Ingin mencari cara buat duit secara online? Tak dapat dinafikan bahawa banyak orang masa kini yang menjadikan komputer dan internet sebagai sumber rezeki sepenuh masa. Bagi orang barat, internet bukan lagi asing malah menjadi sumber utama kewangan mereka. Malah ada yang sudah mencapai status 'billionaire'. Kenal dengan Mark Zuckenberg, Steve Jobs, atau jutawan Malaysia sendiri, Irfan Khairy? Mereka semua adalah antara cebisan kecil yang telah mencapai kejayaan yang tinggi dalam bidang perusahaan internet. Bagaimana nak buat duit secara online tanpa kad kredit akan diterangkan secara ringkas tapi padat di dalam artikel ini. Mungkin tips ini agak umum jika anda adalah seorang yang memang sudah lama mengenal internet namun bagi yang masih baru, tips ini mungkin berguna.
Kad kredit sangat penting jika ingin menjalankan perusahaan internet malah kebanyakkan syarikat juga kini telah menerima kad kredit sebagai satu cara pembayaran. Namun bagaimana jika tidak mempunyai kad kredit? Jangan bimbang kerana tanpa kad kredit juga, anda boleh menjana pendapatan secara online.
1. Belajarlah sebanyak yang boleh mengenai perniagaan internet secara percuma. Langkah pertama buat duit secara online ialah dengan mempelajari bagaimana menjana wang dari internet. Jika anda memikirkan bahawa ketiadaan kad kredit menjadi kekurangan pada anda, ianya salah. Banyak sumber percuma online mengenai perniagaan internet yang boleh dicari dan diakses tanpa sesen pun. Malahan, mereka yang mempunyai kad kredit sekalipun selalunya membuang banyak kredit untuk membeli produk-produk yang boleh diperoleh secara percuma.
2. Dapatkan kad debit. Kad debit juga dikenali umum sebagai kad bank atau kad cek. Ianya kelihatan seperti kad kredit namun ianya bukan kad kredit kerana semasa anda membuat pembayaran, wang akan terus dipotong dari jumlah wang simpanan anda di bank. Kebanyakkan laman web online menggunakan cara pembayaran melalui kad debit. Oleh itu, anda boleh menggunakannya.
3. Daftar dengan PayPal. Seterusnya, anda memerlukan akaun PayPal. Dengan akaun ini, anda boleh membuat bayaran dan juga menerima bayaran secara online. Anda tidak memerlukan kad kredit untuk membuka akaun PayPal. Untuk mengesahkan akaun anda, anda harus memiliki debit kad yang mempunyai logo VISA atau Mastercard.
4. Daftar dan buka website percuma. Langkah seterusnya ialah dengan membina website percuma untuk anda. Website merupakan komponen asas untuk buat duit secara online tanpa atau dengan kad kredit. Hanya website yang simple sahaja pun sudah memadai. Anda boleh mendaftar dengan penyedia website percuma seperti Wordpress dan Blogger.
5. Gunakan kad debit untuk membayar penyedia web (web hosting). Website percuma dan penyedia blog adalah baik untuk mereka yang masih baru. Namun sekiranya anda serius dalam menjana duit secara online, disarankan agar anda membeli nama domain untuk website anda. Ia boleh didapati dengan kos yang sangat rendah. Contohnya, hosting blogger hanya mengecaj USD10 setahun untuk mereka yang membeli domain melalui Blogger. Terdapat juga banyak hosting lain yang menerima bayaran melalui Paypal sahaja.
6. Mohonlah kad prepaid VISA atau Mastercard. Jika anda orang Malaysia, anda boleh memohon kad prepaid VISA tune2Big.com 100% secara online sahaja. Fungsinya sama dengan kad kredit tetapi bezanya ialah anda perlu mengisi atau reload terlebih dahulu sebelum digunakan. Kad ini lebih selamat berbanding kad kredit. Paypal juga boleh diverifikasi melalui kad prepaid VISA ini.
7. Daftar dengan program affiliate. Menjadi affiliate adalah salah satu cara paling mudah dalam menjana wang secara online dengan percuma. Ianya mudah, anda hanya perlu mempromosikan produk orang lain di dalam website anda dan apabila ada orang yang membeli produk tersebut melalui link afiliate anda, anda akan menerima komisyen. Banyak program yang membayar affiliate denga Paypal, oleh itu pastikan anda sudah memiliki akaun Paypal. Anda boleh mengunjungi laman web Jomniaga.com untuk program affiliate di Malaysia. Clickbank.com juga adalah platform utama program affiliate terbesar di dunia sekarang.
8. Daftar dengan syarikat pengiklanan. Setelah anda mempunyai website sendiri sama ada ianya percuma atau berbayar, anda sangat digalakkan untuk mendaftar dengan syarikat-syarikat pengiklanan online seperti Adsense, Chitika, Adbrite, dan banyak lagi. Jika anda memilih pengiklan tempatan, anda boleh berdaftar dengan Nuffnang, ManggaAds, atau Advertlets. Yang menyoronokkan ialah anda tak perlu bayar apa-apa untuk join dengan syarikat-syarikat tersebut.
Selepas anda mendaftar, anda akan diberikan serangkai kod yang perlu anda letakkan ke dalam website anda untuk memaparkan iklan dari syarikat tersebut. Apabila pengunjung website anda mengklik iklan tersebut, anda akan dibayar oleh syarikat pengiklan. Mudah bukan.
Cara buat duit online tanpa kad kredit memang mudah sekiranya dilakukan langkah demi langkah. Dalam masa 10 minit sahaja pun anda sudah boleh mula menjana wang percuma dari internet. Semoga berjaya!
- Info Pelik Mengenai Samsung Galaxy ke tu?NAK TAHU JUGA
- Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI
- Sertailah peraduan Microsoft's Great Family Time dan menangi sebuah kereta Nissan Grand Livina! SERTAI SEKARANG
1 ulasan:
POST ANDA CUKUP MEMBANTU TERIMA KASIH..
Catat Ulasan