Pembelian barangan secara online kini telah menjadi trend masyarakat yang hidup dengan kemudahan internet yang tumbuh bagai cendawan. Keupayaan untuk membeli barangan secara pantas dan selesa menyebabkan banyak orang yang memilih untuk bershoping secara online. Hanya dengan beberapa klik, barang impian sudah hampir dimiliki tanpa berebut-rebut.
Selagi kad kredit belum melebihi had, anda boleh bershoping sakan di depan komputer atau laptop anda. Namun sejauh manakah keselamatan penggunaan kad kredit ini secara online? adakah keselamatan privacy terjamin? Kebenarannya ialah pembelian barangan secara online adalah selamat sekiranya anda mematuhi beberapa peraturan mudah yang mana ianya akan mengurangkan risiko untuk menjadi mangsa penipuan kad kredit online.
1. Periksa sama ada anda sedang berurusan dengan penjual yang menggunakan server website yang selamat. Maksudnya di sini ialah informasi peribadi yang anda masukkan ke laman web itu tidak dapat dilihat oleh third-party website kerana laman itu adalah sulit atau 'encrypted'. Encryption bergantung kepada beberapa siri algorithma atau encoders yang hanya membenarkan pihak tertentu sahaja untuk melihat maklumat sulit anda.
2. Pastikan anda hanya berurusan dengan syarikat online yang mempunyai reputasi yang baik. Syarikat besar seperti Best Buy, Target, dan Wal-Mart semuanya menggunakan server yang selamat kepada pelanggan-pelanggannya. Berhati-hatilah dengan syarikat yang 'dicari' dengan menggunakan engin carian seperti google atau yahoo terutamanya syarikat yang belum pernah anda dengar. Biarlah anda mencari barangan idaman anda tersebut di laman web syarikat yang selamat berbanding membelinya di laman web yang mungkin hanya menipu dan mencuri identiti kewangan anda walaupun menawarkan harga yang jauh lebih murah.
3. Bacalah polisi privasi yang disediakan dalam laman web penjual. Dalam polisi tersebut biasanya penjual akan memaklumkan sama ada pihaknya akan menggunakan maklumat perhubungan atau email anda untuk tujuan pengiklanan masa hadapan atau tidak. Atau mereka juga mungkin akan menyenaraikan email anda ke dalam senarai email (email list) yang akan membenarkan cabang-cabang syarikat untuk turut menghantar iklan produk mereka. Jika laman web tersebut tidak mempunyai laman polisi, jangan berurusan dengan mereka. Setiap syarikat yang inginkan reputasi yang baik tidak akan sekali-kali meninggalkan laman polisi privasi dalam website mereka.
4. Cetak resit pembelian setiap kali anda menggunakan kad kredit untuk membeli barangan online. Resit ini akan menjadi bukti pembayaran dan jumlah pembelian sekiranya terdapat percanggahan di dalam penyata kad kredit anda. Simpan resit itu dengan baik untuk kegunaan masa depan. Kebanyakkan syarikat kad kredit akan membetulkan caj penipuan (fraudulent charge) dengan memasukkan semula wang yang dicaj tersebut ke dalam kad anda. Sekiranya berlaku penipuan, resit pembelian tersebut akan diperlukan untuk tujuan penyiasatan.
(Sumber: Eleanor Jewell)
Oleh itu, elakkan diri anda daripada menjadi mangsa penipuan kad kredit online. Bukan sikit kes penipuan ni di Malaysia. Ia melibatkan wang bernilai puluhan juta ringgit.
- Info Pelik Mengenai Samsung Galaxy ke tu? NAK TAHU JUGA
- Sertailah peraduan Microsoft's Great Family Time dan menangi sebuah kereta Nissan Grand Livina! SERTAI SEKARANG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan