Hari pertama menjalani praktikum | Boros Di Aralom

Isnin, 16 Mei 2011

Hari pertama menjalani praktikum

Hari ini 1st day saya menjalani latihan praktikum. Memang agak gementar dan agak tertekan juga bila banyak persoalan yang melanda diri tertanya-tanya bagaimana keadaannya bila berada di organisasi. Namun demikian, hari pertama praktikum memang di luar jangkaan saya selama ini. Staf-staf di organisasi tempat saya praktikum memang peramah dan sporting dari pengarah sampai lah kepada makcik kat kantin. Student-student kat sini pun memang peramah dan senang untuk bergaul. Satu perkara yang lagi menggembirakan ialah saya dan rakan sepraktikum yang lain diberikan tempat tinggal yang sangat menyelesakan. Mereka beri kami rumah warden yang tak berpenghuni. Tempatnya memang luas. Ada dua bilik tidur dan dua ruang tamu besar. And it's all FOC. No monthly fees. Kan hebat gitu. Macam tinggal kat rumah sendiri pulak.

Oh ya, hari ini kami dah diberikan satu tugas pertama sempena sambutan Hari Guru. Kami diberi peluang oleh penyelia akademik untuk membuat bimbingan dengan para ahli-ahli majlis perwakilan pelajar di sini untuk membuat persiapan persembahan. Baru sebentar tadi kami selesai bersuai mesra dengan mereka. Maknanya, hari pertama ini kami dah boleh masukkan rekod untuk bimbingan dalam laporan praktikum kami. Macam kerja overtime pulak bila buat meeting masa malam-malam. Tapi tak pe. Yang penting ada maknanya. Sekarang saya dah mengantuk dan nak gi tidur lu. Besok cuti Hari Wesak. Happy Wesak day for 1Malaysia. Tadaa..

1 ulasan:

nc berkata...

good luck with ur praktikum :)