Boros Di Aralom: Tips Kewangan
Memaparkan catatan dengan label Tips Kewangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Kewangan. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Disember 2011

Buat duit secara online tanpa kad kredit | Tips kepada orang baru

Ingin mencari cara buat duit secara online? Tak dapat dinafikan bahawa banyak orang masa kini yang menjadikan komputer dan internet sebagai sumber rezeki sepenuh masa. Bagi orang barat, internet bukan lagi asing malah menjadi sumber utama kewangan mereka. Malah ada yang sudah mencapai status 'billionaire'. Kenal dengan Mark Zuckenberg, Steve Jobs, atau jutawan Malaysia sendiri, Irfan Khairy? Mereka semua adalah antara cebisan kecil yang telah mencapai kejayaan yang tinggi dalam bidang perusahaan internet. Bagaimana nak buat duit secara online tanpa kad kredit akan diterangkan secara ringkas tapi padat di dalam artikel ini. Mungkin tips ini agak umum jika anda adalah seorang yang memang sudah lama mengenal internet namun bagi yang masih baru, tips ini mungkin berguna.

Kad kredit sangat penting jika ingin menjalankan perusahaan internet malah kebanyakkan syarikat juga kini telah menerima kad kredit sebagai satu cara pembayaran. Namun bagaimana jika tidak mempunyai kad kredit? Jangan bimbang kerana tanpa kad kredit juga, anda boleh menjana pendapatan secara online.

1. Belajarlah sebanyak yang boleh mengenai perniagaan internet secara percuma. Langkah pertama buat duit secara online ialah dengan mempelajari bagaimana menjana wang dari internet. Jika anda memikirkan bahawa ketiadaan kad kredit menjadi kekurangan pada anda, ianya salah. Banyak sumber percuma  online mengenai perniagaan internet yang boleh dicari dan diakses tanpa sesen pun. Malahan, mereka yang mempunyai kad kredit sekalipun selalunya membuang banyak kredit untuk membeli produk-produk yang boleh diperoleh secara percuma.

2. Dapatkan kad debit. Kad debit juga dikenali umum sebagai kad bank atau kad cek. Ianya kelihatan seperti kad kredit namun ianya bukan kad kredit kerana semasa anda membuat pembayaran, wang akan terus dipotong dari jumlah wang simpanan anda di bank. Kebanyakkan laman web online menggunakan cara pembayaran melalui kad debit. Oleh itu, anda boleh menggunakannya.

3. Daftar dengan PayPal. Seterusnya, anda memerlukan akaun PayPal. Dengan akaun ini, anda boleh membuat bayaran dan juga menerima bayaran secara online. Anda tidak memerlukan kad kredit untuk membuka akaun PayPal. Untuk mengesahkan akaun anda, anda harus memiliki debit kad yang mempunyai logo VISA atau Mastercard. 

4. Daftar dan buka website percuma. Langkah seterusnya ialah dengan membina website percuma untuk anda. Website merupakan komponen asas untuk buat duit secara online tanpa atau dengan kad kredit. Hanya website yang simple sahaja pun sudah memadai. Anda boleh mendaftar dengan penyedia website percuma seperti Wordpress dan Blogger. 

5. Gunakan kad debit untuk membayar penyedia web (web hosting). Website percuma  dan penyedia blog adalah baik untuk mereka yang masih baru. Namun sekiranya anda serius dalam menjana duit secara online, disarankan agar anda membeli nama domain untuk website anda. Ia boleh didapati dengan kos yang sangat rendah. Contohnya, hosting blogger hanya mengecaj USD10 setahun untuk mereka yang membeli domain melalui Blogger. Terdapat juga banyak hosting lain yang menerima bayaran melalui Paypal sahaja.

6. Mohonlah kad prepaid VISA atau Mastercard. Jika anda orang Malaysia, anda boleh memohon kad prepaid VISA tune2Big.com 100% secara online sahaja. Fungsinya sama dengan kad kredit tetapi bezanya ialah anda perlu mengisi atau reload terlebih dahulu sebelum digunakan. Kad ini lebih selamat berbanding kad kredit. Paypal juga boleh diverifikasi melalui kad prepaid VISA ini.

7. Daftar dengan program affiliate. Menjadi affiliate adalah salah satu cara paling mudah dalam menjana wang secara online dengan percuma. Ianya mudah, anda hanya perlu mempromosikan produk orang lain di dalam website anda dan apabila ada orang yang membeli produk tersebut melalui link afiliate anda, anda akan menerima komisyen. Banyak program yang membayar affiliate denga Paypal, oleh itu pastikan anda sudah memiliki akaun Paypal. Anda boleh mengunjungi laman web Jomniaga.com untuk program affiliate di Malaysia. Clickbank.com juga adalah platform utama program affiliate terbesar di dunia sekarang.

8. Daftar dengan syarikat pengiklanan. Setelah anda mempunyai website sendiri sama ada ianya percuma atau berbayar, anda sangat digalakkan untuk mendaftar dengan syarikat-syarikat pengiklanan online seperti Adsense, Chitika, Adbrite, dan banyak lagi. Jika anda memilih pengiklan tempatan, anda boleh berdaftar dengan Nuffnang, ManggaAds, atau Advertlets. Yang menyoronokkan ialah anda tak perlu bayar apa-apa untuk join dengan syarikat-syarikat tersebut. 

Selepas anda mendaftar, anda akan diberikan serangkai kod yang perlu anda letakkan ke dalam website anda untuk memaparkan iklan dari syarikat tersebut. Apabila pengunjung website anda mengklik iklan tersebut, anda akan dibayar oleh syarikat pengiklan. Mudah bukan.

Cara buat duit online tanpa kad kredit memang mudah sekiranya dilakukan langkah demi langkah. Dalam masa 10 minit sahaja pun anda sudah boleh mula menjana wang percuma dari internet. Semoga berjaya!

  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Sertailah peraduan Microsoft's Great Family Time dan menangi sebuah kereta Nissan Grand Livina! SERTAI SEKARANG

Khamis, 15 Disember 2011

Penipuan kad kredit online | Tips mengelak penipuan kad kredit

Pembelian barangan secara online kini telah menjadi trend masyarakat yang hidup dengan kemudahan internet yang tumbuh bagai cendawan. Keupayaan untuk membeli barangan secara pantas dan selesa menyebabkan banyak orang yang memilih untuk bershoping secara online. Hanya dengan beberapa klik, barang impian sudah hampir dimiliki tanpa berebut-rebut. 

Selagi kad kredit belum melebihi had, anda boleh bershoping sakan di depan komputer atau laptop anda. Namun sejauh manakah keselamatan penggunaan kad kredit ini secara online? adakah keselamatan privacy terjamin? Kebenarannya ialah pembelian barangan secara online adalah selamat sekiranya anda mematuhi beberapa peraturan mudah yang mana ianya akan mengurangkan risiko untuk menjadi mangsa penipuan kad kredit online.

1. Periksa sama ada anda sedang berurusan dengan penjual yang menggunakan server website yang selamat. Maksudnya di sini ialah informasi peribadi yang anda masukkan ke laman web itu tidak dapat dilihat oleh third-party website kerana laman itu adalah sulit atau 'encrypted'. Encryption bergantung kepada beberapa siri algorithma atau encoders yang hanya membenarkan pihak tertentu sahaja untuk melihat maklumat sulit anda. 

2. Pastikan anda hanya berurusan dengan syarikat online yang mempunyai reputasi yang baik. Syarikat besar seperti Best Buy, Target, dan Wal-Mart semuanya menggunakan server yang selamat kepada pelanggan-pelanggannya. Berhati-hatilah dengan syarikat yang 'dicari' dengan menggunakan engin carian seperti google atau yahoo terutamanya syarikat yang belum pernah anda dengar. Biarlah anda mencari barangan idaman anda tersebut di laman web syarikat yang selamat berbanding membelinya di laman web yang mungkin hanya menipu dan mencuri identiti kewangan anda walaupun menawarkan harga yang jauh lebih murah.

3. Bacalah polisi privasi yang disediakan dalam laman web penjual. Dalam polisi tersebut biasanya penjual akan memaklumkan sama ada pihaknya akan menggunakan maklumat perhubungan atau email anda untuk tujuan pengiklanan masa hadapan atau tidak. Atau mereka juga mungkin akan menyenaraikan email anda ke dalam senarai email (email list) yang akan membenarkan cabang-cabang syarikat untuk turut menghantar iklan produk mereka. Jika laman web tersebut tidak mempunyai laman polisi, jangan berurusan dengan mereka. Setiap syarikat yang inginkan reputasi yang baik tidak akan sekali-kali meninggalkan laman polisi privasi dalam website mereka.

4. Cetak resit pembelian setiap kali anda menggunakan kad kredit untuk membeli barangan online. Resit ini akan menjadi bukti pembayaran dan jumlah pembelian sekiranya terdapat percanggahan di dalam penyata kad kredit anda. Simpan resit itu dengan baik untuk kegunaan masa depan. Kebanyakkan syarikat kad kredit akan membetulkan caj penipuan (fraudulent charge) dengan memasukkan semula wang yang dicaj tersebut ke dalam kad anda. Sekiranya berlaku penipuan, resit pembelian tersebut akan diperlukan untuk tujuan penyiasatan.
(Sumber: Eleanor Jewell)

Oleh itu, elakkan diri anda daripada menjadi mangsa penipuan kad kredit online. Bukan sikit kes penipuan ni di Malaysia. Ia melibatkan wang bernilai puluhan juta ringgit.
  • Sertailah peraduan Microsoft's Great Family Time dan menangi sebuah kereta Nissan Grand Livina! SERTAI SEKARANG

Low budget Christmas gifts ideas

Ho ho ho ho!..Christmas is coming soon. Have you prepare for your gifts? Yes..you awesome..No..you in trouble..haha..kidding. Need a liltle advise on choosing or making the best gifts with low budget? Here are some instructions and these methods are recommended for christmas celebration within family member or relatives. Get ready..
1. Write the name of each member of the family on a slip of paper. Mix them all up in a jar or hat and have everyone draw a name. Have each family member purchase gifts for one or two people. This is beneficial for larger families with many children or people to buy for. Family members won't feel compelled to buy for every single person in the family.

2. Set a spending budget. Allow the family to only spend anywhere from $5 to $10 per person. This will curtail anyone's urge to buy unnecessarily large and expensive gifts.

3. Throw a "white elephant" gift-exchange party. Family members first find items within their home that they don't use anymore, then bring them to the party to give as gifts. This is a great way to pass on family heirlooms, or even get a copy of that book you may have been eying at another family member's house. There is no cost involved (except for gift wrap), and it's fun to see what families can come up with.

4. Have a recipe-and-treat exchange. Tell each member of the family to cook one of her favorite Christmas desserts or dishes, then write down the recipe on a recipe card, or even a Christmas card. Give the recipes to everyone as gifts, so they can try to make them themselves.

5. Tell each member of the family to buy gifts that can be enjoyed by both men and women. Set a spending limit that is within everybody's budget. (No more than $20 would probably be preferable.) Then wrap each gift and place a number on it. Write as many numbers on slips of paper and put them into a hat or container. Have everyone draw a number. Each family member then matches his number with the correct gift. Just be sure that you don't draw the number of the gift you brought yourself!

Have fun this upcoming blessed Christmas! HO HO HO..

  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Sertailah peraduan Microsoft's Great Family Time dan menangi sebuah kereta Nissan Grand Livina! SERTAI SEKARANG

Selasa, 13 Disember 2011

Apa nak buat bila pasangan mati dan meninggalkan hutang yang banyak?

Kematian pasangan merupakan satu peristiwa yang sangat menyakitkan. Bukan sahaja bersedih malah sekiranya pasangan yang meninggal itu mempunyai hutang yang banyak, sudah tentu ia akan memberi beban kepada pasangan yang masih hidup kerana terpaksa menanggung hubunagn kewangan si mati. Sekiranya pasangan anda mati dan masih mempunyai hutang piutang yang banyak, adalah lebih baik untuk anda memahami apakan pilihan-pilihan yang anda ada dan apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk menghadapinya.

Wali
Apabila pasangan meninggal khasnya isteri, suami lah yang akan menjadi waris kepada peninggalan isteri. Sebagai wali atau pelaksana wasiat, anda perlu menghubugi si pemiutang dan memaklumkan akan kematian pasangan anda. Secara umumnya, pasangan kepada si mati tidak dipertanggungjawabkan dalam membayar hutang si mati sekiranya hutang tersebut hanya dalam nama si mati. Ini merupakan "common law' dalam peraturan pemilikan. Sekiranya pasangan anda yang meninggal itu tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk membayar pemiutang, anda harus memaklumkan mereka. Si pemiutang akan menutup hutang yang tidak dikutip (noncollectible debt) sebagai satu 'loss against its taxes'. Perlu diingat juga bahawa common law dalam peraturan pemilikan ini mungkin mempunyai pengecualian dalam kuasa kehakiman.

Pengecualian-pengecualian lain
Jika anda merupakan 'cosigner' atau peminjam bersama kepada hutang pasangan anda yang meninggal itu maka anda adalah bertanggungjawab kepada pembayaran semula hutang bersama tersebut. Kematian pasangan anda tidak akan mengubah atau menyingkirkan kewajipan kontrak pembayaran terhadap hutang-hutang tersebut. Perlu juga menitikberatkan 'common law' yang diamalkan di kawasan atau negeri anda. 

Penyelesaian
Jika anda mempunyai hutang dan mengalami kesukaran kewangan, adalah lebih baik juka anda menghubungi pemiutang (pihak yang memberikan pinjaman) secara terus dan maklumkan mereka akan keadaan kewangan anda. Anda mungkin boleh merancang untuk membuat pembayaran semula secara bersiri dengan bayaran yang kecil jika tidak dapat membayar secara sekaligus. Elakkan juga daripada mendapatkan khidmat pinjaman mana-mana agensi kerana ianya kebarangkalian besar bukannya mengurangkan hutang malah akan meningkatkan jumlah hutang yang perlu anda bayar kelak. (Sumber: Mackenzie Steele)

*Oleh yang demikian, adalah sangat penting untuk mengetahui tahap kewangan pasangan anda sebelum kahwin, semasa kahwin dan sesudah pasangan meninggal. Jangan dek kerana cinta buta, hidup jadi berantakan dek kerana hutang yang berlambak. Bermatian anda mencari duit untuk kahwin, jangan pulak nanti bermatian anda bayar hutang pasangan. Huhu..alahai kehidupan.
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Sabtu, 15 Januari 2011

Bagaimana nak simpan dan buat duit

Masalah kewangan yang dihadapi oleh kebanyakan orang sekarang ialah mereka tidak menerima pendapatan yang cukup untuk memenuhi keperluan dan keinginan dalam kehidupan. Manusia secara semula jadinya akan membeli apa sahaja yang mereka mahu walaupun ianya memakan perbelanjaan yang melebihi daripada kemampuan mereka. Walaupun manusia tahu bahawa mereka tidak mampu memilikinya, mereka akan tetap berusaha untuk mendapatkannya. Tidak dapat dinafikan juga bahawa terdapat individu yang mandiri dalam mengurus kewangan mereka. Namun demikian, sebijak manapun seseorang itu dalam mengurus kewangannya, mereka tidak boleh lari daripada hutang. Rasanya, penyelesaian kepada masalah wang yang dihadapi oleh kebanyakan orang boleh diatasi sekiranya mereka diajar tentang bagaimana nak mencari duit saku tambahan dan kemudiannya mengajar mereka bagaimana nak buat bajet seimbang dan seterusnya bagaimana nak menyimpan. Bukan sahaja masyarakat kita yang mempunyai sikap suka berbelanja malah ianya adalah satu sikap universal yang dimiliki oleh masyarakat secara global.

Kita tidak tahu bagaimana setiap individu berfikir mengenai perkara ini. Seseorang yang bekerja dari jam8.00 pagi hingga jam5.00 petang biasanya berpendapatan sekitar RM3000 sebulan. Ada antara kita juga yang tidak mahu tersepit dalam dunia pekerjaan yang sama sepanjang hayat. Tiap-tiap hari asyik telan air liur bos, asyik menjeruk rasa dengan rakan setugas, bangun awal tiap-tiap hari, dan sentiasa berada dalam keresahan takut dibuang kerja. Memang tidak dapat dinafikan juga bahawa terdapat orang-orang yang mampu memperoleh pendaptan sehingga RM10k sebulan tanpa melakukan tugas-tugas sebagaimana yang biasa dilakukan oleh pekerja biasa. Mungkin blogging? entahlah..nuffnang pun baru RM**.**..huhu

Apabila merasa muak atau bosan dengan pekerjaan makan gaji, mungkin dah ada niat di hati tu untuk mencari karier baru yang lebih menyeronokkan dan yang paling penting, lebih menguntungkan. Pekerjaan apakah itu? Hmm..rasanya di dunia ini tiada cara terpantas atau ter'magic' untuk kaya dengan cepat. Lain lah kalau kena loteri 1 juta atau rompak bank atau jual dadah..ni memang cepat kaya kalau berjaya. Kalau gagal?? tali gantung menunggu. Belum lagi campur dengan balasan di dunia akhirat kelak. Kena fikir banyak-banyak dulu sebelum beralih karier. Kalau nak sangat 'untung besar-untung besar' tiap hari, pergilah berguru dengan pakar-pakar perniagaan sebab kata orang 90% rezeki tu datangnya daripada perniagaan. Rasanya memang betul tu. Tapi perniagaan apa nak buat yer? internet? huh!! buat je la apa-apa perniagaan. Yang penting usaha dan semangat tu yang kena kuat. 

Kalau ada sesiapa tu yang gatai nak mulakan 'self-employment' tu, ni hah!! tips tuk korang:-
1st: kena fikir masak-masak sebelum anda benar-benar nak mulakan self-employment
2nd: tentukan perniagaan apa yang hendak diceburi atau perniagaan apa yang anda rasa anda arif dengannya
3rd: kalau kekurangan modal tu, boleh lah mula dengan menyertai mana-mana program affiliate dulu..apa tu? pergi la google kan. tapi pastikan produk tu adalah produk yang korang minat. Contohnya, anda bermimpi nak bukak kedai photografi, so cari lah program affiliate yang berkaitan dengan fotografi. Anda suka, anda minat, enjoy buat kerja.
4th: buat kajian, buat kajian, dan buat kajian mengenai market anda. Tu pasal kena berguru dengan otai dulu.
5th: EXECUTE!!..dah ada matlamat, apa tunggu lagi, DO IT!!

'If you save money, the money will save you'