Budak 2 tahun selamat selepas jatuh dari bangunan 10 tingkat | Boros Di Aralom

Selasa, 5 Julai 2011

Budak 2 tahun selamat selepas jatuh dari bangunan 10 tingkat

Seorang kanak-kanak berumur 2 tahun terselamat daripada menempuh maut selepas jatuh dari bangunan apartmen setinggi 10 tingkat di Hangzhou, China. Kanak-kanak bernama Zhang Fangyu itu telah ditinggalkan tidur bersendirian oleh neneknya telah bertindak memanjat jendela apartment selepas terbangun dari tidur. Beberapa minit kemudian, orang ramai menyedari akan tindakan kanak-kanak itu dan mula menjerit mendapatkan bantuan. Seperti telur di hujung tanduk, kanak-kanak itu terhuyung-hayang sebelum terjatuh
Fangyu sedang dirawat di hospital.
Bagaimanapun, seorang wanita yang secara kebetulannya berjalan melalui lorong apartment itu telah bertindak pantas dengan menyambut kanak-kanak  tersebut. Wanita itu bernama Wu Juping, 31 tahun, hanya mengalami kecederaan tangan manakala kanak-kanak tersebut pula mengalami sedikit kecederaan di bahagaian perut.
Wu Juping kini dianggap sebagai wira.
Fuh..memang berpantang maut sebelum ajal.

(Berita penuh di The Telegraph)

3 ulasan:

Ying Ying Dai Tao Har berkata...

lucky little boy!!

Hairun Azmi berkata...

Allah telah mengaturkan semuanya...

Tebuan Tanah Menyertai Program 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Jaw @ MyGamanBorNeo berkata...

Kalau sebut China, mmg ada2 saja berita pelik & menarik berlaku. Ada lg satu kes tu di China jg, budak tersangkut di besi tingkap hehe