Keputusan EPL: Manchester United 2-1 Chelsea | Boros Di Aralom

Isnin, 9 Mei 2011

Keputusan EPL: Manchester United 2-1 Chelsea

Hanya satu mata lagi untuk pasukan Manchester United melakar sejarah memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris untuk kali yang ke-19 selepas berjaya menewaskan Chelsea di Old Trafford, 2-1 semalam. Jaringan Javier Hernandez seawal minit pertama serta tandukan Nemanja Vidic pada minit ke-23 sudah cukup untuk United membawa 3 mata mata penuh. Chelsea bagaimanapun berjaya memperoleh jaringan menerusi Frank Lampard pada minit ke-68 namun tidak cukup untuk menumbangkan tuan rumah yang sememangnya bermain dengan sangat baik semalam. Kemenangan ini meletakkan United 6 mata di depan pencabar utama mereka itu.
Kapten kedua belah pasukan bersalam sebelum perlawanan dimulakan


Chicarito meraikan jaringannya yang ke-20 musim ini.
Vidic meraikan jaringan kedua pasukannya.

Berikut merupakan keputusan bagi perlawanan-perlawanan lain:

Carta EPL terkini:

Walaupun Chelsea masih berpeluang untuk menjuarai EPL namun dengan tahap kecergasan dan motivasi pemain-pemain Manchester United ketika ini, memang sukar digugat oleh mana-mana pasukan lain. 

Sumber: www.premierlueague.com

Tiada ulasan: