Boros Di Aralom: Tips Bisnes
Memaparkan catatan dengan label Tips Bisnes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Bisnes. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Januari 2012

Plus500 – Platform jual beli dalam talian | Dapat bonus RM50 semasa mendaftar


Plus500 – Platform jual beli dalam talian.

Plus500 adalah platform jual beli untuk perdagangan CFD dalam forex, saham, indeks, ETF dan komoditi.

Tanggapan pertama saya adalah betapa mudah dan mesra pengguna skrin yang terdapat di sini, 
setiap kategori CFD mempunyai kemudahannya sendiri untuk menggunakan tab. Membuka akaun sungguh ringkas, begitu juga untuk mengeluarkan dan memasukkan wang. Saya boleh memilih antara kad kredit, pindahan wang atau e-wang seperti moneybookers atau paypal. Dengan Plus500 anda boleh berjual beli dengan serendah $100 dengan 1:50 leveraj. Platform ini mengakses sebut harga masa nyata dari pasaran kewangan utama dunia dan amat responsif. Had jual beli yang tersedia termasuk had kemasukan standard, had henti kerugian, had untung, henti leret, dan pesanan pasaran. Semua had adalah dijamin tidak seperti sesetengah pesaingnya.

Jual beli adalah ringkas dengan pilihan untuk memilih sama ada aplikasi desktop atau
platform berasaskan web (yang saya boleh gunakan dengan i-Pad dan telefon pintar saya). Perkhidmatan mereka mempunyai 32 bahasa yang berlainan, yang menandakan capaian global Plus500.


Akaun demo tidak terhad adalah percuma dan ia menggalakkan setiap pedagang untuk menggunakannya. Terdapat juga video latihan yang menjelaskan cara untuk menggunakan platform jual beli dan cara untuk berjual beli yang tepat. Saya memperoleh beberapa petua yang berguna dan akaun demo haruslah digunakan sebelum berjual beli. Akaun demo tidak terbatas waktu, sesuatu yang agak luar biasa dalam pasaran Forex.

Khidmat pelanggan tersedia 24/7 melalui e-mel dan faks, Perkhidmatannya adalah responsif, cekap dan mesra.

Plus500UK Ltd disahkan di seluruh EU dan dikawal selia oleh Penguasa Perkhidmatan Kewangan (FSA) - Saya berasa yakin semasa membuka akaun dan berjual beli disebabkan kekukuhan asas pengawalaturan, peraturan oleh FSA bermakna wang saya dilindungi.

Saya berasa amat terkejut dengan bonusnya. Sebagai contoh, mereka memberikan saya bonus 30% bagi deposit pertama saya, serta hadiah $50 bagi akaun perdagangan saya, itu diberikan sebelum saya memasukkan wang!

Secara keseluruhan, saya amat kagum dengan Plus500, mereka memberi anda rasa mereka benar-benar mahukan perniagaan anda, terutama sekali dengan bonus yang mereka tawarkan. Kelebihan utamanya adalah akaun demo tidak terhad, perisian perdagangan yang mudah diguna tetapi berkuasa, pelbagai instrumen dan pasaran yang tersedia untuk perdagangan, bonus tunai percuma, hentian dijamin, dan akhir sekali, kebolehpercayaan yang tinggi disebabkan peraturan FSA mereka.

Buka akaun perdagangan secara percuma Klik di sini



  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Rabu, 11 Januari 2012

Bagaimana buat duit dengan menulis sajak

Adakah anda seorang yang suka atau berkebolehan menulis sajak? Kenapa anda menulis? Untuk kepuasan atau luahan, atau sekadar suka-suka. Sebenarnya, hobi ini boleh juga dijadikan sebagai salah satu cara bagaimana buat duit dengan menulis sajak. Yang penting, kesungguhan dan minat yang mendalam.

Jadi bagaimana nak buat duit dengan menulis sajak? Bukan saja sajak malah syair, pantun, dan cerpen juga boleh diaplikasikan. Anda tak perlukan modal pun.

1. Pertama sekali, anda boleh bermula dengan membuka website atau blog peribadi sebagai medan untuk anda menulis. Dengan adanya blog, anda akan memperoleh pengikut yang setia membaca hasil tulisan anda. Sebaiknya, sediakan mailing list supaya anda boleh menghantar tulisan terbaru anda kepada para pembaca setia blog anda.

2. Apabila anda merasakan bahawa anda sudah mempunyai bilangan pembaca setia yang ramai maka anda boleh memulakan langkah buat duit dengan menulis sajak ini. Kumpulkan sajak-sajak terbaik anda dan buatlah ebook dan jual di dalam blog anda. Anda boleh gunakan paypal sebagai cara pembayaran terbaik produk anda.

3. Anda juga perlu berkomunikasi dengan peminat/pengikut anda. Sebaiknya, binalah satu fan page di blog atau facebook. Ini penting untuk anda memdapatkan maklum balas peminat terhadap sajak anda dan seterusnya membantu anda memperbaiki segala kelemahan yang ada.

4. Teruskan menulis sajak. The more the better. Apabila jumlah peminat anda semakin besar, anda boleh memulakan satu ruang forum khas dalam blog anda untuk membolehkan para peminat anda berinteraksi antara satu sama lain mengenai sajak anda. Biarkan beberapa peminat tegar membaca sajak baru anda yang belum diterbitkan untuk mewar-warkan kepada ahli-ahli forum yang lain.

Demikianlah cara bagaimana buat duit dengan menulis sajak/pantun/syair/cerpen khasnya secara online. Jika anda salah seorang yang mempunyai minat mendalam dalam bidang penulisan ini, tiada salahnya mencuba. Rezeki ada di mana-mana.

  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Ahad, 18 Disember 2011

Bagaimana mempromosi bisnes online

Perniagaan online kini telah menjadi pilihan atau trend para usahawan atas faktor-faktor tertentu seperti kos yang murah dan kemudahan untuk mempromosikan perniagaan.Mempromosikan perniagaan online adalah sangat penting bukan sahaja untuk kejayaan jangka masa [endek malah juga untuk perniagaan itu kekal lama. Di sini terdapat beberapa langkah asas yang akan membantu bagaimana untuk mempromosikan perniagaan online.
1. Tulis pelancaran produk untuk mengumumkan berita terbaru mengenai bisnes anda dan hantarkan kepada website-website press release submission online dan juga kepada media tempatan.

2. Libatkan diri dalam pemasaran artikel. Hantarkan artikel-artikel anda itu ke direktori-direktori artikel yang banyak di internet. Pastikan anda meletakkan nama bisnes dan URL anda di dalam direktori tersebut.

3. Gunakan pengiklanan pay-per-click. Pengiklanan seumpama ini merupakan cara terpantas untuk membawa ramai pengunjung ke dalam laman web anda dan anda juga mempunyai kuasa untuk mengawal kos setiap klik pengiklanan.

4. Jika anda mempunyai bisnes online, anda harus membina senarai pelanggan dan pelanggan yang berpotensi dengan menghantar e-newsletter bisnes anda. Sediakan kotak opt-in di dalam laman web anda di mana anda akan menawarkan tawaran menarik seperti diskaun atau laporan percuma kepada klien atau bakal klien yang sudi mengisi nama dan alamat mereka di dalam kotak tersebut. Ini dipanggil mailing list.

5. Sertai lah forum-forum atau perbincangan-perbincangan yang berkaitan dengan produk anda. Mungkin anda sukar untuk mempromosikan produk anda secara direct tetapi anda masih dapat mempromosikan laman web bisnes anda melalui signature keahlian anda dalam forum atau perbincangan tersebut.

6. Bina program affiliate. Jika anda mempunyai affiliate yang ramai maka prospek anda juga meningkat dan hasilnya, banyak pelanggan yang akan membeli produk anda. Affiliate ini merupakan individu lain yang mempromosikan produk anda dan apabila pelanggan membeli barangan menerusi link affiliate ini, mereka akan mendapat komisyen jualan daripada anda. Ingat! anda harus membayar komisyen kepada affiliate mengikut kadar yang anda tetapkan sendiri contohnya 40% dari harga jualan. JIka anda tidak membayar mereka, percayalah bahawa reputasi anda dan bisnes online anda akan jatuh mendadak.

7. Sentiasalah menjejaki langkah promosi yang berkesan. Biasanya para peniaga internet ini menggunakan beberapa cara promosi seperti link banner dan email untuk mempromosikan produk. Jika sesuatu metod itu kurang berkesan, cari dan kaji cara lain yang mungkin berkesan untuk penjualan produk anda. Gunakan juga kaedah pengiklanan melalui laman sosial seperti facebook, twitter, digg, myspace dan sebagainya.

Apapun perniagaan yang anda ceburi, tidak ada jalan mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan itu dengan cepat. Sekiranya mudah, semua orang pun sudah berjaya. Namun, jika ada berkat usaha yang gigih, sabar dan jujur, mudah-mudahan anda akan berjaya dalam perniagaan online ini.

Mungkin juga anda inginkan cara pengiklanan melalui Adsense untuk meningkatkan jualan produk anda. Saya sarankan agar anda membaca ebook Seni Adwords - Panduan Pengiklanan Google Adwords yang ditulis oleh pakar bisnes online Mohd Syamsuriyadi ini. Dalam ebook ini, diterangkan dengan jelas dan mudah bagaimana mengiklan dengan Google Adwords secara langkah demi langkah. Pastinya buku ini sangat berguna untuk membantu anda memasarkan produk anda kepada prospek yang ramai.

  • Dapatkan ebook (Bahasa Melayu) mengenai fakta, sejarah, dan cara-cara yang mudah dan meyakinkan dalam pelaburan Emas $$SINI$$
  • Sertailah peraduan Microsoft's Great Family Time dan menangi sebuah kereta Nissan Grand Livina! SERTAI SEKARANG

Jumaat, 16 Disember 2011

Kebaikan Mempunyai Bisnes Sendiri

Walaupun seseorang terpaksa menempuh pelbagai rintangan dan risiko yang menakutkan ketika mahu memulakan sesuatu perniagaan itu, harus disedari bahawa memiliki perniagaan sendiri ada banyak faedahnya. Pemilik perniagaan memberikan seseorang itu kebebasan yang tidak mampu dimiliki oleh mereka yang berkerja untuk orang lain. Namun demikian, ia bukan lah sesuatu yang perlu diambil mudah. Terdapat banyak kebaikan mempunyai bisnes sendiri.

Potensi Pendapatan Tanpa Had
Apabila bekerja dengan majikan, potensi pendapatan seseorang itu adalah terhad kepada sesuatu struktur gaji yang sedia ada. Sebaliknya, sebagai pemilik perniagaan atau 'bos' secara teorinya, seseorang itu mempunyai potensi pendapatan tanpa had. Tapi bukan semua perniagaan kecil berakhir dengan pendapatan yang tinggi malah mungkin berlaku kerugian. Namun sekiranya seseorang itu bijak dan berani menanggung risiko, biasanya orang itu akan berjaya.

Keselamatan Pekerjaan
Semasa berlaku kemorosotan ekonomi dan apabila berlaku kadar pengangguran yang meningkat, menjadi pemilik perniagaan membolehkan seseorang itu selamat daripada menjadi mangsa dibuang kerja walaupun berhadapan dengan situasi ekonomi yang boleh menyebabkan jualan atau pendapatan syarikat menurun.

Kebebasan Jadual
Sebagai pemilik perniagaan, anda memiliki darjah kebebasan yang tinggi dari segi jadual. Anda tidak terikat dengan mana-mana peraturan malah anda sendiri yang akan membuat peraturan. Seseorang itu mungkin sahaja boleh bekerja sampai lewat malam kemudian tidur sepanjang siang hari. Malah mungkin bebas bercuti sakan sana-sini. Yang penting, perniagaan tetap dijaga.

Pengawalan Karier
Sebagai pemilik perniagaan juga, anda bebas dari politik pejabat. Kerana anda merupakan orang tertinggi syarikat maka tidak perlu risau mengenai saingan antara pekerja. Sebagai bos, anda bebas untuk memberikan sepenuh perhatian dalam mempertingkatkan perniagaan dan memperbaiki produk atau perkhidmatan.
Oleh yang demikian, sekiranya anda seorang yang memang bercita-cita tinggi untuk menjadi bos, berusahalah. Bukan senang tapi jika ada berkat usaha yang gigih, mudah-mudahan success dalam apa juga yang diniagakan. Biarlah bermula dari bawah.

  • Sertailah peraduan Microsoft's Great Family Time dan menangi sebuah kereta Nissan Grand Livina! SERTAI SEKARANG

Buat duit secara online tanpa kad kredit | Tips kepada orang baru

Ingin mencari cara buat duit secara online? Tak dapat dinafikan bahawa banyak orang masa kini yang menjadikan komputer dan internet sebagai sumber rezeki sepenuh masa. Bagi orang barat, internet bukan lagi asing malah menjadi sumber utama kewangan mereka. Malah ada yang sudah mencapai status 'billionaire'. Kenal dengan Mark Zuckenberg, Steve Jobs, atau jutawan Malaysia sendiri, Irfan Khairy? Mereka semua adalah antara cebisan kecil yang telah mencapai kejayaan yang tinggi dalam bidang perusahaan internet. Bagaimana nak buat duit secara online tanpa kad kredit akan diterangkan secara ringkas tapi padat di dalam artikel ini. Mungkin tips ini agak umum jika anda adalah seorang yang memang sudah lama mengenal internet namun bagi yang masih baru, tips ini mungkin berguna.

Kad kredit sangat penting jika ingin menjalankan perusahaan internet malah kebanyakkan syarikat juga kini telah menerima kad kredit sebagai satu cara pembayaran. Namun bagaimana jika tidak mempunyai kad kredit? Jangan bimbang kerana tanpa kad kredit juga, anda boleh menjana pendapatan secara online.

1. Belajarlah sebanyak yang boleh mengenai perniagaan internet secara percuma. Langkah pertama buat duit secara online ialah dengan mempelajari bagaimana menjana wang dari internet. Jika anda memikirkan bahawa ketiadaan kad kredit menjadi kekurangan pada anda, ianya salah. Banyak sumber percuma  online mengenai perniagaan internet yang boleh dicari dan diakses tanpa sesen pun. Malahan, mereka yang mempunyai kad kredit sekalipun selalunya membuang banyak kredit untuk membeli produk-produk yang boleh diperoleh secara percuma.

2. Dapatkan kad debit. Kad debit juga dikenali umum sebagai kad bank atau kad cek. Ianya kelihatan seperti kad kredit namun ianya bukan kad kredit kerana semasa anda membuat pembayaran, wang akan terus dipotong dari jumlah wang simpanan anda di bank. Kebanyakkan laman web online menggunakan cara pembayaran melalui kad debit. Oleh itu, anda boleh menggunakannya.

3. Daftar dengan PayPal. Seterusnya, anda memerlukan akaun PayPal. Dengan akaun ini, anda boleh membuat bayaran dan juga menerima bayaran secara online. Anda tidak memerlukan kad kredit untuk membuka akaun PayPal. Untuk mengesahkan akaun anda, anda harus memiliki debit kad yang mempunyai logo VISA atau Mastercard. 

4. Daftar dan buka website percuma. Langkah seterusnya ialah dengan membina website percuma untuk anda. Website merupakan komponen asas untuk buat duit secara online tanpa atau dengan kad kredit. Hanya website yang simple sahaja pun sudah memadai. Anda boleh mendaftar dengan penyedia website percuma seperti Wordpress dan Blogger. 

5. Gunakan kad debit untuk membayar penyedia web (web hosting). Website percuma  dan penyedia blog adalah baik untuk mereka yang masih baru. Namun sekiranya anda serius dalam menjana duit secara online, disarankan agar anda membeli nama domain untuk website anda. Ia boleh didapati dengan kos yang sangat rendah. Contohnya, hosting blogger hanya mengecaj USD10 setahun untuk mereka yang membeli domain melalui Blogger. Terdapat juga banyak hosting lain yang menerima bayaran melalui Paypal sahaja.

6. Mohonlah kad prepaid VISA atau Mastercard. Jika anda orang Malaysia, anda boleh memohon kad prepaid VISA tune2Big.com 100% secara online sahaja. Fungsinya sama dengan kad kredit tetapi bezanya ialah anda perlu mengisi atau reload terlebih dahulu sebelum digunakan. Kad ini lebih selamat berbanding kad kredit. Paypal juga boleh diverifikasi melalui kad prepaid VISA ini.

7. Daftar dengan program affiliate. Menjadi affiliate adalah salah satu cara paling mudah dalam menjana wang secara online dengan percuma. Ianya mudah, anda hanya perlu mempromosikan produk orang lain di dalam website anda dan apabila ada orang yang membeli produk tersebut melalui link afiliate anda, anda akan menerima komisyen. Banyak program yang membayar affiliate denga Paypal, oleh itu pastikan anda sudah memiliki akaun Paypal. Anda boleh mengunjungi laman web Jomniaga.com untuk program affiliate di Malaysia. Clickbank.com juga adalah platform utama program affiliate terbesar di dunia sekarang.

8. Daftar dengan syarikat pengiklanan. Setelah anda mempunyai website sendiri sama ada ianya percuma atau berbayar, anda sangat digalakkan untuk mendaftar dengan syarikat-syarikat pengiklanan online seperti Adsense, Chitika, Adbrite, dan banyak lagi. Jika anda memilih pengiklan tempatan, anda boleh berdaftar dengan Nuffnang, ManggaAds, atau Advertlets. Yang menyoronokkan ialah anda tak perlu bayar apa-apa untuk join dengan syarikat-syarikat tersebut. 

Selepas anda mendaftar, anda akan diberikan serangkai kod yang perlu anda letakkan ke dalam website anda untuk memaparkan iklan dari syarikat tersebut. Apabila pengunjung website anda mengklik iklan tersebut, anda akan dibayar oleh syarikat pengiklan. Mudah bukan.

Cara buat duit online tanpa kad kredit memang mudah sekiranya dilakukan langkah demi langkah. Dalam masa 10 minit sahaja pun anda sudah boleh mula menjana wang percuma dari internet. Semoga berjaya!

  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Sertailah peraduan Microsoft's Great Family Time dan menangi sebuah kereta Nissan Grand Livina! SERTAI SEKARANG

Khamis, 15 Disember 2011

Penipuan kad kredit online | Tips mengelak penipuan kad kredit

Pembelian barangan secara online kini telah menjadi trend masyarakat yang hidup dengan kemudahan internet yang tumbuh bagai cendawan. Keupayaan untuk membeli barangan secara pantas dan selesa menyebabkan banyak orang yang memilih untuk bershoping secara online. Hanya dengan beberapa klik, barang impian sudah hampir dimiliki tanpa berebut-rebut. 

Selagi kad kredit belum melebihi had, anda boleh bershoping sakan di depan komputer atau laptop anda. Namun sejauh manakah keselamatan penggunaan kad kredit ini secara online? adakah keselamatan privacy terjamin? Kebenarannya ialah pembelian barangan secara online adalah selamat sekiranya anda mematuhi beberapa peraturan mudah yang mana ianya akan mengurangkan risiko untuk menjadi mangsa penipuan kad kredit online.

1. Periksa sama ada anda sedang berurusan dengan penjual yang menggunakan server website yang selamat. Maksudnya di sini ialah informasi peribadi yang anda masukkan ke laman web itu tidak dapat dilihat oleh third-party website kerana laman itu adalah sulit atau 'encrypted'. Encryption bergantung kepada beberapa siri algorithma atau encoders yang hanya membenarkan pihak tertentu sahaja untuk melihat maklumat sulit anda. 

2. Pastikan anda hanya berurusan dengan syarikat online yang mempunyai reputasi yang baik. Syarikat besar seperti Best Buy, Target, dan Wal-Mart semuanya menggunakan server yang selamat kepada pelanggan-pelanggannya. Berhati-hatilah dengan syarikat yang 'dicari' dengan menggunakan engin carian seperti google atau yahoo terutamanya syarikat yang belum pernah anda dengar. Biarlah anda mencari barangan idaman anda tersebut di laman web syarikat yang selamat berbanding membelinya di laman web yang mungkin hanya menipu dan mencuri identiti kewangan anda walaupun menawarkan harga yang jauh lebih murah.

3. Bacalah polisi privasi yang disediakan dalam laman web penjual. Dalam polisi tersebut biasanya penjual akan memaklumkan sama ada pihaknya akan menggunakan maklumat perhubungan atau email anda untuk tujuan pengiklanan masa hadapan atau tidak. Atau mereka juga mungkin akan menyenaraikan email anda ke dalam senarai email (email list) yang akan membenarkan cabang-cabang syarikat untuk turut menghantar iklan produk mereka. Jika laman web tersebut tidak mempunyai laman polisi, jangan berurusan dengan mereka. Setiap syarikat yang inginkan reputasi yang baik tidak akan sekali-kali meninggalkan laman polisi privasi dalam website mereka.

4. Cetak resit pembelian setiap kali anda menggunakan kad kredit untuk membeli barangan online. Resit ini akan menjadi bukti pembayaran dan jumlah pembelian sekiranya terdapat percanggahan di dalam penyata kad kredit anda. Simpan resit itu dengan baik untuk kegunaan masa depan. Kebanyakkan syarikat kad kredit akan membetulkan caj penipuan (fraudulent charge) dengan memasukkan semula wang yang dicaj tersebut ke dalam kad anda. Sekiranya berlaku penipuan, resit pembelian tersebut akan diperlukan untuk tujuan penyiasatan.
(Sumber: Eleanor Jewell)

Oleh itu, elakkan diri anda daripada menjadi mangsa penipuan kad kredit online. Bukan sikit kes penipuan ni di Malaysia. Ia melibatkan wang bernilai puluhan juta ringgit.
  • Sertailah peraduan Microsoft's Great Family Time dan menangi sebuah kereta Nissan Grand Livina! SERTAI SEKARANG

Sabtu, 15 Januari 2011

Bagaimana nak simpan dan buat duit

Masalah kewangan yang dihadapi oleh kebanyakan orang sekarang ialah mereka tidak menerima pendapatan yang cukup untuk memenuhi keperluan dan keinginan dalam kehidupan. Manusia secara semula jadinya akan membeli apa sahaja yang mereka mahu walaupun ianya memakan perbelanjaan yang melebihi daripada kemampuan mereka. Walaupun manusia tahu bahawa mereka tidak mampu memilikinya, mereka akan tetap berusaha untuk mendapatkannya. Tidak dapat dinafikan juga bahawa terdapat individu yang mandiri dalam mengurus kewangan mereka. Namun demikian, sebijak manapun seseorang itu dalam mengurus kewangannya, mereka tidak boleh lari daripada hutang. Rasanya, penyelesaian kepada masalah wang yang dihadapi oleh kebanyakan orang boleh diatasi sekiranya mereka diajar tentang bagaimana nak mencari duit saku tambahan dan kemudiannya mengajar mereka bagaimana nak buat bajet seimbang dan seterusnya bagaimana nak menyimpan. Bukan sahaja masyarakat kita yang mempunyai sikap suka berbelanja malah ianya adalah satu sikap universal yang dimiliki oleh masyarakat secara global.

Kita tidak tahu bagaimana setiap individu berfikir mengenai perkara ini. Seseorang yang bekerja dari jam8.00 pagi hingga jam5.00 petang biasanya berpendapatan sekitar RM3000 sebulan. Ada antara kita juga yang tidak mahu tersepit dalam dunia pekerjaan yang sama sepanjang hayat. Tiap-tiap hari asyik telan air liur bos, asyik menjeruk rasa dengan rakan setugas, bangun awal tiap-tiap hari, dan sentiasa berada dalam keresahan takut dibuang kerja. Memang tidak dapat dinafikan juga bahawa terdapat orang-orang yang mampu memperoleh pendaptan sehingga RM10k sebulan tanpa melakukan tugas-tugas sebagaimana yang biasa dilakukan oleh pekerja biasa. Mungkin blogging? entahlah..nuffnang pun baru RM**.**..huhu

Apabila merasa muak atau bosan dengan pekerjaan makan gaji, mungkin dah ada niat di hati tu untuk mencari karier baru yang lebih menyeronokkan dan yang paling penting, lebih menguntungkan. Pekerjaan apakah itu? Hmm..rasanya di dunia ini tiada cara terpantas atau ter'magic' untuk kaya dengan cepat. Lain lah kalau kena loteri 1 juta atau rompak bank atau jual dadah..ni memang cepat kaya kalau berjaya. Kalau gagal?? tali gantung menunggu. Belum lagi campur dengan balasan di dunia akhirat kelak. Kena fikir banyak-banyak dulu sebelum beralih karier. Kalau nak sangat 'untung besar-untung besar' tiap hari, pergilah berguru dengan pakar-pakar perniagaan sebab kata orang 90% rezeki tu datangnya daripada perniagaan. Rasanya memang betul tu. Tapi perniagaan apa nak buat yer? internet? huh!! buat je la apa-apa perniagaan. Yang penting usaha dan semangat tu yang kena kuat. 

Kalau ada sesiapa tu yang gatai nak mulakan 'self-employment' tu, ni hah!! tips tuk korang:-
1st: kena fikir masak-masak sebelum anda benar-benar nak mulakan self-employment
2nd: tentukan perniagaan apa yang hendak diceburi atau perniagaan apa yang anda rasa anda arif dengannya
3rd: kalau kekurangan modal tu, boleh lah mula dengan menyertai mana-mana program affiliate dulu..apa tu? pergi la google kan. tapi pastikan produk tu adalah produk yang korang minat. Contohnya, anda bermimpi nak bukak kedai photografi, so cari lah program affiliate yang berkaitan dengan fotografi. Anda suka, anda minat, enjoy buat kerja.
4th: buat kajian, buat kajian, dan buat kajian mengenai market anda. Tu pasal kena berguru dengan otai dulu.
5th: EXECUTE!!..dah ada matlamat, apa tunggu lagi, DO IT!!

'If you save money, the money will save you'