Pelakon Korea memang suka bunuh diri! | Boros Di Aralom

Jumaat, 27 Mei 2011

Pelakon Korea memang suka bunuh diri!

Fuh! apa lah yang nak jadi dengan manusia zaman sekarang ni. Dalam masa seminggu, kita sudah disajikan dengan berita bunuh diri dua pelakon/artis Korea. Gua ni memang minat giler dengan drama-drama dan lagu-lagu Korea so bila ada je berita pasal artis-artis kat sana, saya memang suka nak ambil tahu. Tapi kalau berita pasal bunuh diri yang dipaparkan,memang agak menyedihkan. Pada 23 Mei yang lalu, penyanyi Song Ji-sun telah bunuh diri dengan terjun dari bangunan. Katanya sebelum meninggal, dia tak mahu gantung diri sebab ianya menyakitkan dan memilih untuk terjun dari bangunan sebagai jalan kedua. Pada hal dua-dua tu pun memang membawa maut. Rasanya dia sengaja nak minta perhatian dari orang ramai terutamanya dari si pemain baseball tu yang dikatakan menjadi punca dia membunuh diri. Gara-gara cinta tak diterima, dia terus sahaja mengambil jalan singkat untuk menyelesaikan isunya. Tapi apakan daya, kita hanya mampu mendapatkan iktibar dari kejadian seumpama ini.

Lepas tu, kelmarin giliran si Dong-hwa pula yang mengakhiri riwayat hidupnya sendiri dengan menggantung diri. Menurut sumber yang dipercayai, Dong-hwa membunuh diri kerana menghadapi masalah tekanan dalam diri yang melampau. Tekanan yang dihadapinya itu berpunca daripada kematian pengurusnya yang dianggap sebagai orang terpenting dalam hidupnya dua tahun lalu. Memang sudah lama sangat dia repressed tekanan tersebut sehingga sampai ke satu tahap di luar kawalannya. 
Itu lah, jika kita tertekan dan sedih, cari lah seseorang yang boleh dipercayai untuk meluahkan segala isi hati yang terpendam. Jangan biarkan ia mengganggu anda kerana bila ia sampai ke satu tahap di mana anda sendiri pun sudah tidak boleh mengawalnya lagi, maka kes bunuh diri berkemungkinan besar akan berlaku. Paling baik, carilah satu tempat yang tenang dan berdoalah kepada Tuhan kerana Dia lah penghibur, Dia lah pendengar, Dia lah sumber kekuatan, Dia lah pelindung, dan Dia juga sumber keselamatan.


1 ulasan:

eclipsesweet berkata...

nauzubbillah... macam-macam manusia ni an.. padahal, perkara kecik je tu..sampai boley bunuh diri jugak...

em.. tulaa sebab kenapa Islam melarang umatnya membunuh diri... kalu x, mesti ramai an da bunuh diri.. yelaa.. x tahan ngan tekanan hidup.. huhu..

semoga kita semua terhindar daripada semua ni.. =,=