Beli Barang Smartphone Di Lazada..blogger femes kena tipu?? | Boros Di Aralom

Jumaat, 28 Februari 2014

Beli Barang Smartphone Di Lazada..blogger femes kena tipu??

Salam 1Malaysia..pernah dengar laman web Lazada tak? Saya pasti ramai yang dah tahu malah sering membeli barang di laman web shopping terbesar di Malaysia ini.

Siapa pernah kena tipu ketika beli barang online? Kes penipuan memang banyak. Ada tuu, blogger yang sering berkepit dengan laptop pun kena tipu juga. Begitulah liciknya teknik penipu ni. Bukan calang-calang blogger tu tau. Boleh baca kisah bloger femes ini kena tipu dengan online shop dalam entrinya. Online shop tu Lazada ker? Oh bukan..online shop tu di Facebook..memang bikin panass caranya menipu..adakah patut dia bagi alamat rumah bangla?

Saya saja nak berkongsi pengalaman sendiri membeli barang di Lazada. Saya beli smartphone bajet. Dulu pernah menang voucher dari Lazada, jadi membazir kalau tak digunakan sebaiknya. 
Huawei Ascend Y300
Saya beli smartphone bajet Huawei Ascend Y300. Harganya RM338. Lepas tolak voucher Rm150, maka harganya tinggal  RM188. Not bad at all..Lepas baca banyak review positif dari pengguna dan melihat kepada spesifikasinya yang memenuhi syarat maka ia menjadi pilihanku. Khamis beli, Selasa sampai. Rabu dapat. Khamis pakai. Ermm..ada masalah sikit pasal delivery. Saya beri alamat PO Box ingatkan mereka boleh hantar guna PosLaju tapi rupanya mereka hanya stick pada GDex saja. Then GDex telefon mintak alamat yang bukan PO Box. So, terpaksalah saya beri alamat saudara mara yang bekerja kat Kota Kinabalu untuk tujuan delivery. 

Saya bayar dengan menggunakan kad prepaid Visa Tune2Big. Kad ni memang sangat selamat jika dibandingkan dengan kad kredit dan kad debit bank. Sebab kad prepaid Visa Tune2Big ini perlu direload macam simkad dulu baru boleh guna. Dah habis isinya, maka perlu diisi balik. Dah lebih 2 tahun saya guna. Jadi tak der masalah hutang menghutang dengan bank. Memang terbaik. Boleh apply 100% secara online kat laman web Tune2Big. Kad prepaid Visa Tune2Big ni pun boleh digunakan untuk mengaktifkan akaun Paypal. 

Dari segi performance, Huawei Ascend Y300 ini boleh fight dengan Samsung Galaxy S. Kelemahannya hanya dari segi performance game beresolusi tinggi. Kalau sekadar game biasa macam Temple Run, Candy Crush dan Angry Bird tu, memang no hal punya. Tapi kalau nak main Battlefield, Snipers dan yang RPG beresolusi tinggi, memang banyak lagging. So, smartphone Huawei Ascend Y300 ini bukan untuk mereka yang suka gaming. Namanya pun smartphone bajet. 

Tapi percayalah, Huawei Ascend Y300 ini jauh lebih baik dari smartphone klon yang banyak diimport dari China tu. Walaupun Huawei ini jenama dari China tapi ianya branded.

Secara keseluruhan, saya memang puas hati dengan smartphone Huawei Ascend Y300 ini. Boleh dikatakan cukup sifat dan sangat sesuai untuk mereka yang baru nak upgrade kepada smartphone. Sebelum ni pun saya pakai smartphone juga. Tapi rasa nak cuba brand lain pulak..lagipun ini peluang terbaik untuk tukar handphone. Dan satu lagi yang menarik perhatian saya mengenai Huawei Ascend Y300 ini ialah dari segi security. Korang boleh set face unlock untuk lock phone korang. Kalau nak buka balik, phone ini akan scan muka korang dulu. Kalau orang lain, dia tak kan buka. Anyway, feature ini pun ada kat kebanyakkan smartphone.

Dari segi customer servis Lazada, kira okay lah. Walaupun tidak pernah contact mereka selama berurusan beli Huawei Ascend Y300 ini, tapi saya selalu contact mereka untuk tanya benda lain. Mereka reply as soon as possible. Dalam masa kurang 24jam gitu. So, overall, membeli belah secara online di Lazada memang selamat.

Huawei Ascend Y300 dengan harga RM188, mana nak cari ooii..


Lagi Info Menarik:

Tiada ulasan: