak menyiapkan kerja sekolah selama 2 minggu, apa reaksi korang sebagai ibu bapa? Dan bila anak tak buat kerja sekolah kat rumah, apa pula tindakan yang korang akan buat terhadap anak korang tu?
Sidang media ibu bapa yang tak puas hati (Foto: SinarHarian) |
SUNGKAI - Dua ibu murid Tahun Empat di sebuah sekolah aliran Cina di sini kecewa dan sedih dengan cara seorang guru lelaki mendenda anak mereka kerana tidak membuat kerja sekolah pada Khamis lepas. Mereka mendakwa guru berusia 26 tahun itu mengalungkan loceng di leher anak lelaki masing-masing dan diberi makan rumput serta dipanggil 'lembu'.
Yarnis Kasuma Dewi Zainal Aripin, 32, berkata beliau diberitahu oleh rakan anaknya bahawa guru itu turut merakam gambar anaknya dalam keadaan demikian menggunakan telefon bimbit serta menunjukkan gambar itu kepada murid-murid di kelas lain sambil mengugut akan memuat naik gambar itu dalam laman sosial Facebook.
Katanya beliau amat sedih, kecewa dan sakit hati apabila mengetahui perkara itu dan akibat kejadian itu, anak lelakinya mengalami fobia dan takut untuk ke sekolah semalam, katanya kepada pemberita di kawasan Surau Awamiah, Taman Permai di sini, hari ini. Siti Aisyah Hashim, 32, pula berkata mereka telah mengadakan pertemuan dengan guru itu dan guru besar sekolah berkenaan di Balai Polis Sungkai petang semalam bagi menyelesaikan perkara itu.
Dalam pertemuan itu, katanya guru berkenaan hanya memohon maaf dan terus beredar dari balai polis sebaik pertemuan itu selesai dan beliau menganggap permohonan maaf guru itu tidak ikhlas.Sementara itu, seorang daripada murid itu berkata mereka tidak disuruh memakan rumput yang diberikan dalam kejadian pada 9 pagi itu tetapi diberi amaran supaya tidak menanggalkan loceng itu sehingga 1.30 petang, jika tidak mahu dirotan sebanyak 10 kali. Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw mengesahkan bahawa Yarni telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
"Siasatan polis dibuat dengan memanggil kedua-dua pihak dan murid terbabit. Perjumpaan dihadiri Guru Besar sekolah berkenaan dan pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batang Padang.
"Hasil perbincangan mendapati guru itu mengaku melakukan perkara itu tetapi menafikan memberi mereka makan rumput," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Som Sak berkata guru itu mengambil tindakan demikian kerana kedua-dua murid berkenaan tidak menyiapkan kerja rumah bahasa Inggeris sejak dua minggu lepas.
Dalam laporan polisnya di Balai Polis Sungkai pada 1.20 petang semalam, Yarni Kasuma mendakwa anaknya bersama-sama seorang lagi rakan kelas telah didenda memakai loceng di leher semasa murid lain menikmati waktu rehat.- Bernama
Sebagai ibu bapa memanglah akan rasa sedih dan marah bila anak kita tu disamakan dengan haiwan. Kalau nak denda sekalipun, guna lah pendekatan yang lebih sesuai. Pendekatan Reward and Punishment tu kena kaji betul-betul dulu sebelum dilaksanakan. Ibu bapa tu pun satu hal juga...yang dorang tak cek kerja rumah anak-anak apesal? Kenalah mainkan peranan juga. Tak kan nak sumbat semua tanggungjawab mendidik anak-anak dari segi akademik tu kepada guru saja.. bila kena denda, melenting salahkan guru. Guru buat macam tu pun supaya anak-anak tu tak jadi 'bodoh macam lembu'..ops!!
Gua terus teringat masa kat Form 2 dulu..ada guru tu kata kepada kami, "kamu ni memang bodoh macam kerbau...kerbau Sabah". Sampai sekarang gua tak lupa guru tu tau..macam nak lempar dengan gading gajah saja masa tu..eeee...geram. Masa gua tahun 4 dan 5 pula, hampir tiap-tiap hari kena rotan tapak tangan. Asal salah eja, salah ayat, salah penjodoh bilangan, memang kena rotan lah..pernah tu, gua kena rotan lebih 20 kali di tapak tangan..balik rumah, mengadu dengan mak..mak pula marah kita balik, "baguslah, cikgu rotan kamu supaya kamu jadi pandai.. nanti lain kali boleh jawab peperiksaan dengan baik"....hmm, memang ada benarnya juga kan..hoho..lepas tu kami satu kelas berpakat untuk curi rotan guru garang tu. Kami ambik dari tempat dia selalu simpan kat atas almari dalam kelas, kami patah-patahkan, dan kami buang kat tong sampah..besoknya, dia masuk kelas sambil bawa rotan laagi besar...kami pun facepalm!! But till now, I respect dengan guru tu, dah nak jadi Guru Besar dah..dulu, dia guru biasa-biasa jer yang takut dengan ulat bulu..hehe..
Oh ya, dulu sekolah saya tak lah cantik sangat..sekolah papan jer..but still seronok..nowadays, dah ada design untuk sekolah baru..nampak memang awesome. Tengoklah sekolah baru SMK Desa Mahkota ini..cool!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan