Kejam! Selamba saja buang bayi dalam tong sampah | Boros Di Aralom

Ahad, 8 Mei 2011

Kejam! Selamba saja buang bayi dalam tong sampah

Ya Tuhan..main selamba sahaja remaja ini buang bayinya kat dalam tong sampah. Binatang pun tak buat macam tu. Berita ini gua petik dari New Sabah Times. Memang memalukan betul!

KENINGAU: Penduduk Pekan Daerah Kecil Sook digemparkan dengan penemuan mayat bayi lelaki yang dibuang dalam tong sampah kira-kira jam 1.00 petang pada Rabu. Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Suprintendan Polis (DSP) Zahari Mohamed berkata, penemuan mayat bayi itu adalah kes yang pertama sejak beliau bertugas di daerah ini pada tahun 2006.

Katanya, pengadu yang merupakan seorang peniaga kedai perabot dan elektrik di Pekan Sook membuat laporan polis kira-kira jam 5.05 petang pada hari yang sama selepas menemui mayat yang dibungkus dalam beg plastik hitam.

“Pada mulanya pengadu dimaklumkan oleh rakannya bahawa ada ternampak seorang perempuan berumur dalam lingkungan 20 tahun membuang sesuatu di tong sampah berdekatan. Rakan pengadu memberitahu, dia merasa curiga dan telah mengambil beg plastik yang dibuang oleh suspek dan menunjukkan kepada pengadu.
Sekadar gambar hiasan. 
Zahari berkata, pengadu dan rakannya telah membuka beg plastik berkenaan dan mendapati satu mayat bayi lelaki dalam keadaan bogel kemudian memaklumkan kejadian itu kepada anggota polis yang membuat rondaan di kawasan berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek telah mengandung lebih kurang lima bulan dan telah melahirkan anaknya dalam sebuah tandas kira-kira 10 meter dari tempat kerjanya.

“Suspek kemudian telah membuang anaknya (bayi) di tong sampah berdekatan tempat kerjanya iaitu kedai pengadu,” jelas Zahari.

Ketua Polis Daerah itu memberitahu, punca kematian bayi masih dalam siasatan dan suspek telah di rujuk ke Hospital Keningau dan dimasukkan dalam wad bersalin serta ditahan reman untuk siasatan lanjut. Sementara itu, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Queen Kota Kinabalu untuk bedah siasat.

Sehubungan dengan kes pembuangan bayi itu, Zahari menasihatkan ibu bapa supaya menasihati anak-anak berlandaskan agama masing-masing bagi membendung gejala sosial seumpama ini. Katanya, kes pembuangan bayi bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi bertentangan dengan ajaran agama.

“Pemimpin-pemimpin masyarakat juga perlu memainkan peranan memberi kesedaran kepada golongan muda di kawasan masing-masing berlandas ajaran agama yang dianuti,” katanya.

Dalam masa yang sama Zahari turut berterima kasih kepada keprihatinan pemberi maklumat berhubung kejadian itu sehingga membuat laporan kepada polis.

6 ulasan:

Hairun Azmi berkata...

Tiada ucapan hari ibu untuk orang yang buang bayi sendiri....Zalimmm


Osama Laden seorang Idola

Mouren berkata...

Sickening! Bila lah mau stop ini...

Akunyer berkata...

apsal la jadi cam ni... haishh...

Relevan berkata...

Martabat sebagai manusia semakin rendah ..bagi yang membuang bayi ini..

Shafiq berkata...

tak patut la buang2 bayi ni..

Kak Imun berkata...

Mudah2an kejadian seperti ini akan berhenti...