Masalah kewangan yang dihadapi oleh kebanyakan orang sekarang ialah mereka tidak menerima pendapatan yang cukup untuk memenuhi keperluan dan keinginan dalam kehidupan. Manusia secara semula jadinya akan membeli apa sahaja yang mereka mahu walaupun ianya memakan perbelanjaan yang melebihi daripada kemampuan mereka. Walaupun manusia tahu bahawa mereka tidak mampu memilikinya, mereka akan tetap berusaha untuk mendapatkannya. Tidak dapat dinafikan juga bahawa terdapat individu yang mandiri dalam mengurus kewangan mereka. Namun demikian, sebijak manapun seseorang itu dalam mengurus kewangannya, mereka tidak boleh lari daripada hutang. Rasanya, penyelesaian kepada masalah wang yang dihadapi oleh kebanyakan orang boleh diatasi sekiranya mereka diajar tentang bagaimana nak mencari duit saku tambahan dan kemudiannya mengajar mereka bagaimana nak buat bajet seimbang dan seterusnya bagaimana nak menyimpan. Bukan sahaja masyarakat kita yang mempunyai sikap suka berbelanja malah ianya adalah satu sikap universal yang dimiliki oleh masyarakat secara global.
Kita tidak tahu bagaimana setiap individu berfikir mengenai perkara ini. Seseorang yang bekerja dari jam8.00 pagi hingga jam5.00 petang biasanya berpendapatan sekitar RM3000 sebulan. Ada antara kita juga yang tidak mahu tersepit dalam dunia pekerjaan yang sama sepanjang hayat. Tiap-tiap hari asyik telan air liur bos, asyik menjeruk rasa dengan rakan setugas, bangun awal tiap-tiap hari, dan sentiasa berada dalam keresahan takut dibuang kerja. Memang tidak dapat dinafikan juga bahawa terdapat orang-orang yang mampu memperoleh pendaptan sehingga RM10k sebulan tanpa melakukan tugas-tugas sebagaimana yang biasa dilakukan oleh pekerja biasa. Mungkin blogging? entahlah..nuffnang pun baru RM**.**..huhu
Apabila merasa muak atau bosan dengan pekerjaan makan gaji, mungkin dah ada niat di hati tu untuk mencari karier baru yang lebih menyeronokkan dan yang paling penting, lebih menguntungkan. Pekerjaan apakah itu? Hmm..rasanya di dunia ini tiada cara terpantas atau ter'magic' untuk kaya dengan cepat. Lain lah kalau kena loteri 1 juta atau rompak bank atau jual dadah..ni memang cepat kaya kalau berjaya. Kalau gagal?? tali gantung menunggu. Belum lagi campur dengan balasan di dunia akhirat kelak. Kena fikir banyak-banyak dulu sebelum beralih karier. Kalau nak sangat 'untung besar-untung besar' tiap hari, pergilah berguru dengan pakar-pakar perniagaan sebab kata orang 90% rezeki tu datangnya daripada perniagaan. Rasanya memang betul tu. Tapi perniagaan apa nak buat yer? internet? huh!! buat je la apa-apa perniagaan. Yang penting usaha dan semangat tu yang kena kuat.
Kalau ada sesiapa tu yang gatai nak mulakan 'self-employment' tu, ni hah!! tips tuk korang:-
1st: kena fikir masak-masak sebelum anda benar-benar nak mulakan self-employment
2nd: tentukan perniagaan apa yang hendak diceburi atau perniagaan apa yang anda rasa anda arif dengannya
3rd: kalau kekurangan modal tu, boleh lah mula dengan menyertai mana-mana program affiliate dulu..apa tu? pergi la google kan. tapi pastikan produk tu adalah produk yang korang minat. Contohnya, anda bermimpi nak bukak kedai photografi, so cari lah program affiliate yang berkaitan dengan fotografi. Anda suka, anda minat, enjoy buat kerja.
4th: buat kajian, buat kajian, dan buat kajian mengenai market anda. Tu pasal kena berguru dengan otai dulu.
5th: EXECUTE!!..dah ada matlamat, apa tunggu lagi, DO IT!!
'If you save money, the money will save you'
1 ulasan:
Duit xpernah lekat pu.. Dapat aji 2 3 hari dah nganga..hu3
Catat Ulasan