Isteri kena cerai kerana sering paksa suami makan kek | Boros Di Aralom

Ahad, 1 Mei 2011

Isteri kena cerai kerana sering paksa suami makan kek

Pelik juga reason si isteri kena cerai ni..alahai..biasanya kita suka kalau makan benda-benda yang bergula seperti kek namun jika dipaksa makan secara melampau-lampau, kita pun jadi muak juga kan. Ini lah yang berlaku dengan seorang lelaki yang bernama Cheng Yu. 
(Sekadar gambar hiasan)
Dia dikatakan menjadi hilang sabar dengan karenah isterinya yang terlalu obses dengan masakan kek. Tiap-tiap hari entah berapa bijik kek yang dimasaknya. Suami juga yang jadi 'mangsa' untuk menghabiskannya. Si Cheng Yu, 31, ini mulanya mengugut untuk menceraikan isteri jika tidak berhenti untuk memasak kek. Namun si isteri, Tian Mae, 27, tidak mengendahkannya. Maka dia pun kena cerai. 

Info ini dipetik dari laman Metro.co.uk. Boleh pakai lagi ke ayat ni, "pikat suami melalui perutnya"?..

3 ulasan:

adaadean berkata...

hahaha.da ta leh pkai da kot.

Cikli berkata...

macam tu sekali...isk

Unknown berkata...

ingat nak ketawakan, pikir2 tak baik ketawakan orang nanti terkena btg hidung sndiri..yang penting jangan dicabar kesabaran, kesabaran manusia ada hadnya..