Kematian pasangan merupakan satu peristiwa yang sangat menyakitkan. Bukan sahaja bersedih malah sekiranya pasangan yang meninggal itu mempunyai hutang yang banyak, sudah tentu ia akan memberi beban kepada pasangan yang masih hidup kerana terpaksa menanggung hubunagn kewangan si mati. Sekiranya pasangan anda mati dan masih mempunyai hutang piutang yang banyak, adalah lebih baik untuk anda memahami apakan pilihan-pilihan yang anda ada dan apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk menghadapinya.
Wali
Apabila pasangan meninggal khasnya isteri, suami lah yang akan menjadi waris kepada peninggalan isteri. Sebagai wali atau pelaksana wasiat, anda perlu menghubugi si pemiutang dan memaklumkan akan kematian pasangan anda. Secara umumnya, pasangan kepada si mati tidak dipertanggungjawabkan dalam membayar hutang si mati sekiranya hutang tersebut hanya dalam nama si mati. Ini merupakan "common law' dalam peraturan pemilikan. Sekiranya pasangan anda yang meninggal itu tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk membayar pemiutang, anda harus memaklumkan mereka. Si pemiutang akan menutup hutang yang tidak dikutip (noncollectible debt) sebagai satu 'loss against its taxes'. Perlu diingat juga bahawa common law dalam peraturan pemilikan ini mungkin mempunyai pengecualian dalam kuasa kehakiman.
Pengecualian-pengecualian lain
Jika anda merupakan 'cosigner' atau peminjam bersama kepada hutang pasangan anda yang meninggal itu maka anda adalah bertanggungjawab kepada pembayaran semula hutang bersama tersebut. Kematian pasangan anda tidak akan mengubah atau menyingkirkan kewajipan kontrak pembayaran terhadap hutang-hutang tersebut. Perlu juga menitikberatkan 'common law' yang diamalkan di kawasan atau negeri anda.
Penyelesaian
Jika anda mempunyai hutang dan mengalami kesukaran kewangan, adalah lebih baik juka anda menghubungi pemiutang (pihak yang memberikan pinjaman) secara terus dan maklumkan mereka akan keadaan kewangan anda. Anda mungkin boleh merancang untuk membuat pembayaran semula secara bersiri dengan bayaran yang kecil jika tidak dapat membayar secara sekaligus. Elakkan juga daripada mendapatkan khidmat pinjaman mana-mana agensi kerana ianya kebarangkalian besar bukannya mengurangkan hutang malah akan meningkatkan jumlah hutang yang perlu anda bayar kelak. (Sumber: Mackenzie Steele)
*Oleh yang demikian, adalah sangat penting untuk mengetahui tahap kewangan pasangan anda sebelum kahwin, semasa kahwin dan sesudah pasangan meninggal. Jangan dek kerana cinta buta, hidup jadi berantakan dek kerana hutang yang berlambak. Bermatian anda mencari duit untuk kahwin, jangan pulak nanti bermatian anda bayar hutang pasangan. Huhu..alahai kehidupan.
- Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI
- Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan