Fuh, lama sangat rasanya tak update blog. Dulu semasa menjalani kehidupan berkuliah di universiti, memang tak ketinggalan buat satu dua entri dalam sehari. Tapi kini setelah berpraktikum, memang sangat terhad masa untuk berblogging. Biasala tu kan, ada masanya kita kena bijak membahagi masa dan tumpuan. Antara belajar dan berbloging kita kena pandai balance antara keduanya. Bak kata seorang bloger ini, jangan nak kejar sangat kedua-dua benda tu, kena fokus yang mana lebih penting dulu. Tak pe, sekarang saya fokus dulu dengan praktikum selama tiga bulan ni, kemudian bila dah selesai kelak, saya akan kembali menjadi bloger harian biasa. Huhu. Itu pun kalau tiada aral melintang. kot kot lepas ni blogger.com kena hack, tak dapat lagi nak berblog. Anyway, kalu kena hack kan masih ada wordpress, squidoo, hubpages, dan macam-macam lagi la. Apa nak takot kan. Cuma kena usaha dari awal semula. Payah!
Besok merupakan hari Isnin yang kedua untuk saya berpraktikum. Sekarang rasanya hampir semua benda berkaitan dokumentasi dan borang-borang khas sudah beres. So, tekanan pun dah kurang sikit berbanding minggu lalu yang memang berterabur sana-sini. Cuma masalahnya sekarang ialah bagaimana gua nak cari klien untuk menjalankan sesi kaunseling selama 80 sesi minimum tu? adoh! pikir benda ni memang kurang menyenangkan. Dah lah budak-budak tu nak cuti dua minggu lagi. Kalau macam ni, saya pun nak cuti juga lah. Lepas tu extend dua minggu praktikum. Daripada pergi kerja tapi tak der apa nak buat, lagi bagus cuti. Boleh juga pergi menoreh. Hahaha! dapat duit buat isi minyak. Untuk pengetahuan korang, gua praktikal ni pun tak da elaun tau. Kesian bin menyedihkan sungguh. Tapi tak pe lah. Yang penting saya dapat tamatkan praktikum ini dengan sempurna. Mudah-mudahan.
2 ulasan:
btl.. dahulukan mana yg utama..selamat berpraktikum dgn jayanya :)
gud luck in whatever you r doing nancy!
Catat Ulasan